Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.dih] | ديديه

Definisi : ; mendidih, berdidih ark 1. meruap atau meluap-luap kerana dipanaskan, meng­gelegak: air di dlm kawah itu sedang ~; 2. ki marah sekali (bkn perasaan): Hayati makin radang, ~ rasa darahnya; 3. ki berkobar-kobar, meluap-luap, berapi-api (bkn se­mangat); mendidihkan 1. memasak (memanaskan) air dll hingga mendidih; 2. menjadikan berkobar-kobar (semangat): keberaniannya menentang kezaliman itu ~ darah ke­perwiraan dlm jasad bangsanya; pendidihan perihal atau proses men­di­dih(kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.dih] | ديديه

Definisi : ; mendidih meruap kerana terlalu panas; menggelegak: Air akan ~ apabila suhunya meningkat kpd 100o Celsius atau 212 o Fahrenheit. darah (hati) ~ marah sekali. mendidihkan memasak (memanaskan) air dll hingga mendidih. pendidihan perihal mendidih atau mendidihkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata didih


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin mengetahui perbezaan antara istilah 'rebus' dan 'didih'. Adakah kedua-dua istilah tersebut bersinonim? Soalan seterusnya, adakah teedapat sebarang bahan rujukan yang diterbitkan bagi istilah laras masakan seperti istilah-istilah lain yang mempunyai kamus istilah tersendiri?Rebus - bermaksud memasak sesuatu dalam air, didih - mendidih bermaksud meruap atau meluap-luap kerana dipanaskan. Berdasarkan huraian tersebut, kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang berbeza. Untuk mendapatkan makna kata layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan pada ruangan CARI tulis kata kunci kata berkenaan.Lain-lain29.08.2016

Kembali ke atas