(1)Masalah remaja yang berlaku pada masa ini berpunca daripada kurangnya didikan agama daripada ibu bapa.(2) Ibu bapa sekarang tidak memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak walaupun mereka menyedari bahawa didikan agama yang sempurna dapat dijadikan pedoman hidup. (3)Mereka lebih mementingkan soal ekonomi dan kebendaan. (4)Hal ini menyebabkan pengetahuan agama anak-anak agak cetek dan anak-anak tersebut tidak mengenal apa itu baik dan apa itu buruk. (5) Anak-anak tersebut tidak tahu membezakan antara betul dengan salah dan membandingkan antara halal dengan haram. (6) Oleh sebab itu, anak-anak tersebut membabitkan diri dalam kegiatan yang tidak berfaedah.(7) Misalnya, anak yang tidak memupunyai didiak agama akan berfoya-foya di kafe siber dan pusat permainan video selepas pulang dari sekolah. (8) Sepatutnya, masa ini digunakan untuk menunaikan solat dan membaca buku-buku agama. (9)Pendek kata, kecetekan didikan agama dalam kalangan anak-anak merupakan salah satu faktor masalah remaja. AYAT 4,5- saya tidak dapat pasti sama ada ayat itu betul atau salah. DBP, SAYA MENGGUNAKAN SEMINGGU UNTUK MELATIH KARANGAN INI. Tolong semak peranggan ini. | 1. Masalah dalam kalangan remaja pada masa ini berpunca daripada kurangnya didikan agama daripada ibu bapa. 2. Ibu bapa kini tidak memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak walaupun mereka menyedari bahawa didikan agama yang sempurna dapat dijadikan pedoman hidup. 3. Mereka lebih mementingkan soal ekonomi dan kebendaan daripada mendidik anak-anak. 4. Hal ini menyebabkan pengetahuan agama anak-anak agak cetek dan tidak mengenal apa itu baik dan apa itu buruk. 5. Anak-anak tersebut tidak tahu membezakan antara betul dengan salah dan antara halal dengan haram. 6. Oleh sebab itu, anak-anak mudah terdorong melakukan kegiatan yang tidak berfaedah. 7. Anak yang mempunyai kurang didikan agama lebih gemar berfoya-foya di kafe siber dan pusat permainan video selepas pulang dari sekolah. 8. Sepatutnya, kesempatan ini digunakan untuk menunaikan solat dan melakukan kegiatan berfaedah seperti membaca buku. 9. Pendek kata, kecetekan didikan agama merupakan salah satu faktor masalah dalam kalangan remaja. | Tatabahasa | 14.04.2011 |
Ayat yang manakah betul? a) Didikan agama dan moral dapat mengelakkan diri kita melakukan perbuatan yang terkutuk. b) Didikan agama dan moral dapat mengelakkan diri kita daripada melakukan perbuatan yang terkutuk. Terima kasih | Ayat yang gramatis, Didikan agama dan moral dapat mengelakkan diri kita daripada melakukan perbuatan yang terkutuk. | Tatabahasa | 16.03.2012 |
"Harta-benda tidak dapat menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga jika tidak diikuti dengan didikan agama." adakah perkataan yang digunakan di atas mengandungi kesalahan atau tiada kesalahan? | "Harta-benda tidak dapat menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga jika tidak diikuti dengan didikan agama." Ayat ini betul. | Tatabahasa | 08.08.2011 |
-PENGETAHUAN AGAMA YANG (LUAS) -DIDIKAN AGAMA YANG (SEMPURNA) Bagi pegangan agama, apakah kata adjektif yang patut digunakan? (A) PEGANGAN AGAMA YANG KUKUH atau (B) PEGANGAN AGAMA YANG TEBAL atau (C) PEGANGAN AGAMA YANG LUAS Apakah jawapanya? Jika kesemuannya salah, sila beritahu saya kata adjektif yang sesuai. | Kata adjektif yang sesuai bagi frasa "pegangan agama" ialah "kukuh". Kata adjektif "luas" pula sesuai untuk frasa "pengetahuan agama". | Tatabahasa | 21.04.2011 |
Untuk karangan masalah sosial (punca ialah kekurangan didikan agama daripada ibu bapa), bolehkan DBP bagi sedikit huraian dan contoh? Saya langsung tidak tahu buat kerana saya lemah dalam karangan. Sebagai calon SPM, saya berasa bimbang akan keputusan Bahasa Malaysia. Semasa tidak tahu menulis karangan, saya hanya terus menterjemah BAHASA CINA kepada BAHASA MALAYSIA. Maka, saya mendapat keputusan yang rendah dalam subjek ini. | Karangan yang baik mestilah menjelaskan tajuk. Ada struktur iaitu pengenalan, isi dan penutup. Pengenalan hendaklah ringkas dan mengandungi ayat tesis utama. Manakala satu isi disusun dalam satu perenggan. Penutup karangan hendaklah menggulung isi-isi yang telah dibincangkan. Maklumat lanjut boleh didapati daripada buku-buku rujukan berkaitan karangan, manakala huraian dan contoh berkaitan dengan tajuk boleh rujuk artikel yang banyak dibincangkan dalam akhbar dan majalah yang berkaitan tajuk berkenaan. | Lain-lain | 10.04.2011 |
maksud latihan | Antara makna latihan ialah pelajaran atau didikan utk memahirkan (membiasakan), ajaran yg diterima. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 19.10.2009 |
Semasa ingin menjelaskan faktor-faktor berlakunya masalah sosial, salah satu faktor yang saya berikan ialah kekurangan didikan agama dalam kalangan remaja. Bagaimanakah saya kembangkan isi tersebut? Kelemahan saya semasa menulis karangan ialah huraian dan contoh. Tajuk ini (masalah sosial) memang popular, tetapi biasanya soalan itu keluar tentang langkah-langkah mengatasi dan bukannya faktor. Bolehkan DBP bantu saya? | Untuk pertanyaan yang berkaitan dengan penulisan esei dan peperiksaan sila berbincang dengan guru dan rujuk buku rujukan mata pelajaran tersebut. | Tatabahasa | 08.04.2011 |
Tuan betulkah ayat ini? Dialog antara abang dan adik tentang mereka yang turut bersalah tentang pemuda-pemuda yang melepak di tepi tembok berkaitan dengan didikan masyarakat kerana mereka anggota masyarakat juga. Bolehkah penggunaan kata 'tentang' digunakan sebanyak dua kali dalam satu ayat yang panjang..minta nasihat tuan untuk betulkan ayat ini.. | Ayat tersebut tidak gramatis kerana terlalu banyak ayat digabungkan menjadi satu ayat sahaja. Penggunaan sebarang perkataan dibenarkan dalam satu ayat asalkan sesuai dengan konteks ayat tersebut. Walau bagaimanapun pengulangan tersebut idak digalakkan.
| Tatabahasa | 11.07.2012 |