Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata die


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh saya tahu apa perkataan yang sesuai untuk "DIE-LINE MOCKUP"? Perkataan tersebut digunakan di dalam bidang pencetakan.

Perkataan Die-Line Mockup tiada dalam pangkalan data DBP.  Namun daripada contoh pembentukan istilah yang berkaitan dengan "Die Line" kami mencadangkan padanan "Contoh Garis Terap". Kami sertakan juga contoh istilah yang berkaitan untuk makluman pihak puan selanjutnya:

  1. die cut line - garis potong terap
  2. die cut (graphic) - potong terap
  3. mock up - contoh, model kasar
Istilah08.12.2018
Why do fish die when they leave the water? Mengapakah ikan akan mati apabila tidak berada di dalam air? adakah ayat terjemahan tersebut gramatis?Why do fish die when they leave the water? Mengapakah ikan akan mati apabila tidak berada di dalam air? Terjemahan ini boleh digunakan.Lain-lain09.08.2018
Salam sejahtera Tuan/Puan. Saya ingin meminta cadangan mengenai terjemahan bagi istilah "Alloy Closed Die Machined Forging Manufacturing Machinery". Sekian, terima kasih.terjemahan yang dicadangkan bagi alloy closed die machined forging manufacturing machinery ialah mesin pembuatan tempaan acuan bertutup aloiIstilah08.01.2016
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Potato Rumbler 2. Pie Die 3. Pizza Dough Docker 4. Bratt Pan 5. Proofing Oven 6. Chef Blowtorch Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Potato Rumbler  - Pengupas kentang
2. Pie Die - Acuan Pai
3. Pizza Dough Docker - Pencucuk Doh Piza
4. Bratt Pan - Alat Memasak Bratt
5. Proofing Oven - Ketuhar Penaikan Doh
6. Chef Blowtorch - Penunu Bagas
Istilah23.03.2016
Maklumat yang telah dilengkapkan dan dikemaskini hendaklah die-melkan ke Bahagian ini selewat – lewatnya pada 27 Mac 2014, Khamis bagi tujuan penyelarasan menerusi e-mel kepada mirsha@kkr.gov.myMohon kemukakan soalan puan dengan jelas.Lain-lain19.03.2014
Mohon semak ayat berikut. Surat panggilan temuduga akan die-mel atau Surat panggilan temuduga akan di e-mel. Terima kasih.Surat panggilan temuduga akan di-e-melkan.Tatabahasa26.08.2016
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah 'Machined Impression Die Forging'?Padanan yang dicadangkan ialah tempaan acuan teraan mesin.Istilah19.01.2016
Zaliza Sulaiman THURS 19:36 Assalamualaikum..maaf..saya ingin bertanye..jika ingin menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh dewan bahasa dan pustaka macam maner cara die?cth pertandingan deklamasi sajak,pidato,bercerita sekolah rendahKegiatan kebahasaan anjuran DBP diuar-uarkan melalui laman web kami. Sila layari laman web kami dari semasa ke semasa untuk mengemas kini kegiatan anjuran kami.Lain-lain02.02.2017
Tuan/Puan, Bagaimanakah caranya untuk menghantar karya sajak nukilan saya sendiri untuk dinilai oleh pihak-pihak profesional? Saya seorang pencinta bahasa yang meminta pandangan jujur mengenai karya saya. Saya menyediakan dua buah sajak berbahasa Inggeris bertajuk I Am About To Die dan Drowned In Mind untuk penilaian tuan/puan. Terima kasih. Yang benar, Noor Ashyima 901120085810Untuk makluman saudara DBP menerbitkan buku dan majalah dalam bahasa Melayu (kecuali buku teks) dan semua karya yang terkandung dalamnya juga mestilah ditulis dalam bahasa Melayu. Oleh itu, karya saudara tidak sesuai untuk diserahkan kepada kami untuk dinilai atau diterbitkan.Lain-lain09.02.2011
pertanyaan saya berkaitan dengan bagaimana saya nak terbitkan sajak yang telah saya hasilkanSalam tuan,

Sajak yang dihasilkan, bolehlah dihantar kepada editor majalah DBP untuk dinilai dan dipertimbangkan penerbitannya dalam majalah terbitan DBP.

Sajak tersebut bolehlah die-melkan kepada:

Puan Yusaida binti Yusof  <yusaida@dbp.gov.my>.
Sastera15.10.2019
123

Kembali ke atas