"Selain untuk pasaran tempatan, mangga Harum Manis ini juga dieksport ke luar negara," kata pengurus ladang itu. Betulkah ayat ini? | Penggunaan tatabahasa dalam ayat betul. | Tatabahasa | 29.04.2013 |
Mengapakah keadaan ini boleh mempengaruhi jenis produk yang boleh diimport atau dieksport ke sesebuah negara? | Mohon berikan persoalan tentang bahasa Melayu agar pihak kami dapat memberikan jawapan yang diperlukan. | Lain-lain | 20.11.2021 |
Definisi cukai. | Cukai membawa maksud bayaran yg dikenakan oleh kerajaan kpd orang perseorangan, perbadanan dsb mengikut pendapatan (kadar pembelian, nilai tanah dll) utk perbelanjaan negara. ~ kastam cukai yg dipungut oleh kerajaan atas barang-barang yg diimport atau dieksport. ~ pendapatan cukai yg dikenakan atas pendapatan seseorang. ~ pintu cukai yg dikenakan kpd pemilik rumah (di bandar). bercukai dikenakan cukai: barang ~. mencukai mengenakan cukai atas; memungut cukai drpd: Kerajaan sepatutnya ~ minuman keras, rokok dsb dgn lebih tinggi lagi. | Makna | 08.05.2014 |
Saya pernah mendengar perkataan Hasil mansul atau masul bumi/laut. Apabila saya gunakannya. Rakan sepejabat mengatakan dia tidak pernah mendengar perkataan tersebut. Dan ramai diantara kawan-kawan pun belum pernah dengar. Saya harap tuan dapat memberikan penjelasan sama ada pengunaan bahasa itu betul atau salah. | Penggunaan yang betul ialah hasil mahsul yang bermaksud hasil sesebuah negara (yang dieksport). Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 976. | Makna | 15.05.2008 |
Sila nyatakan dan jelaskan perbezaan antara "tindakan yang keterlaluan" dengan "tindakan yang berlebihan". | Isunya di sini ialah persamaan atau perbezaan makna antara keterlaluan dengan berlebihan. Keterlaluan bermaksud keadaan terlalu atau keadaan yang melampaui batas dan berlebihan pula bermaksud terlalu atau sangat banyak. Lazimnya "berlebihan" digunakan dalam menceritakan benda yang boleh dilihat secara fizikal, seperti dalam ayat: Membaja pokok secara berlebihan tidak mendatangkan faedah dan Beras ada juga yang dieksport kerana berlebihan daripada keperluan tempatan. Oleh itu frasa yang tepat ialah "tindakan yang keterlaluan". | Makna | 04.06.2011 |
Buluh boleh diproses menjadi perabot. Ayat ini boleh menggunakan perkataan "diproses"? | Puan Gina, terima kasifh kerana menghubungi KNBDBP. Melihat kepada pengertian yang diberikan dalam kamus ini, maka perkataan proses boleh digunakan - prosés) 2. satu siri tindakan yg dilakukan utk membuat, menghasilkan, atau mencapai sesuatu; 3. kaedah teknik operasi yg digunakan dlm industri utk membuat sesuatu: di Indonesia nampaknya ~ penyaringan dan penapisan masih perlu dijalankan utk dapat memisahkan antah drpd beras; ~ mengolah bahan mentah menjadi barangan siap: sudah ada banyak kilang yg menggunakan alat moden utk ~ barang-barang yg hendak dieksport; pemprosesan perbuatan (usaha, kerja dsb) memproses: ~ permohonan utk mengimport barang; ~ makanan; ~ data; pemproses 1. alat (kilang dll) yg memproses sesuatu: TETAPI perkataan yang lebih sesuai digunakan dalam ayat ini ialah direkabentuk atau terus dijadikan perabut. | Istilah | 28.02.2009 |