Saya ingin mendapatkan pengesahan sama ada perkataan "diesel" di dalam bahasa melayu adalah diesel atau disel. Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah diesel. | Ejaan | 20.07.2010 |
permainan silang kata klu minyak untuk engin diesel ada 5 konsonen bermula dengan huruf d dan akhir dengan huruf v... | Untuk makluman sdr perkhidmatan KNDBP tidak meliputi pertandingan teka silang kata atau apa-apa pertandingan, tugasan pelajar, dan sebagainya. walau bagaimanapun, sdr dinasihatkan menggunakan Kamus Dewan dalam talian di laman web DBP. | Lain-lain | 10.02.2009 |
apakah perbezaan antara dihapus, dihapuskan dan terhapus. Contoh, Kerajaan akan memberikan subsidi diesel kepada golongan nelayan sekiranya subsidi bahan api _______. A) terhapus B) dihapus C) dihapuskan jawapan manakah betul, sila jawab. Terima kasih! | Yang betulnya ialah dihapuskan. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna terhapus ialah menjadi hapus, telah dihapuskan. Jawapan kepada soalan tersebut ialah 'C'. | Tatabahasa | 03.10.2008 |