Dif-Dif atau Dif-dif (D kedua huruf kecil.) Binti atau bte jika dicetak dalam buku atur cara majlis rasmi kerajaan | Yang betul ialah Dif-dif, huruf D yang kedua ditulis dengan huruf kecil. Ejaan yang betul ialah binti. | Ejaan | 04.11.2011 |
apakah ejaan sebenar bagi perkataan dif-dif? samada dhif-dhif ataupun dif- dif ? | Ejaan yang betul ialah dif-dif. | Ejaan | 14.04.2010 |
dalam buku atur cara gunakan - 8.00 malam - Ketibaan Dif-Dif jemputan atau Ketibaan Dif-dif jemputan ( dimana huruf D di kali kedua perkataan Dif menggunakan huruf kecil | Yang betul ialah Ketibaan Dif-dif Jemputan. Huruf D yang kedua ditulis dengan huruf kecil. | Ejaan | 04.11.2011 |
The human body consists of a variety of tissues and cavities with different physical and radiological properties. Most important among these, from a radi- ation dosimetry perspective, are tissues and cavities that are radiologically dif- ferent from water, including lungs, oral cavities, teeth, nasal passages, sinuses, and bones. The dose distribution is affected by these ''tissue inhomogeneities.'' Saya sedang menjalankan projek penyelidikan, apakah perkataan yang paling sesuai dalam bahasa untuk 'TISSUE INHOMOGENEITIES'? Saya berpendapat perkataan yang sesuai adalah tisu inhomogenus? Adakah betul penggunaaannya? T.kasih. | Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk Tissue Inhomogeneities. Walau bagaimanapun, istilah homogeneous mempunyai padanan bahasa Melayu seperti homogen. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk Tissue Inhomogeneities ialah tisu tak homogen paling sesuai digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.12.2015 |