Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata digalakkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Tuan / Puan Bolehkah kita menggunakan perkataan 'di-...-kan' 'men-...-kan' seperti dalam ayat yang berikut? Mengapa? Apakah ayat yang gramatis? 1) Mereka digalakkan menjimatkan air Sekian, terima kasih CKApitan di-...-kan ialah bentuk pasif meN-...-kan. Walau bagaimanpun penggunaan apitan tersebut secara berturutan boleh berlaku seperti ... digalakkan menjimatkan air dan ... digalakkan menggunakan kertas.Tatabahasa10.02.2012
Perkataan “di samping itu” tidak digalakkan untuk digunakan di dalam Laporan Tahunan kerana “di” adalah kata sendi dan “samping” kata nama sisi. Boleh digantikan dengan “serta”/ “selain itu” / “sementara itu” mengikut konteks ayat. Benarkah penerangan di atas? Namun merujuk kepada Laporan Tahunan BNM dan SC, perkataan 'di samping itu' masih lagi digunapakai.Untuk makluman, DBP tidak mempunyai peraturan yang menyatakan bahawa "di samping itu" tidak digalakkan digunakan dalam Laporan Tahunan.  'Di samping itu' ialah penghubung wacana (penghubung tambahan) yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 526.Tatabahasa09.10.2013
Kamus Inggeris-Melayu Dewan mendefinisikan "intuition" sebagai 'gerak hati' dan juga 'intuisi'. Ini bermakna kedua-duanya boleh digunakan tanpa ragu? Adakah pihak DBP menyarankan penggunaan salah satu sebagai lebih digalakkan, misalnya 'gerak hati' daripada 'intuisi' atau sebaliknya. Sekiranya ada, mengapa satu lebih digalakkan dari yang lain? Adakah 'intuisi' boleh dikatakan sebagai sinonim kepada 'gerak hati'? Terima kasih.Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan kata intuition diberi padanan sebagai gerak hati atau intuisi. Kedua-dua padanan ini boleh digunakan mengikut konteks masing-masing. Bagi penggunaan yang lebih umum kata gerak hati boleh digunakan. Bagi penggunaan yang lebih teknikal atau ilmiah kata intuisi boleh digunakan.Makna02.09.2007
tambahan pula tidak digalakkan digunakan sebagai penanda wacana betul ke? adakah tambahan pula bermaksud sesuatu yang berikutan daripada isu yang sama atau isu yang lain?Tambahan pula bermaksud lebih-lebih lagi atau apa lagi. Tambahan pula merupakan sebahagian daripada penanda wacana - penghubung tambahan yang berfungsi untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelum ini. Oleh itu, tambahan pula boleh digunakan.Tatabahasa13.10.2008
Adakah perkataan"citra" diterima dan digalakkan untuk ditulis dalam karangan spm untuk menggantikan perkataan "imej".Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 440 dan 818)

citra kata nama
1 gambaran keperibadian seseorang atau sesuatu pihak secara umum menurut tanggapan orang atau pihak lain:
Citra ini terbina hasil daripada himpunan kegiatan kakitangan UKM yang mengharumkan namanya di dalam atau di luar negara. Salah satu aspek untuk membentuk sikap patriotisme adalah dengan mencintai bahasa kerana bahasa merupakan citra sebuah bangsa.

2 bahasa klasik gambar, lukisan atau arca;

imej kata nama
1 gambaran keperibadian seseorang atau sesuatu menurut tanggapan orang atau pihak lain; citra:
Perubahan imej Jabur daripada kekampungan kepada kebandaran menjadi tanda tanya kawan-kawannya. Perbuatan gadis itu betul-betul memalukan nama dan imej sekolah kami.

2 gambaran seseorang atau sesuatu objek dalam fikiran:
Tiba-tiba terbayang imej ayahnya sedang bekerja. Imej rumah berhantu itu menakutkan saya.

3 gambaran mental atau asosiasi idea seseorang pengarang dalam sesebuah karya: Sastera Melayu banyak melukiskan imej-imej tradisi. imej wanita dalam novel-novel Khadijah Hashim;

4 gambar, terutamanya yang diukir menyerupai seseorang atau sesuatu:
Dia menghulurkan kepingan emas dengan imej binatang yang menyerupai seekor lembu.

5 Fizik
salinan sesuatu objek yang dihasilkan secara pemfokusan sinaran elektromagnet, bunyi atau cahaya yang terpancar daripada objek atau yang terpantul oleh objek;

Pengantian kata hanya memenuhi sebahagian daripada makna dan penggunaannya dalam konteks tertentu. Secara umumnya, kata citra lebih bersifat kejatidirian berbanding kata imej yang bersifat kata pinjaman.
Makna18.05.2023
Salam sejahtera, adakah benar tidak digalakkan menggunakan kata pinjaman (kata yang sudah diserap masuk ke dalam bahasa Melayu) jika ada padanan katanya dalam bahasa Melayu? Sedangkan bahasa Melayu itu bersifat dinamik. Contohnya kata ofis & pejabat.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kata pinjaman ialah perkataan yang diambil daripada bahasa asing. Padanan yang diserap terus dalam bahasa Inggeris boleh terus digunakan sekiranya padanan tersebut sudah ada dalam kamus sahaja. Contoh perkataan yang diberikan, perkataan ofis hanya digunakan dalam bahasa percakapan sahaja tetapi dalam penulisan rasmi perlu menggunakan bahasa Melayu standard iaitu pejabat.Makna15.10.2019
1. AIDS ialah penyakit yang boleh (menghapuskan / melumpuhkan) keupayaan semula jadi badan untuk melawan penyakit. 2. Para pelabur dalam negara digalakkan untuk ( merintis / meneroka / mencari) peluang pelaburan di luar negara bagi memajukan perniagaan mereka. 3. Pelajar cemerlang itu tidak dapat meneruskan ucapannya dalam majlis anugerah tersebut kerana perasaannya (bergelora / bercelaru / bergemuruh / bergelombang) melihat tetamu yang ramai. Manakah jawapan yang betul? Terima kasih.

1. AIDS ialah penyakit yang boleh (menghapuskan / melumpuhkan) keupayaan semula jadi badan untuk melawan penyakit. - perlu rujuk fakta sebenar tentang AIDS, jika menghilangkan sama sekali jawapan yang betul ialah menghapuskan, tetapi jika hanya melemahkan ... maka jawapannya ialah melumpuhkan.

2. Para pelabur dalam negara digalakkan untuk meneroka/mencari peluang pelaburan di luar negara bagi memajukan perniagaan mereka.

3. Pelajar cemerlang itu tidak dapat meneruskan ucapannya dalam majlis anugerah tersebut kerana perasaannya bergelora/bercelaru melihat tetamu yang ramai.

Tatabahasa04.07.2011
Selamat menyambut 'Bulan Bahasa Kebangsaan'..bilakah agaknya semua rakyat digalakkan\dimestikan berbahasa Malaysia dalam segala bentuk urusan sosial rasmi atau tidak rasmi pada BBK ini? Bilakah kita akan mendengar pemimpin2 politik menunjukkan sifat\sikap Cinta bertutur dlm Bahasa Malaysia dalam perhimpunan agung BN(MCA atau MIC)?Bahasa kebangsaan ialah bahasa pengantar utama yang digunakan oleh sesebuah negara. Dalam konteks ini, bahasa kebangsaan bagi Malaysia ialah bahasa Melayu yang digunakan bagi segala maksud rasmi seperti yang diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan (Pindaan dan Peluasan) 1983. Fungsi bahasa kebangsaan adalah sebagai lambang identiti masyarakat, wahana perpaduan masyarakat, bahasa perhubungan sesama masyarakat, alat pemikiran dan pergaulan masyarakat, dan sebagainya. Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan negara ialah bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa kebangsaan adalah sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum serta bahasa pengantar dan bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Sewajarnyalah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau keturunan punya rasa sayang dan cinta akan bahasa kebangsaan. Kami ucapkan syabas atas semangat cintakan bahasa dan kekuatan jati diri bahasa pada diri saudara.Lain-lain02.10.2010
Kita ialah/adalah kawan?Penggunaan kata pemeri amat terbatas dan tidak digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu maka kita kawan sudah memadai.Tatabahasa29.10.2014
apakah teori logik simbolik?Soalan sdr tiada kaitan dengan bahasa. Sdr digalakkan membaca buku tulisan Ferdinand de Saussure yang mengupas beberapa teori logik tentang simbolik. T.kasih.Lain-lain14.07.2008
12345678910...

Kembali ke atas