| Puan Rosmawar mengambil beberapa batang serai dan seketul kunyit hidup di belakang rumahnya. Soalannya penjodoh bilangan kunyit bolehkah kita menggunakan ketul dalam ayat ini? | Ketul ialah penjodoh bilangan untuk benda yang berketul, contohnya seketul tanah. Mengambil contoh seketul tanah maka bolehlah digunakan seketul kunyit dalam bentuk ketulan yang digali daripada dalam tanah. | Tatabahasa | 17.07.2012 |
| Makna perkataan Menguis dan menggali | Makna perkataan Menguis dan Menggali menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, terbitan DBP. Menguis: 1. Menolak (menepis, menyepak) ke tepi: dikuisnya sampah itu dengan kakinya; 2. mengais (spt. ayam); Menggali: 1. membuat sesuatu dr dlm tanah. dll), mengorek, menambang; ~ kubur (longkang, lubang, dll) membuat kubur (longkang, lubang, dll) dengan menggali tanah; ~ ubi (emas dll) mengeluarkan atau mengambil ubi dll dr dlm tanah; 2. ki menyelidiki, mendalami: mereka merasakan perlunya ~ kembali kekayaan hukum adat nenek moyangnya; menjadi idaman A. Samad Said bukannya untuk memfokuskan mengapa hal-hal itu terjadi, tetapi cuba ~ sikap dan tindakan manusia; ~ lubang menutup lubang prb menebus hutang dgn meminjam wang; nan digali dala,. nan digantung tinggi prb yang sudah dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan. | Tatabahasa | 04.04.2014 |
| Assalammualaikum tuan/puan. Saya adalah penyelidik yang sedang mengkaji istilah-istilah Melayu lama yang sudah jarang digunakan. saya secara khusus sedang mencari data korpus atau penggunaan istilah "manai" yang asli sifatnya. selain itu saya juga mencari definisi dari istilah tersebut. sejauh pencarian saya, tiada sebarang kamus yang mempunyai entry ini. yang ada hanyalah "manai berumpun". Saya hanya menemukan entry "manai" tersebut di dalam korpus DBP. Saya ingin bertanya, sekiranya saya ingin menggali lebih dalam tentang istilah ini, ke manakah rujukan yang saya perlu cari? adakah buku, jurnal, atau kamus yang perlu saya rujuk? | 1. Bagi menambah korpus penggunaan kata manai, saudara boleh memperolehnya daripada https://mcp.anu.edu.au/Q/standard.html. 2. Maklumat tentang makna kata ini terrakam dalam kamus terbitan DBP, misalnya dalam Kamus Dewan (1970) dan Kamus Dewan Perdana (2020). Kamus-kamus terdahulu seperti Kamus Wilkinson juga boleh dirujuk. 3. Maklumat lain bolehlah digali dengan membuat rujukan di perpustakaan. | Makna | 30.11.2024 |