Bolehkah kata-kata seperti perkataan, imbuhan, ayat menjadi kata ganda? Adakah golongan perkataan ini ialah kata nama tak hidup abstrak? Contoh kata ganda: 1. perkataan-perkataan 2. imbuhan-imbuhan 3. ayat-ayat | Boleh digandakan atau tidak digandakan, jika tidak digandakan sekalipun unsur jamak boleh dilihat dalam konteks ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 11.05.2014 |
Tuan, soalan ini tentang Penggandaan Kata majmuk. `Penolong pendaftar`digandakan menjadi `penolong- penolong pendaftar`. Adakah `Penolong Kanan`( jawatan kedua penting selepas pengetua/guru besar di sekolah` harus digandakan menjadi `penolong-penolong kanan`.? | Frasa penolong kanan apabila digandakan menjadi penolong-penolong kanan. Dalam proses penggandaan kata majmuk kata pertama sahaja digandakan. Contoh lain ialah guru-guru besar, ketua-ketua jabatan, dsb. | Tatabahasa | 19.04.2009 |
Salam, saya ingin bertanyakan penggandaan kata majmuk kiasan. Bagaimanakah bentuk kata majmuk kiasan jika digandakan? Hanya perkataan pertama digandakan ataupun keseluruhan kata? 1. anak-anak emas @ anak emas-anak emas? 2. cakar-cakar ayam @ cakar ayam-cakar ayam? 3. berat-berat tulang @ berat tulang-berat tulang? dan sebagainya Terima kasih. | Untuk makluman, penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Contoh perkataan ialah anak-anak emas, cakar-cakar ayam dan lain-lain. | Tatabahasa | 31.07.2013 |
Saya hendak kepastian tentang kata "peserta" sama ada kata ini membaw maksud jamak atau tidak. Bolehkah kata ini digandakan? | Boleh digandakan. Contohnya, Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi acara lumba lari 200 meter. | Lain-lain | 14.05.2019 |
bolehkah perkataan "makanan" digandakan menjadi "makanan-makanan"? terima kasih. | Perkataan "Makanan" boleh digandakan kepada "makanan-makanan". | Tatabahasa | 05.07.2019 |
Bolehkah akronim digandakan? Contohnya PM-PM, Adun-Adun, MP-MP. | Akronim tidak boleh digandakan. | Tatabahasa | 11.06.2024 |
"Bolehkah kata penguat bebas ( sangat, sungguh dan amat ) digandakan?" | Penggunaan kata penguat bebas tanpa digandakan sudah gramatis. | Tatabahasa | 29.08.2013 |
Salam bahagia, Cikgu Awang mengatakan bahawa kata sendi nama ‘antara’ menjadi penanda jamak bagi perkara yang hendak disenaraikan, maka perkataan yang mengikutinya tidak perlu digandakan. Cikgu Sariyan pula mengatakan kata nama yang mengikuti kata sendi nama ‘antara’ boleh digandakan bergantung pada konteks penggunaan. Pada pengamatan saya, jawapan yang kedualah yang masuk akal. Kata nama tidak perlu digandakan kerana menyatakan satu perkara sahaja: Antara faktor yang menyebabkan masalah sosial ialah kepincangan keluarga. Kata nama perlu digandakan kerana menyatakan lebih daripada satu perkara: Antara faktor-faktor yang menyebabkan masalah sosial ialah kepincangan keluarga, kekurangan didikan agama dan moral, kelemahan sistem pendidikan dan pengaruh rakan sebaya. Demi meleraikan kemusykilan bahasa ini, saya mencadangkan ayat-ayat tersebut ditulis seperti yang berikut: (a) Salah satu faktor yang menyebabkan masalah sosial ialah kepincangan keluarga. (b) Faktor-faktor yang menyebabkan masalah sosial ialah/termasuklah kepincangan keluarga, kekurangan didikan agama dan moral, kelemahan sistem pendidikan dan pengaruh rakan sebaya. Penjelasan ini berdasarkan hukum tatabahasa bahasa Melayu yang mengatakan bahawa frasa sendi nama tidak boleh berfungsi sebagai subjek. Dengan ini, diharapkan bahawa masalah tersebut dapat dileraikan. Sekian. Kay Seven Bukit Mertajam, Pulau Pinang. | Untuk makluman, pendapat yang diberikan tidak ada kesalahan. Akan tetapi, dalam apa pun keadaan, DBP berpegang pada buku Tatabahasa Dewan sebagai bahan rujukan. Untuk lebih jelas, mohon rujuk buku tersebut. | Tatabahasa | 22.12.2016 |
Bolehkah simpulan bahasa digandakan? Contoh anak emas. Bagaimana untuk gandaannya. 'Anak emas-anak emas' atau 'anak-anak emas'? | Anak emas apabila digandakan menjadi anak-anak emas. | Tatabahasa | 11.09.2008 |
Bolehkah alat tulis digandakan menjadi alat-alat tulis? Atau alat tulis sudah memadai kerana sudah membawa makna jamak? | Perkataan "alat tulis" boleh digandakan menjadi "alat-alat tulis". Namun, memadai ditulis "alat tulis" sahaja kerana perkataan "alat" telah menunjukkan banyak dan pelbagai. | Tatabahasa | 06.11.2014 |