Merujuk kepada buku teks tingkatan 1 Sejarah, pada mukasurat 60, susunan bendahara dalam kerajaan Melaka menyatakan bahawa selepas Tun Perak meninggal, beliau diganti oleh Tun Perpatih Putih. Manakala pada mukasurat 91, selepas kematian Tun Perak, beliau diganti oleh Tun Mutahir.Saya rasa terdapat kesilapan pentafsiran.Maklumat yang manakah benar? | Merujuk kepada susunan bendahara Melaka dalam Buku Teks Tingkatan 1 halaman 60 (pencerna minda), dan halaman 91 (kelemahan kepemimpinan), dijelaskan bahawa tiada kesilapan pentafsiran pada fakta tersebut. Selepas Bendahara Tun Perak meninggal dunia pada tahun 1498, sultan Mahmud Syah telah melantik Tun Perpatih Putih, iaitu adik kepada Tun Perak sebagai Bendahara Melaka yang ke-6. Walau bagaimanapun, Tun Perpatih Putih tidak lama menjadi bendahara, iaitu kira-kira dua tahun sahaja (1498-1500). Tempatnya diganti oleh Tun Mutahir sebagai Bendahara Melaka ke-7. Pada halaman 91, Bendahara Tun Perpatih Putih tidak dinyatakan disebabkan sumbangannya yang tidak begitu ketara. Tambahan lagi, halaman 91 menekankan tentang kelemahan kepemimpinan yang begitu ketara dan permulaan kejatuhan kerajaan Melaka pada masa Tun Mutahir menjadi Bendahara. Diharapkan dengan penjelasan ini, tiada lagi kekeliruan fakta yang berbangkit tentang susunan bendahara di Melaka. | Lain-lain | 15.05.2010 |
Adakah kata hubung "kerana" dapat diganti dengan "sebab" seperti berikut? 1. Dia tidak hadir kerana sakit. 2. Dia tidak hadir sebab sakit. | Encik Ong terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.Kerana dijelaskan dalam kamus dewan sebagai --kata yg digunakan sebelum memberikan keterangan atau penjelasan yg menjadi punca (permulaan, alasan, dsb) sesuatu keadaan, kejadian, masalah, perbuatan dll, sebab, oleh sebab, lantaran: mereka berjaya ~ kecekapan dan usaha yg sungguh-sungguh; pertem puran berlaku ~ kedua-dua pihak tidak mahu bertolak ansur; dia marah ~ dihinakan orang; apa ~nya maka begitu apa mulanya (sebabnya) maka begitu; ~ apa sebab apa; ~ Allah a) menurut kemahuan (perintah) Allah; b) dgn percuma (tidak menuntut apa-apa bayaran), utk mendapat pahala sahaja; oleh ~ = dari ~ disebabkan oleh, kerana. manakala sebab pula dijelasakan seperti ini - -yg mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula: doktor dapat mencari ~ penyakit itu; ia dipecat ~ malas; oleh ~ kerana; ~-musabab berbagai-bagai sebab; Dalam ayat yang tuan berikan kedua-dua perkataan itu boleh saling berganti. | Tatabahasa | 11.07.2009 |
Tuan, perkataan "kembung" dalam ayat berikut harus diganti dengan apa perkataan ? Papan lapis itu kembung kerana terendam di dalam air hujan semalaman terima kasih. | Papan lapis itu kembang kerana terendam di dalam air hujan semalaman. | Tatabahasa | 04.12.2020 |
Assalam, saya membuat produk cheese stick. Cheese stick diganti bahasa apa ya? tkasih | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah jejari keju. | Istilah | 20.09.2016 |
pengalaman yang yang pernah ditimba / pengalaman yang pernah dilalui ? diganti dengan perkataan yang lebih sesuai saya berharap untuk dapatkan jawapan sewcepat mungkin pada hari ini bersama dengan dua soalan tadi | Ayat yang betul ialah "pengalaman yang ditimba / pengalaman yang dilalui / pengalaman yang diperoleh. | Tatabahasa | 18.07.2010 |
salam sejahtera. adakah papan iklan "Sains Trade"sesusi , mengelirukan atau perlu diganti dengan perkataan lain? | Terjemahan trade dalam bahasa Melayu ialah niaga, dagang atau perdagangan. Frasa Sains Trade adalah mengelirukan dan berbentuk bahasa rojak. Oleh itu, penggunaan yang betul ialah Sains Perdagangan bukan Sains Trade. | Istilah | 31.01.2011 |
Saufi Subri TUE 8:19PM Salam, betulkah perkataan "maklumat" telah dimansuhkan dan diganti dengan perkataan "informasi"? | Tidak ada pemansuhan kata maklumat atau kata-kata lain. Kata informasi sebagai pilihan kepada khalayak sama ada hendak menggunakan kata maklumat atau yang seerti dengannya. | Istilah | 02.08.2016 |
Saya mendapat maklumat mengatakan perkataaan "Pelbagai" tidak boleh lagi digunakan. Ia harus diganti dengan berbagai-bagai. Maklumat ini betul atau salah. Terima kasih. | Encik Mohd. Nor, Kedua-dua perkataan ini masih digunakan, iaitu sama ada pelbagai atau berbagai-bagai. | Tatabahasa | 01.06.2010 |
Tuan Munsyi, adakah kata "jitu" seerti kata "betul"? Jadi, adakah kata "betul" dapat diganti dengan kata "jitu" dalam ayat ini: 1. Dia menjawab soalan itu dengan betulnya. 2. Dia menjawab soalan itu dengan jitunya. | Maksud "jitu" ialah "paling tepat". Kedua-dua ayat di atas adalah betul, tetapi perkataan "nya" perlu dibuang, iaitu 1. Dia menjawab soalan itu dengan betul. 2. Dia menjawab soalan itu dengan jitu. | Tatabahasa | 05.05.2015 |
1: kenapa "tempat" tidak lagi dipakai dalam akbar atau siaran radio/tv, tapi diganti dgn lokasi? | Lokasi sebagai pilihan kepada perkataan tempat. Penggunaannya menjadi hak penerbit tetapi mestilah disebut dan dieja dengan betul. | Tatabahasa | 23.11.2012 |