Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt 1. (physiol) mencernakan, menghadamkan; 2. absorb mentally, memahami, mencernakan: his ideas are too complex to ~, idea-ideanya terlalu rumit utk difahami; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi cerna, hadam: some foods ~ more easily than others, setengah-setengah makanan lebih mudah cerna drpd makanan yg lain; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n synopsis, ringkasan, ikhtisar; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata digest


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan DIGEST telah di melayukan? DIGEST yang dimaksudkan ialah koleksi artikel. Terima kasihDalam bidang perpustakaan, digest diterjemahkan kepada ringkasan. Tidak ada ada perkataan digest dalam bahasa Melayu.Istilah25.01.2017
Manakah yang lebih sesuai untuk di buat tajuk bagi terbitan berikut? koleksi/himpunan kertas-kertas kajian akademik DIGEST atau JOURNALDigest diterjemahkan kepada ringkasan, manakala jurnal ialah terbitan atau majalah berkala yang khusus bagi sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu.Istilah25.01.2017
Dimanakah saya boleh mendapatkan panduan terperinci jika saya bercadang menerbitkan buku sendiri. Maksudnya dari segi perundangan dan borang-borang berkaitan. Sekian Al Fazli Sandakan SabahMenerbitkan buku sendiri atau “self publishing” telah diamalkan di Amerika Syarikat dan mula diamalkan di Malaysia. Antara majalah antarabangsa yang sering memberikan tumpuan kepada “self publishing” ialah “Writers Digest”. Beberapa tahun lalu, akhbar “The Star” ada menyiarkan makalah tentang “self publishing”. Untuk menerbitkan buku sendiri, selain sebagai penulis, seseorang itu lazimnya menanggung sendiri kos pracetak dan percetakan, serta memasarkan bukunya. Tidak ada borang khusus berkaitan dengan “self-publishing”. Dari segi perundangan, antara undang-undang yang perlu dipatuhi ialah peruntukan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, berhubung peruntukan pelesenan dan permit penerbitan, serta kandungan bahan penerbitan; Akta Hakcipta 1987, berhubung perlindungan hakcipta penulis, Akta Hasutan 1948 berkaitan dengan larangan menerbitkan bahan penerbitan yang menghasut, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 berkaitan dengan larangan mencetak dokumen tegahan.Lain-lain28.05.2007

Kembali ke atas