Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya Farahida Othman, Pengurus Penerbitan Korporat di Telekom Malaysia Berhad (TM) . Untuk makluman tuan/puan, kami sedang di dalam proses penterjemahan buku laporan tahunan kami di TM. Saya ingin mendapatkan pandangan pihak Dewan Bahasa & Pustaka tentang perkataan yang sesuai di dalam Bahasa Melayu bagi perkataan “Digitalisation”. Adakah ianya tepat diterjemahkan sebagai pendigitalan atau digitalisasi? Maklumbalas tuan/puan amatlah kami hargai dan disudahi dengan ucapan terima kasih. | Menurut istilah MABBIM, perkataan "Digitalisation" diterjemahkan sebagai pendigitalisan atau digitalisasi. Penggunaan istilah bergantung kepada konteks dan kesesuaian ayat. Sila rujuk digitalisation&d=286464&#LIHATSINI">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=digitalisation&d=286464&#LIHATSINI | Pembinaan Bakat | 04.04.2018 |