Antara Istilah Malaysia dengan Istilah MABBIM di prpm.gov.my: 1) Kumpulan istilah manakah yang digubal terlebih dahulu/Kumpulan istilah manakah yang digubal berdasarkan kumpulan istilah yang satu lagi? 2) Kumpulan istilah manakah yang lebih berwibawa dan diguna pakai secara baku dan mantap? Persoalan ini timbul kerana kedapatan padanan istilah yang berbeza antara yang dalam Istilah Malaysia dengan yang dalam Istilah MABBIM. | Untuk makluman, terdapat istilah Malaysia yang digubal dahulu sebelum digubal pada peringkat MABBIM dan ada yang digubal pada peringkat MABBIM dahulu sebelum digubal di Malaysia. Istilah MABBIM ialah istilah yang dipersetujui antara tiga negara, iaitu Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Kedua-dua istilah MABBIM dan istilah Malaysia adalah baku dan boleh digunakan. Oleh itu, terpulang pada pengguna untuk memilih istilah yang sesuai dengan konteks penggunaan. | Istilah | 01.10.2012 |
Salam sejahtera, Antara Istilah Malaysia dengan Istilah MABBIM di prpm.gov.my: 1) Kumpulan istilah manakah yang digubal terlebih dahulu/Kumpulan istilah manakah yang digubal berdasarkan kumpulan istilah yang satu lagi? 2) Kumpulan istilah manakah yang lebih berwibawa dan diguna pakai secara baku dan mantap? Persoalan ini timbul kerana kedapatan banyak padanan istilah yang berbeza antara yang dalam Istilah Malaysia dengan yang dalam Istilah MABBIM. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, terdapat istilah Malaysia yang digubal dahulu sebelum digubal pada peringkat MABBIM dan ada yang digubal pada peringkat MABBIM dahulu sebelum digubal di Malaysia. Istilah MABBIM ialah istilah yang dipersetujui antara tiga negara, iaitu Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Kedua-dua istilah MABBIM dan istilah Malaysia adalah baku dan boleh digunakan. Oleh itu, terpulang pada pengguna untuk memilih istilah yang sesuai dengan konteks penggunaan. | Istilah | 09.08.2012 |
Saya ingin tahu istilah yang digubal oleh pihak DBP bagi set-top box. Terima kasih | Untuk makluman, dalam pangkalan data kami terdapat dua padanan bahasa Melayu, iaitu kotak atas set dan kotak set atas. Huraian untuk kedua-dua istilah itu adalah seperti yang berikut: kotak atas set - Komputer rangkaian di rumah yang menggunakan televisyen sebagai monitor untuk mencapai perkhidmatan Internet. kotak set-atas - Kotak stesen televisyen berbayar yang diletakkan di atas televisyen pengguna seperti stesen televisyen berbayar yang berasaskan kabel, Internet atau satelit. Fungsi kotak ini adalah untuk mengekod dan menyahkod isyarat video yang dihantar oleh stesen penyedia televisyen berbayar. Contohnya, kotak set-atas yang dibekalkan oleh ASTRO kepada pelanggannya. | Istilah | 06.08.2014 |
11. Seterusnya, Pengerusi juga memaklumkan bahawa mesyuarat JLAKS merupakan satu forum yang tertinggi di dalam TLDM, maka sebarang dasar perlu digubal dan diputuskan melalui forum ini. Selain daripada itu, pengerusi memaklumkan dan menetapkan keahlian JLAKS hanya melibatkan ahli yang berkhidmat di dalam perkhidmatan TLDM sahaja kerana setiap kali ianya disidangkan akan mendapat jumlah kehadiran yang maksimum daripada ahli JLAKS. Justeru, penetapan telah dibuat agar semua ahli yang terlibat perlu menghadirkan diri tanpa gagal di dalam forum ini. Dengan demikian, semua dasar yang telah digubal dan diputuskan perlu dilaksanakan serta sebarang cadangan perlu dibincangkan di dalam forum ini. | Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama. Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat. | Tatabahasa | 13.01.2014 |
Tetamu kehormat merupakan istilah yang telah digubal oleh pihak DBP bagi padanan Guest of honour. Namun terdapat juga pihak yang menggunakan istilah 'tetamu terhormat' . Adakah kedua-dua istilah iaitu tetamu kehormat dan tetamu terhormat sama maknanya dan boleh digunakan secara silih ganti? | Tetamu kehormat merupakan satu-satunya padanan yang rasmi untuk "Guest of honour". Penggunaan selain daripada itu tidak diterima sebagai rasmi. Tetamu kehormat - orang yg diundang khas (biasanya orang kenamaan, pemimpin, atau pembesar) utk menghadiri sesuatu majlis atau upacara; ruang ~ ruang utk melayan tetamu. | Istilah | 17.05.2017 |
Adakah Siri Kamus istilah MABBIM Kamus Perhutanan:Pengurusan Hutan, mempunyai bentuk istilah yang mengandungi pembentukan kata atau tidak? Adakah kamus istilah dalam bidang ini mengandungi bentuk istilah yang digubal secara asli ataupun yang dipinjam? | Saudara, Istilah yang dibentuk menerapkan pedoman pembentukan istilah seperti yang terkandung di dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah hasil sidang MABBIM. Bentuk istilah digubal mengikut kaedah yang ditentukan di dalam buku pedoman tersebut , iaitu istilah bahasa Inggeris diberi padanan kata bahasa Melayu jati atau padanan kata tersebut dipinjam dan disesuaikan bentuk ejaannya mengikut pedoman sedia ada. | Lain-lain | 12.02.2010 |
Kata pengetua itu, ¨Waima murid lelaki mahupun murid perempuan mesti mematuhi peraturan yang digubal di sekolah ini.¨ maka, MUNsyi, adakah waima betul dalam ayat ini? TK | Waima bermaksud sama ada atau walaupun dan perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 19.06.2013 |
1.Kata pengetua itu, ¨Waima murid lelaki mahupun murid perempuan mesti mematuhi peraturan yang digubal di sekolah ini.¨ )MUNsyi, adakah waima sesuai digunakan dalam ayat ini_ TK | Waima ialah perkataan Arab yang bermaksud sama ada atau walaupun bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Untuk melihat contoh penggunaan perkataan tersebut, sila klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=waima. | Tatabahasa | 18.06.2013 |
Adakah peperiksaan yang dikeluarkan Oleh Kerajaan diperiksa Oleh dbp | Soalan peperiksaan disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan soalan digubal oleh panel yang dilantik oleh MPM. DBP tidak terlibat dengan MPM dalam hal ini. | Lain-lain | 31.05.2013 |
Assalamamualaikum... Saya mempunyai satu soalan untuk dikemukakan kepada pihak DBP, berkenaan polisi baru pihak kerajaan dalam Sistem Pendidikan yang baru digubal beberapa waktu lalu. Pembelajaran Sains dan Matematik yang kembali diajar semula dalam Bahasa Melayu menjadi kelegaan kepada banyak pihak terutama bagi yang memang selesa dan menjiwai bahasa Malayu itu sendiri. Bagi menyediakan prasarana itu,adakah pihak DBP mempunyai projek-projek terbaru untuk merialisasikan cita-cita kerajaan untuk memanggil semula minat pelajar-pelajar yang telah pudar dalam Sains dan Matematik? Bagi pandangn saya, DBP punya peranan yang sangat besar sebesar peranan Baitul Hikmah yang wujud tatkala zaman Kerajaan Abbasiah suatu ketika dahulu, yang mana, ia menjadi perpustakaan terbesar menempatkan sumber ilmu tak mengira bidang, dan yang lebih mengujakan, kebanyakan buku tersebut adalah dalam bahasa ibunda,iaitu bahasa Arab.... Adakah pihak DBP juga dalam perancangan kearah itu, atau hanya tertumpu kepada bidang kesasteraan Melayu semata? saya warga Malaysia yang punya harapan yang sangat tinggi terhadap DBP agar ia wujud menjadi badan yang bisa meyuntik penawar kepada tahapan ilmu dan kecintaan ilmu di kalangan rakyat Malaysia yang masih dalam kategori rendah dibaningkan dengan negara-negara membangun yang lain. Sekian. | Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu lebih kepada pedagogi pendidikan yang ditagani oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam hal ini DBP tetap meneruskan fungsi dan peranannya dalam pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu yang dilaksanakan melalui pelbagai kegiatan di sektor awam dan swasta. DBP akan mengemaskinikan dan menerbitkan lebih banyak buku dan istilah yang berkaitan seperti istilah Sains, Matematik dan Teknologi. Selain itu, kegiatan penggalakan dan pengembangan bahasa Melayu akan dipertingkatkan dan diperluas. | Lain-lain | 16.07.2009 |