Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata digunakan

Peribahasa

Guna-guna alu,
     sesudah menumbuk dicampakkan.

Bermaksud :

Digunakan sewaktu ada perlunya, setelah itu ditinggalkan.

 

Lihat selanjutnya...(10)

253

More haste, worse speed

Jika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).

Terlalu cepat jadi lambat

She was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.

Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(18)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terjemahan "Strategic Positioning", kalau mengikut DBP ialah "Peletakan Strategik". Akan tetapi, carian google menunjukkan bahawa istilah ini jarang digunakan. Terjemahan yang sering digunakan ialah "Penempatan Strategik". Soalan saya, adakah "Penempatan Strategik" juga terjemahan yang betul untuk "Strategic Positioning"?

Menurut Kamus Dewan Perdana makna penempatan ialah perbuatan atau proses menempati atau menempatkan seseorang atau sesesuatu. Maksud ini boleh juga digunakan untuk merujuk pada perkataan”peletakan” dalam frasa “peletakan strategik”. Sekiranya maksud ini bersesuaian dengan konsep dan konteks "Strategic Positioning" padanan terjemahan frasa “penempatan strategik” juga boleh digunakan.

Penyemakan dan penterjemahan16.06.2023
1. Adakah penggunaan almarhum hanya boleh digunakan untuk kerabat yang berpangkat seperti sultan, tengku mahkota dan raja muda sahaja.Almarhum ialah kata ganti diri yang digunakan sebelum nama orang lelaki Islam, lazimnya digunakan pada raja dan kerabatnya yang telah mangkat atau meninggal. Walau bagaimanapun, almarhum juga boleh digunakan untuk orang kebanyakan. Lain-lain27.09.2023
Apakah penjelasan bagi perkataan "samping"? Bila perkataan "samping" boleh digunakan? Adakah ia boleh digunakan bersama kata sendi nama "di"?Menurut kamus terbitan terkini DBP; Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1951)

samping1
 kata nama
sisi atau sebelah kiri atau kanan:
Luruskan tangan di atas kepala, kemudian gerakkannya ke samping kiri dan kanan.

di samping
a di sisi atau di sebelah: Dia duduk di samping suaminya sambil menikmati minum petang.

b selain atau juga: Pertemuan sedemikian mendedahkannya pada corak penulisan baharu di samping dapat berkenal mesra dengan rakan penulis yang lain.

c bersama-sama atau bergandingan dengan: Hidup di samping baginda banyak menyimpulkan kenangan manis dan duka. Lebaran yang diraikan Syafie pada tahun ini tetap meriah dan bermakna di samping keluarga tercinta.

Sila dapatkan maklumat tentang kata terbitan dan contoh penggunaannya dalam kamus ini.
Makna24.05.2023
Selamat petang Saya ingin mendapatkan pencerahan tentang penggunaan perkataan "di mana". Adalah di mana hanya digunakan untuk merujuk kepada tempat atau lokasi sahaja, atau boleh digunakan sebagai kata hubung dalam ayat. saya agak keliru kerana dimaklumkan "di mana" tidak boleh digunakan sebagai kata hubung untuk memberi penjelasan tentang sesuatu perkara. Ia hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada tempat atau lokasi. Diharap pihak tuan-puan boleh bantu memberi pencerahan. sekian terima kasih

Frasa 'di mana' digunakan dalam ayat tanya, bukan dalam ayat penyata.

Contoh: Di manakah awak tinggal?

Tatabahasa06.08.2024
Adakah isitlah gelecek dalam sukan hanya digunakan dalam sukan bola sepak ataupun boleh juga digunakan dalam bola keranjang?Istilah yang tepat ialah kelecek; mengelecek (dribbling) dan boleh digunakan dalam sukan bola keranjang.Makna27.05.2025
Bilakah penggunaan ialah dan adalah digunakan ?

Perkataan "ialah" dan "adalah" tergolong dalam kata pemeri." Ialah" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala "adalah" digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 263 - 264.

Tatabahasa03.09.2024
Adakah perkataan "suri rumah" boleh digunakan untuk lelaki? Sekiranya tidak boleh, adakah terdapat istilah lain yang digunakan untuk "house husband" atau "stay-at-home husband"? Sekiranya belum ada istilah khusus, apakah istilah yang pihak DBP boleh cadangkan untuk digunakan? Terima kasih.Untuk makluman tuan, belum ada padanan istilah bahasa Melayu untuk house husband. Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah house husband ialah nara rumah. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.Istilah30.10.2025
Adakah isitilah Lilati boleh digunakan dalam karangan? Lilati iailah Lipas, lalat, tikus“Lilati” merujuk kepada singkatan yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk lipas, lalat dan tikus, namun singkatan ini tidak boleh digunakan dalam penulisan rasmi. Oleh yang demikian,  perkataan tersebut hendaklah dieja penuh.Ejaan12.06.2024
Perkataan Pillars atau Tonggak banyak digunakan dalam pelan tindakan dan dasar Kerajaan. Namun sekiranya Sub Pillar digunakan, adakah terjemahannya sub tonggak? Pohon juga dimaklumkan ejaan yang betul. Terima kasih.Sekiranya bersesuaian dengan konsep penulisan, kami mencadangkan perkataan "cabang" digunakan.Penyemakan dan penterjemahan26.10.2022
Salam sejahtera tuan. Saya ingin bertanya tentang soalah tatabahasa iaitu ialah dan adalah. Dalam pengetahuan saya, ialah digunakan dalam kata nama maniakaal adalah digunakan dalam kata adjektif dan kata sendi nama. Soalan: Warna beg ini ialah biru. Warna beg ini adalah biru. Ayat yang manakah adalah betul? Bolehkah tuan memberikan penjelasan yang teliti untuk merungkaikan soalan ini? Sekian, terima kasih ^^

Kata pemeri "ialah" digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Kata pemeri "ialah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri "ialah" digunakan sebelum kata nama atau frasa nama.

 

Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti frasa kerja dan frasa nama.

 

Ayat yang betul ialah “Beg itu berwarna biru.” Ayat ini merupakan ayat tunggal yang mengandungi hanya satu klausa, serta tidak memerlukan kata pemeri bagi melengkapkannya.

 

Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, (DBP, 2014) halaman 433, 263 dan 264 .

Tatabahasa05.03.2024
12345678910...

Kembali ke atas