Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dihabiskan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Berapakah wang yang telah dihabiskan untuk makanan aku? 2. Berapa sangatlah wang yang telah dihabiskan untuk makanan aku? Ayat yang manakah baku? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah ayat pertama, Berapakah wang yang telah dihabiskan untuk makanan aku?Tatabahasa14.08.2013
2. pokok labu sejenis tumbuhan (menjalar / merayap) Kedua-dua jawapan ini betul? Kalau tidak, mengapa? 3. Kata seru (a) ______, kerasnya kuih ini! (b) ______, kuih ini berjaya dihabiskan! (c) ______, sukarnya membuat kuih ini! 4. Pekerja sekolah sedang menyapu sampah di kaki-kaki lima sekolah. 5. Ikan-ikan yang segar-segar itu dijual di pasar. 6. Oleh kerana malas belajar, Ros gagal dalam peperiksaan. 7. Pokok duit-duit pokok tumpang. 8. Bukit itu dipenuhi dengan batu-batan. 9. Kuih-muih itu dijual pada harga yang berpatutan. 10. Bingkai gambar itu digantung berjauhan dangan lampu / Bingkai gambar itu digantung berjauhan dengan lampu. 11. Adik ______ (kata adjektif) sangat hendak makan ubat yang pahit itu.

2. Pokok labu sejenis tumbuhan (menjalar / merayap). Berdasarkan Kamus Dewan,  merayap dan menjalar mempunyai makna yang sama.

3. (a) __Aduh____, kerasnya kuih ini! (b) ____Wah__, kuih ini berjaya dihabiskan! (c) ___Aduh___, sukarnya membuat kuih ini!
 

4. Betul.

5. Betul.

6. Oleh sebab malas belajar, Ros gagal dalam peperiksaan.

7. Pokok duit-duit ialah pokok tumpang.
 

8. Betul.

9. Betul. 

10. Bingkai gambar itu digantung berjauhan dari lampu.

11. Adik ___susah___ (kata adjektif) sangat hendak makan ubat yang pahit itu. 

Tatabahasa08.08.2013
Apakah ayat yang betul untuk menterjemah ayat "Best consumed within 2 days"? "Sebaiknya dimakan dalam masa 2 hari"? Terima kasih

Ayat yang betul ialah “Sebaik-baiknya dihabiskan dalam tempoh dua hari.”

Makna27.08.2024
Penggunaan tunggak dan tonggak Wasatiyyah _________ kesatuan ummah. Apa perbezaan tunggak dan tonggak?Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, tonggak bermaksud 1 kayu yang panjang dan dipasang tegak (seperti tiang telegraf). 2 pangkal batang kayu yang masih tegak berdiri; tunggul. 3 asas atau dasar se­suatu kepercayaan, pegangan dll.

Manakala tunggak dalam Kamus Dewan Edisi Empat bermaksud 1. bahagian batang kayu yang masih tinggal dalam tanah sesudah ditebang atau patah, tunggul; 2. = tunggakan kerja yang masih belum dihabiskan; 3. ki asas, tunjangan, penunjang, pendukung.

Berdasarkan maksud tersebut, kedua-dua boleh digunakan. Walau bagaimanapun, penggunaan yang lazim ialah tonggak.
Tatabahasa17.01.2014

Kembali ke atas