Bolehkah kita menulis angka dalam kurungan seperti dua contoh ayat berikut: majlis itu akan dihadiri oleh 50 (lima puluh) orang peserta ...; majlis itu akan dihadiri oleh lima puluh (50) orang peserta ... | Ejaan yang betul ialah "Majlis itu akan dihadiri oleh lima puluh (50) orang peserta". | Tatabahasa | 27.05.2011 |
Kursus yang dihadiri oleh ahli pengakap itu merupakan _______ daripada kursus yang lalu. A. ikutan B. turutan C. pindaan D. sambungan yang manakah jawapan paling tepat. | Jawapan yang paling tepat ialah kursus yang dihadiri oleh ahli pengakap itu merupakan sambungan daripada kursus yang lalu. | Lain-lain | 08.09.2015 |
Tuan, didalam buku aturcara yang dihadiri oleh Sultan terdapat Nanyian Lagu Negara Ku dan lagu Negeri adakah betul didalam buku aturcara disebut Lagu Negara Ku di mainkan atau didendangkan atau tidak disebut terus, apa pandangan tuan, terima kasih | Dalam senarai atur cara yang betul ialah Nyanyian Lagu Negaraku, bermaksud tidak hanya lagu negaraku dimainkan tetapi hadirin bersama-sama menyanyikan lagu tersebut. | Lain-lain | 17.02.2010 |
Salam, 1) Apakah ayat yang sesuai untuk menulis memo panggilan kursus yang wajib dihadiri oleh pegawai atasan? 2) Bolehkah perkataan " Tuan/puan dijemput menghadiri bengkel tersebut tanpa uzur" ? digunakan untuk menjemput pegawai atasan dan kehadiran adalah wajib. | 1. Penggunaan ayat yang sesuai untuk menulis memo panggilan kursus bergantung pada kursus yang hendak diadakan. 2. Kehadiran adalah diwajibkan kepada semua pegawai /Semua pegawai wajib menghadiri kursus ini. | Tatabahasa | 11.05.2010 |
Salam..mohon pihak tuan menyemak apa2 kesalahan atau penggunaan bahasa pada ayat dibawah ini..terima kasih Majlis ini dihadiri oleh 350 tetamu yang terdiri daripada Kerabat Diraja, Pegawai Kanan Tentera, Tokoh Korprat , Pegawai Tentera dan para pesara daripada kedua-dua Kor. | Salam saudara, Penggunaan ayat di atas tepat. Namun sila betulkan ejaan pada perkataan 'Korprat' kepada Korporat | Lain-lain | 22.09.2012 |
Sila nyatakan adakah ayat di bawah betul atau salah, nyatakan sebabnya. I Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. II Majlis yang amat meriah itu dihadiri oleh rakyat dari seluruh pelosok negara. III "Minta tuan-tuan bertenang seketika kerana sistem pembesar suara mengalami masalah teknikal," kata pengacara majlis. IV Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang. | I. Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. - Ayat ini tidak gramatis kerana nya (terdapatnya) ialah kata ganti nama diri ketiga dan tidak gramatis untuk aayat ini. II. Majlis yang amat meriah itu dihadiri oleh rakyat dari seluruh pelosok negara. - Ayat ini gramatis. III. "Minta tuan-tuan bertenang seketika kerana sistem pembesar suara mengalami masalah teknikal," kata pengacara majlis. - Ayat ini boleh digunakan dalam konteks arahan. IV. Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang. - Ayat ini betul kerana tetapi ialah kata hubung untuk menyatakan kata-kata yang berlawanan. | Tatabahasa | 28.05.2012 |
Salam Sejahtera. Tuan, Boleh saya dapatkan pengesahan sama ada pengunaan 'anggota mesyuarat' boleh digunakan untuk merujuk kepada ahli mesyuarat kerana mesyuarat dihadiri oleh Anggota Lembaga (Board Member) | Pengunaan perkataan "anggota mesyuarat" boleh digunakan untuk merujuk kepada perkataan "ahli mesyuarat". | Istilah | 23.06.2020 |
Mohon bantuan untuk mendapatkan terjemahan bagi istilah "index for inclusion". Konsep "inclusion" berkaitan Program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) yang dihadiri oleh MBPK bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. MBPK terdiri daripada 6 kategori iaitu: i) Ketidakupayaan penglihatan ii) ketidakupayaan pendengaran iii) ketidakupayaan fizikal iv) ketidakupayaan pendengaran v) masalah pembelajaran vi) ketidakupyaan pelbagai Terima kasih. | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi istilah index for inclusion ialah indeks untuk rangkuman. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.03.2024 |
Adakah Dewan Bahasa dan Pustaka di bawah Kementerian pendidikan? Adakah kursus yang dianjurkan oleh DBP boleh dimasukkan ke dalam 7 hari kursus yang perlu dihadiri oleh penjawat awam pada satu tahun? | Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai kursus anjuran DBP, sila hubungi Bahagian Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau e-mel kepada pegawainya Puan Faridah A. Rahman dbp.gov.my">faridah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 14.03.2013 |
Cikgu, seorang guru pakar bahasa Melayu saya berkata bahawa "merujuk" perlu diikuti dengan kata sendi nama "kepada" kerana "merujuk" ialah kata kerja tak transitif. Jika belakang kata kerja tak transitif dihadiri dengan pelengkap, perlu ada kata sendi nama antara kata kerja tak transitif dengan pelengkap. Contoh penggunaan "merujuk" ialah: 1. merujuk kepada surat tuan 2. merujuk kepada buku Tatabahasa Dewan 3. merujuk kepada ajaran guru Tuan tolong berikan penjelasan tentang keadaan atau situasi ini. Adakah penerangan saya betul atau tidak? | Isu yang sebenarnya ialah sama ada "merujuk perkara" atau "merujuk kepada perkara", dan frasa "merujuk pada" sememangnya tidak gramatis. Mengikut rumus tatabahasa frasa "Merujuk perkara " sebagai gramatis kerana merujuk ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti objek daripada frasa nama, iaitu perkara. Walau bagaimanapun frasa "merujuk kepada perkara" telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat dan diterima. | Tatabahasa | 23.05.2014 |