| Apakah maksud kerja secara bebas? | Kerja bermaksud segala tugas atau urusan (yang telah ditentukan sebagai tanggungjawab) dan bebas bermaksud tidak dihalang atau tidak disekat-sekat melakukan sesuatu. Oleh yang demikian, kerja secara bebas bermaksud melakukan tugasan atau urusan yang tidak dihalang atau tidak disekat oleh seseorang/sesuatu. | Makna | 22.02.2019 |
| Penelitian mengenai beberapa kajian berkaitan PCA menunjukkan kebanyakan pendekatan yang digunakan adalah "bagi bentuk yang tidak dihalang (occluded) ". Soalan betulkah susunan ayat "bagi bentuk..."? | Penggunaan "bagi" dalam ayat tersebut betul kerana ia digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang berfungsi untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. | Tatabahasa | 03.07.2007 |
| Hai, apakah terjemahan yang sesuai bagi "banned"? Sesuai kah ia diterjemahkan kepada "diharamkan"? Contoh ayat: You are banned from this website and unable to login for 10 min. Terima kasih. | Untuk makluman terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk ban, iaitu haram, halang, larang, sekat dan tahan. Berdasarkan konteks yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah dihalang atau disekat. | Istilah | 16.10.2012 |
| Salam sejahtera. 1. Adakah ayat ini betul? Semoga puan akan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi di masa akan datang. 2. Saya tidak dapat cari perkataan "menghadang" dan "bola lisut" dalam Kamus Dewan, adakah perkataan ini masih wujud? Terima kasih. | 1. Semoga puan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi pada masa akan datang. 2. Dalam data kami tiada perkataan menghadang tetapi mempunyai perkataan menghalang, iaitu menahan sesuatu supaya tidak dapat bergerak, mengalir dll: Beting pasir itu ~ air mengalir ke laut. 2 tidak membenarkan seseorang melakukan sesuatu; menahan; menegah; melarang: Maka hulubalang Melaka itu pun dihalang oleh Bendahara, tiada diberinya melawan. 3 menutupi atau melindungi: Jerebu ~ pemandangan kami. Perkataan bola lisut masih digunakan selain perkataan sofbal. | Tatabahasa | 08.10.2013 |