Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dihanyutkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
walau ke pulau manapun kita dihanyut ATAU dihanyutkan?Jawapan yang betul ialah "walau ke pulau manapun kita dihanyutkan"Sastera28.01.2022
Selamat pagi, Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang perbezaan maksud dan cara menggunakan perkataan berikut: dekat dan berdekatan. Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dekat bermaksud:
1. tidak jauh jaraknya atau antaranya dari, hampir. Contohnya, 'rumahnya dekat dengan kedai'; 'Sungai Siput letaknya dekat sahaja dengan Kuala Kangsar'.
2. hampir (berkenaan waktu, masa, jumlah, dll). Contohnya, wang yang dikumpulkannya sekarang ini sudah dekat seribu ringgit.
3. tidak lama lagi, hampir (akan berlakunya sesuatu). Contohnya, 'Peperiksaan akhir tahun sudah dekat'. 
4. rapat (berkenaan hubungan persaudaraan, persahabatan dll), karib Contohnya, 'penghulu kampung itu dekat benar dengan anak buahnya.' 

Berdekatan pula bermaksud berada atau terletak dekat (dengan sesuatu tempat), berhampiran. Contohnya, rakit itu kemudiannya dihanyutkan dihanyutkan ke dalam sungai  yang berdekatan.'
Makna20.01.2012
Betul atau salah? 1. keluar rumah 2. keluar dari rumah 3. mengemas katil 4. mengemaskan katil 5. peti kecemasan 6. peti pertolongan cemas 7. ambulans 8. kereta ambulans 9. Adik menangis kerana sakit. 10. Adik menangis kerena dia sakit. 11. terjaga dari tidur. 12. terjaga daripada tidur 13. mengeluarkan wang dari dompet 14 mengeluarkan wang daripada dompet 15. terjaga dari tidur 16 terjaga daripada tidur 17. Dia ada hanya sebatang pen. 18. Dia hanya ada sebatang pen. 19. Tiada sesiapa yang datang menolongnya. 20. Tiada sesiapa pun yang datang menolongnya. 21. Tanam-tanaman dihanyutkan air. 22. Tanam-tanaman dihanyutkan oleh air. 23. menggantung belon 24. menggantungkan belon Saya difahamkan bagi benda abstrak, kita tidak boleh menggunakan penjodoh bilangan. Mengapakah saya masih nampak frasa seperti sebuah lagu? Apakah penjodoh bilangan bagi lagu, cerita, tin dan negeri?

Ayat yang betul ialah ayat no. 2, 4, 6, 7, 9, 12, 14, 16, 18, 19 & 20, 21, 24.  Penjodoh bilangan dengan kata nama abstrak sangat terbatas penggunaannya. Selama ini hanya terdapat dua penjodoh bilangan sahaja yang digunakan dalam konteks berkenaan, iaitu patah untuk perkataan dan buah untuk cerita, puisi, negara, masyarakat, parti politik, persatuan dsbnya. 

Tatabahasa25.10.2010
Saudara, 1. Penggunaan kata sendi 'dengan' dan 'terhadap'. Yang manakah yang betul? a. Saya sangat bersimpati terhadap orang-orang yang ditimpa banjir. (Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM) b. Saya sangat bersimpati dengan nasib malang pelajar dari Bagan Serai itu. (Kamus Dewan Edisi Ketiga) 2. Kata Bilangan - perlukah diikuti dengan penjodoh bilangan? a. Berbelas-belas buah rumah telah dihanyutkan banjir besar malam tadi. (Kamus Pelajar) b. Ketiga-tiga anaknya telah bekerja. (Kamus Pelajar) c. Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan. (Tatabahasa Dewan Edisi Baharu) d. Beratus-ratus rakyat mati. (Kamus Dewan) e. Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain-main di bawah pohon ketapang. (Kamus Pelajar) f. Beberapa buah buku (Kamus Dewan) Sekian. Terima kasih. Salam hormat, LIM KHAN SAN

Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata sendi dengan digunakan untuk membawa maksud i. bersama-sama atau berserta, ii. cara sesuatu itu dilakukan iii. memakai atau menggunakan dan menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama. Kata sendi terhadap pula digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Oleh yang demikian  berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga penggunaan terhadap lebih tepat dalam Kamus Pelajar. Kamus Dewan Edisi Ketiga lebih merupakan kamus umum yang merakamkan contoh-contoh penggunaan berdasarkan korpus.

Penggunaan penjodoh bilangan digalakkan bagi mendapatkan satu bentuk penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat  dan indah. Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Melayu tanpa penjodoh bilangan bukanlah satu kesalahan.  Bagi contoh-contoh ayat di atas penggunaan penjodoh bilangan dapat menjadikan ayat-ayat tersebut lebih tepat,betul dan indah.        

Tatabahasa12.06.2008
Bagaimanakah banjir lumpur itu berlaku? (Soalan) Banjir lumpur itu berlaku kerana hujan turun dengan lebat menyebabkan hakisan tanah berlaku.(jawapan) Persoalannya: bolehkah diterima penggunaan kerana untuk soalan bagaimana.Soalan bagaimana tidak boleh dijawab dengan jawapan kerana.  Bagaimana bermaksud cara.  Contoh jawapan yang mungkin boleh diterima ialah menjawab cara banjir itu berlaku. "Banjir itu berlaku dengan teruk sekali. Banyak rumah telah dihanyutkan.Lain-lain23.02.2016
Apakah perbezaan antara 'berdampingan', 'bergandingan' dan 'berdekatan' dari segi penggunaan istilah?

 

 Puan Lee terima kasih kerana menghubungi KNBDBP,

berikut diberikan makan seperti yang ditanya.

berdampingan - berada dekat dgn atau di sisi (seseorang), berdekatan, berapat-rapat: dia hanya ingin ~ dgn Busu; 2. bergandingan, bersama-sama (menghadapi atau mengusahakan sesuatu): dia harus ~ serapat-rapatnya dgn saudaranya dlm usaha menyelesaikan masalah itu;

 berganding - berdampingan, berdekatan (berpegangan tangan): Ismail ~ dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta; 2. berangkaian, berhubungan, berpautan: gerabak-gerabak kereta api yg bergerak ~; 3. berkaitan, berhubungan, bersangkutan: hal-hal yg ~ dgn sesuatu perkara; 4. bekerjasama, tolong-menolong: masyarakat yg berbilang bangsa harus ~ utk mencapai kemakmuran; ~ tangan a) berpegangan tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu; ~ tenaga menggunakan tenaga bersama utk melakukan sesuatu, berpadu tenaga, bekerjasama (dgn erat);

berada atau terletak dekat (dgn sesuatu tempat), berhampiran: rakit itu kemudiannya dihanyutkan ke dlm sungai yg ~; kejadian rompakan itu telah dilaporkan ke balai polis yg ~; 2. = berdekat-dekatan; 3. dekat (dgn sesuatu), berhampiran (dgn);

Makna06.01.2010

Kembali ke atas