Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diharapkan

Peribahasa

Lepas putih hitam tak dapat.

Bermaksud :

Yang diharapkan tak dapat, sedang apa yang telah ada, hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Putih dikejar, hitam tak dapat).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan, Adakah kita boleh menggunakan "Adalah diharapkan..." atau "Diharapkan..." atau "Demikianlah diharapkan..." di permulaan ayat ? Kerjasama dan bantuan tuan/puan di dalam perkara ini adalah amat dihargai.Tuan/Puan
Frasa yang dinyatakan tidak boleh digunakan pada permulaan ayat.
Tatabahasa17.04.2014
Diharapkan pihak DBP dapat menyediakan platform(buku, e-book, pdf) untuk perkataan bahasa melayu lama(sanskrit, klasik dll). Saya meminati untuk belajar bahasaDBP belum menghasilkan satu terbitan khusus seperti buku atau risalah senarai kata yang bersumberkan kata Sanskrit atau klasik. Walau bagaimanapun sebagai pelajar yang minat untuk belajar bahasa tuan boleh menyemak kamus dan mencari perkataan yang dilabelkan dengan ark (arkaik) dan sl (sastera lama) kerana kata-kata ini dikategorikan sebagai kata klasik (ada juga yang bersumberkan kata Sanskrit) dan sebahagian daripadanya sudah jarang digunakan.Lain-lain27.09.2019
Tuan, diharapkan dapat memberi terjemahan yang bersesuaian untuk istilah 'symbolic inter-actionist role theory' dalam konteks sains sosial. Terima kasih.

Dalam data rujukan kami, terdapat istilah interaksionisme simbolik yang merupakan padanan bagi symbolic interactionism. Pihak kami akan mendapatkan padanan bahasa Melayu bagi istilah  'symbolic inter-actionist role theory'  dan akan memanjangkan kepada pihak puan selanjutnya.

Penyemakan dan penterjemahan26.09.2018
salam. Diharapkan pihak tuan dapat mengemaskinikan arkib soalan dengan menyemak semula jawapan yang mengelirukan pengguna.Contohnya jawapan berkaitan hukum DM.Ada jawapan yang menyenaraikan penghawa dingin betul dan pendingin hawa jawapan yang betul.Begitu juga dengan kata majmuk dan kata ganda. Contohnya ada jawapan yang menyenaraikan sampah sarap dan sopan santun sebagai majmuk dan ada yang mengatakan sebagai kata ganda serta perlu ada tanda (-).Harap pihak tuan mengambil tindakan yang sewajarnya dengan menggugurkan jawapan yang salah daripada senarai arkib soalan.Pengguna yang keliru.

Encik Ahmad Alhadi Bakar,

Terima kasih atas teguran yang diberikan. Untuk makluman tuan, pihak kami sedang menguruskan pengemaskinian arkib soalan yang dimaksudkan.

 

Lain-lain30.03.2010
Selamat petang. Diharapkan tuan dapat menjawab soalan saya. (a) Dia belajar di Darjah Dua. (b) Dia belajar di dalam Darjah Dua. Yang mana betul? Adakah Darjah Dua di atas perlu ditulis dengan huruf besar? Sila jelaskan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Dia belajar di darjah dua. Frasa ‘darjah dua’ merupakan frasa yang mengandungi kata nama am bukan kata nama khas. Ayat contoh: Dia belajar di Darjah Dua Jauhari merujuk kata nama khas, iaitu Darjah Dua Jauhari.Tatabahasa17.10.2014
Selamat pagi . Diharapkan tuan dapat menjawab soalan saya. (a) Mereka tertarik oleh kecantikan aku. (b) Mereka tertarik dengan kecantikan aku. Sila jelaskan. Terima kasih.Selamat pagi. Menurut Tatabahasa Dewan, kata sendi nama "oleh" membawa maksud yang menunjukkan hubungan yang membawa maksud "sebab" seperti dalam ayat "tertarik oleh kecantikan aku" sebenarnya membawa maksud "tertarik oleh (sebab) kecantikan. Oleh itu, ayat yang gramatis ialah "tertarik oleh kecantikan aku" , manakala kata sendi nama "dengan " tidak membawa maksud yang sesuai dengan konteks ayat tersebut.Tatabahasa06.10.2014
Selamat petang , Diharapkan tuan dapat menyelesaikan masalah ayat di bawah. terima kasih. Adakah ayat ini betul? 1.Cerita ini mereka sampaikan di dewan . ATAu 1. Cerita ini disampaikan oleh mereka di dewan. Mereka--kata ganti nama diri ketiga seharusnya letak di--oleh berbanding kata nama diri 1 dan 2 .Ayat yang gramatis ialah "Cerita ini disampaikan oleh mereka di dewan" kerana bentuk di-...-kan oleh hadir di hadapan kata ganti nama diri ketiga dalam ayat pasif.Tatabahasa21.05.2012
Selamat pagi . Diharapkan tuan dapat menjawab soalan saya. 1. Apakah perbezaan antara tertarik oleh dan tertarik dengan ? 2. Pelancong asing itu tertarik oleh keindahan alam semula jadi Malaysia. Adakah ayat ini betul ?

Kedua-kedua kata tersebut adalah kata sendi nama. Merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 'oleh' menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab. Oleh yang demikian, dapat dikatakan bahawa penggunaan kata sendi nama oleh di sini sebenarnya berpunca daripada oleh sebab, yang kemudiannya berlaku pengguguran sebab secara pilihan. Dalam konteks ini, tertarik oleh lebih sesuai. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, muka surat 283.

Tatabahasa05.09.2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah kesalahan imbuhan yang terdapat dalam ayat berikut? Bangunan mesra alam diharapkan dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar yang semakin membimbangkan penduduk dunia. Terima kasih.Bangunan mesra alam diharapkan dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar yang semakin membimbangkan penduduk dunia. Tiada kesalahan imbuhan dalam ayat ini.Tatabahasa05.05.2014
Pertanyaan saya...perkataan pegawai perhubungan pelanggan. Adakah perlu menggunakan huruf besar bagi permulaan setiap perkataan atau huruf kecik sahaja jika perkataan tersebut berada di tengah-tengah ayat. Contohnya : Kursus ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan pegawai perhubungan awam cawangan. @ Kursus ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan Pegawai Perhubungan Awam Pelanggan cawangan.Pegawai perhubungan pelanggan dianggap sebagai kata umum dan dieja dengan huruf kecil, kecuali jika jawatan tersebut dikhususkan seperti Pegawai Perhubungan Pelanggan Syarikat Mutiara.Tatabahasa19.08.2010
12345678910

Kembali ke atas