"diberhentikan" ATAU "dihentikan" yang mana lebih tepat? | Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan mengikut konteks ayat. Sila layari prpm.dbp.gov.my untuk lebih lanjut penggunaan perkataan tersebut dalam ayat. | Tatabahasa | 06.07.2013 |
diberhentikan atau dihentikan | Encik Ahmad Ismail, Kata yang tepat ialah diberhentikan. | Tatabahasa | 01.04.2009 |
Kerja-kerja (pendalaman) longkang itu dihentikan kerana hujan. Adakah jawapan ini betul? | Penggunaan perkataan pendalaman betul iaitu perbuatan (usaha dsb) mendalami atau mendalamkan. | Ejaan | 07.05.2019 |
Mengapa Sisipan Klik DBP dalam akhbar Berita Harian dihentikan ? Saya rasa sisipan tersebut perlu diteruskan. | Klik DBP tidak lagi diterbitkan dalam Berita Harian dan sebagai gantinya DBP akan menerbitkan Klik dalam laman web DBP. | Lain-lain | 19.12.2009 |
Apakah terjemahan bagi 'on hold' dalam situasi panggilan telefon di mana panggilan dihentikan sebentar. Contoh ayatnya ialah, 'He put the call on hold'. Terima kasih. | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya ialah “Dia meletakkan panggilan itu dalam mod menunggu”. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.03.2018 |
tafsiran ayat berikut' 'ditamatkan perkhidmatan atau berhenti bekerja dengan PKNS atau anak syarikat PKNS'. Adakah maksud ditamatkan bermakna individu tersebut dibuang/dihentikan atas sebab-sebab tertentu. Adakah sama perkataan ditamatkan dengan menamatkan perkhidmatan. Mohon penjelasan | Maksud ditamatkan jika menurut konteks pekerjaan, bermaksud diberhentikan/dibuang atas sebab- sebab tertentu, ( seperti tamat kontrak dan sebab lain) manakala maksud menamatkan perkhidmatan mengikut konteks pekerjaan ialah berhenti kerja atas sebab pencen dan berhenti atas sebab peletakan jawatan. | Istilah | 27.09.2018 |
Saya ada oder buku cerita di BPN sampai ke hari ini bukunya tak sampai lagi | Salam sejahtera. Perkhidmatan DBPniaga Untuk makluman, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Perkhidmatan (PKP), urusan pembelian dan penghantaran buku melalui DBPniaga dihentikan operasi sementara waktu. Walaubagaimanapun, DBPniaga telah mula menjalankan beroperasi semula pada 4 Mei 2020 (isnin). Oleh itu proses penghantaran dan pengeposan buku akan dilakukan secara berperingkat kepada semua pembeli. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut: •Anjung DBP – 03 2147 9597 / 03 2147 9598 •Kompleks DBP Hulu Kelang – 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp) •DBP Cawangan Sarawak – 082 227000 / 019 8768358 •DBP Cawangan Sabah – 088 439317 / 010 9425569 •DBP Wilayah Timur – 09 7414918 / 014 9180092 atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my// Atas keprihatinan dan kerjasama daripada pihak puan amat dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. | Lain-lain | 07.05.2020 |
Saya telah menerima jawapan bagi pertanyaan tentang penggunaan istilah 'scaffolding' kepada 'perancah'. Maaf, sekarang saya menjadi keliru semula kerana contoh yang diberi lebih kepada 'perancah' dalam bidang pembinaan. Saya ingin menggunakan 'perancah' dalam konteks pendidikan yang bermaksud 'bantuan ataupun sokongan' yang diberikan kepada murid/pelajar pada peringkat awal mereka melaksanakan sesuatu tugasan. Bantuan ini akan dikurangkan atau dihentikan apabila mereka telah menguasai tugasan tersebut. Boleh atau tidak 'perancah' dgunakan dalam penulisan yang bermaksud 'bantuan ataupun sokongan'. | Padanan scaffolding dalam bidang Pendidikan ialah sokongan. | Istilah | 15.01.2014 |
Salam, saya sedang mencari terjemahan yang sesuai untuk istilah virtue ethics. Saya maklum bahawa virtue diterjemahkan sebagai sifat murni. Terima kasih. | Cadangan terjemahan kami bagi "virtue ethics" ialah etika murni. Merujuk Kamus Dewan, etika bermaksud "1. ilmu bkn prinsip-prinsip akhlak atau moral; 2. prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dll); ~ perubatan nilai dan garis panduan yg harus dipatuhi oleh para doktor dlm pengamalan perubatan masing-masing; beretika mempunyai atau berpegang kpd etika, berakhlak, bermoral: amalan yg tidak ~ itu perlu dihentikan segera." | Penyemakan dan penterjemahan | 02.12.2015 |
Selamat Pagi. Soalan saya, sedikit masa lalu kita diperkenalkan dengan penggunaan bahasa baku. pada hari ini saya dapati tiada lagi penggunaan bahasa baku. Namun penggunaan bahasa baku masih diamalkan di Singapura. Apa status bahasa baku di Malaysia. Masihkah lagi diamalkan? Jika tidak, mengapa? Mohon penjelasan pihak tuan. | Baku tidak terbatas pada aspek sebutan semata-mata. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku termasuklah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Walau bagaimanapun sebutan baku dihentikan pada tahun 2000 (bermula pada 1998) tanpa ada alasan yang kukuh. Proses pengukuhan sedang diusahakan dan DBP tetap berpegang pada sebutan baku kerana salah satu fungsi DBP ialah membakukan sebutan, ejaan dan istilah. Jika semua bahasa ada sebutan baku, maka bahasa Melayu juga harus ada sebutan baku. | Lain-lain | 03.10.2012 |