Contoh ayat: a) Ali menyembelih seekor ayam untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang ke rumahnya. b) Ali menyembelih.....untuk dihidangkan bagi tetamu.... c) Ali.....untuk dihidangkan untuk tetamu.... Soalan: Penggunaan kata depan mana satukah yang betul? | Yang lebih tepat ialah ayat (a). Kata sendi nama kepada digunakan untuk menyatakan sasaran. | Tatabahasa | 19.03.2008 |
1. Mengapakah ayat ini salah?-Makanan yang dihidangkan itu lazat-lazat? 2. Bolehkah kita menggunakan ayat ini -Kanak-kanak itu comel belaka? | Ayat yang betul ialah: "Makanan yang dihidangkan itu lazat-lazat." "Kanak-kanak itu comel belaka." | Tatabahasa | 22.02.2022 |
Apakah kesalahan yanf terdapat dalam ayat berikut ? Ibu sedang menggoreng mi untuk dihidangkan kepada tetamu. | Tiada kesalahan dalam ayat "Ibu sedang menggoreng mi untuk dihidangkan kepada tetamu". | Tatabahasa | 14.02.2015 |
Kami dihidangkan dengan kopi dari/daripada cawan yang berbeza. Assalamualaikum, manakah jawapan yang betul? Dari atau daripada? Cawan tu boleh dirujuk sebagai tempat atau tidak? | Jawapan yang betul ialah “Kami dihidangkan kopi dengan cawan yang berbeza”. Dalam konteks ayat tersebut, kata sendi nama “dengan” membawa maksud memakai atau menggunakan, iaitu sebagai alat. Selain itu, menurut Kamus Dewan Perdana, “cawan” bermaksud bekas kecil seakan-akan mangkuk dan bertangkai dan biasanya digunakan untuk minum kopi, teh dan sebagainya. Perkataan “cawan” dalam konteks ayat tersebut tidak boleh dirujuk sebagai “tempat”. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 280 dan Kamus Dewan Perdana halaman 396. | Tatabahasa | 19.09.2023 |
Yang manakah adalah betul ? 1. Puan Siti menatang dulang yang berisi kuih-muih untuk dihidangkan kepada para tetamu. 2. Puan Siti menatang dulang yang berisi kuih-muih untuk para tetamu. 3. Puan Siti menatang dulang yang berisi kuih-muih kepada para tetamu. | Yang betul ialah Puan Siti menatang dulang yang berisi kuih-muih untuk dihidangkan kepada para tetamu. | Tatabahasa | 02.03.2019 |
Apakah jawapan yang sesuai untuk soalan di bawah ini, Daging panggang yang ............. itu dihiris nipis-nipis oleh Puan Ainon sebelum dihidangkan di atas meja. A. padat B. kenyal C. kental D. mulus jawapan yang dicadangkan ialah mulus tetapi menurut Kamus Dewan Edisi 4, mulus bermaksud putih bersih, ikhlas, suci murni di mana saya berpendapat tidak sesuai digunakan. | Daging panggang yang ............. itu dihiris nipis-nipis oleh Puan Ainon sebelum dihidangkan di atas meja. A. padat B. kenyal C. kental D. mulus Jawapan yang lebih sesuai ialah kenyal. Menurut Kamus Dewan kenyal bererti; 1. keras menganjal apabila ditekan (spt bola getah), keras tetapi empuk (bkn daging yg telah dimasak dll), agak liat; 2. mudah berubah (menjadi bertambah atau berkurang), elastik; mengenyal berbalik semula ke keadaan asal setelah ditekan (spt bola getah, daging manusia, dll), menganjal; kekenyalan perihal (sifat) kenyal. | Tatabahasa | 08.10.2012 |
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Lori itu muak dengan barang-barang. 2. Tekaknya muak dengan makanan yang dihidangkan. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, muak ialah 1. sudah jemu (kerana selalu benar memakan sesuatu), bosan; 2. berasa loya atau hendak muntah, mual: sila Wan minum air di pangsa durian ini supaya menghilangkan panas dan rasa ~; 3. berasa jijik atau benci (kerana melihat atau mendengar sesuatu): kami sudah ~ dgn taktiknya yangg terlalu berhati-hati; 4. (Kim) keadaan sesuatu benda (seperti air, gas, dll) yang dicampuri dengan benda yang lain sehingga benda yang pertama itu tidak dapat lagi menerima atau bersebati dengan benda yang dicampurkanitu, tepu; memuakkan 1. menimbulkan perasaan muak, menjemukan, meloyakan, memualkan: bau makanan itu ~nya; 2. menyebabkan jadi muak (dua benda yang dicampurkan), menepukan. Ayat kedua betul manakala ayat kedua perlu dipinda seperti berikut; 1. Lori itu muat dengan barang-barang. 2. Tekaknya muak dengan makanan yang dihidangkan. | Tatabahasa | 18.07.2013 |
Apakah maksud air bujang dan air jarang? | air bujang - minuman spt teh, kopi yg dihidangkan kpd tetamu tanpa kuih, biskut dsb. air jarang - air suam. Dipanggil air jarang oleh beberapa kawasan di Malaysia. Air jarang tidak diterima sebagai bahasa rasmi dan merupakan dialek sesuatu tempat. Terdapat beberapa tempat di Malaysia menggelarkan air jarang sebagai air putih, air mati, air suam dsb. | Tatabahasa | 25.08.2012 |
Selamat pagi, saya ada soalan tatabahasa untuk bertanya, harap dapat selesaikan. Manakah yang betul ? 1 sebuah mangkuk atau sebiji mangkuk ? 2 adik dihidangi oleh ibu sepinggan nasi atau adik dihidangkan oleh ibu sepinggan nasi ? 3 mereka memperdengar , memperdengarkan atau terdengar bunyi orang bercakap ketika melalui rumah itu ? 4 kakak mengirim atau mengirinkan sepucuk surat kepada datuk ? 5 imbuhan ter, sungguh, paling di belakang tidak boleh bubuh sekali, betul tak ? 6 di belakang amat boleh bubuh sekali tak ? cth. amat cantik sekali Terima kasih. | 1 sebuah mangkuk atau sebiji mangkuk ? tiada penjodoh bilangan khusus untuk mangkuk. sebiji dan sebuah adalah penjodoh bilangan yang paling hampir. 2 adik dihidangi oleh ibu sepinggan nasi atau adik dihidangkan oleh ibu sepinggan nasi ? Dua-dua betul. 3. mereka memperdengar , memperdengarkan atau terdengar bunyi orang bercakap ketika melalui rumah itu ? - terdengar bunyi orang bercakap ketika melalui rumah itu. 4 kakak mengirim atau mengirinkan sepucuk surat kepada datuk ? - kakak mengirimkan sepucuk surat kepada datuk. 5 imbuhan ter, sungguh, paling di belakang tidak boleh bubuh sekali, betul tak ? Kata penguat bebas boleh digabungkan dengan awalan ter- dan hadir sebelum kata adjektif dalam konteks penanda darjah penghabisan. Contoh : teramat pandai,teramat cantik, tersangat pandai, tersangat cantik. darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang "sekali" dengan kata penguat bebas amat, sangat, atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif. Contoh : amat cantik sekali, sungguh pandai sekali,sangat cantik sekali. | Tatabahasa | 31.08.2012 |
1)Produk itu telah dipasarkan secara berluas di seluruh negara. 2)Peristiwa letupan reaktor nuklear di Chernobyl telah menyedari semua pihak agar lebih berhati-hati dalam aspek keselamatan. 3)Semua makanan di bawah tudung saji itu pagi tadi dihidangkan oleh ibu. TOLONG BETULKAN. | 1. Produk itu telah dipasarkan secara meluas di seluruh negara. 2. Peristiwa letupan reaktor nuklear di Chernobyl telah menyedarkan semua pihak agar lebih berhati-hati dalam aspek keselamatan. 3. Semua makanan di bawah tudung saji itu dihidangkan oleh ibu pagi tadi. | Tatabahasa | 21.07.2012 |