Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dihormati

Peribahasa

Yang tegak disokong,
     yang lemah ditopang.

Bermaksud :

Orang kaya dimuliakan dihormati, sedangkan orang miskin dibantu dan ditolong.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SAYA INGIN MENDAPATKAN KEPASTIAN BERHUBUNG PENGGUNAAN PERKATAAN "YANG DIHORMATI". APABILA MENULIS SURAT KEPADA SESEORANG BERPANGKAT TINGGI, PENGGUNAAN SINGKATAN "YANG DIHORMATI" YANG MANAKAH BETUL "YDH" ATAU "Ydh"?

Dalam surat rasmi, sapaan yang digunakan ialah tuan atau puan. Sapaan Yang Dihormati boleh digunakan dalam teks ucapan dan hendaklah ditulis penuh, contohnya Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis.

Ejaan09.02.2010
Yang Dihormati, Saya ingin memohon maaf atas kesilapan saya di dalam emel yang di hantar sebelum ini. Pembetulan yang ingin saya kemukakan telah digariskan dan diterangkan. di bawah. Kami di Nuansa Films Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat penerbitan filem, drama dan sebagainya. Nuansa kini dalam penerbitan sebuah filem Bahasa Melayu dibintangi Remy Ishak, Maya Karin dan pelbagai artis tanah air. Filem ini adalah sebuah karya pengarah terkenal Osman Ali. Kami di Nuansa mempunyai dua pilihan untuk tajuk filem ini. Pilihan Pertama - Cun Melencun - Pembetulan - Cun Melecun Pilihan Kedua - Cun Me-lencun Kami ingin tahu daripada pihak Dewan dan Pustaka jika tajuk yang berkenaan: - tidak mempunya erti yang keterlaluan atau melampau - sifat-sifat buruk - erti sebenar di sebalik perkataan Kerjasama pihak Dewan dan Pustaka amat dihargai. Yang benar, Pravind Subramaniam Nuansa Films Sdn. Bhd.Untuk makluman saudara, "cun" iaitu bahasa percakapan atau slanga yang mengandungi konotasi padan atau anggun. Oleh itu, perkataan tersebut tidak sesuai untuk digunakan dalam situasi rasmi atau sebagai bahan paparan di tempat awam. Ungkapan yang pertama atau kedua tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tajuk filem kerana filem sebagai wahana pendidikan hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan betul.Tatabahasa16.12.2009
Encik yang dihormati, Ayat ini"Bapa saya seorang guru." boleh diterimakah? ataupun "Bapa saya ialah seorang guru." lebih sesuai. "Bapa saya bertugas sebagai pekebun sayur." boleh diterimakah? Harap mendapat maklum balas secepat mungkin. Sekian, terima kasih.Ayat Bapa saya seorang guru dan Bapa saya ialah seorang guru, kedua-duanya betul. Ayat yang betul ialah Bapa saya bekerja sebagai pekebun sayur.Tatabahasa09.02.2012
tuan yang dihormati, izinkan saya untuk mengetahui samada penggunaan sungguh cantik sekali diterima sebagai betul?Penggunaan kata sungguh cantik sekali betul dan boleh digunakan. Contoh ayat Wanita itu sungguh cantik sekali.Lain-lain10.08.2010
DBP yg dihormati, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai vokal berganding seperti 'ua'. Apabila dua vokal berganding menghasilkan dua bunyi, betul? perkataan 'tua' dieja 't-u' 'tu, 'a' 'a'=tua, tapi bukankah kita menyebutnya sama spt 'tuwa' dan bkn 'tu-a'.. Bolehkah saya mendapatkan penerangan bagi kes di atas DBP? sy mengalami kekeliruan dlm mengenalpasti bilangan suku kata yg terdapat dlm sesuatu perkataan spt 'tua', 'dua', 'piala', 'tuala' dll. Terima kasih DBP yg dikasihi.

Perkataan tua dan dua mempunyai satu suku kata. Sila rujuk buku Daftar kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, Edisi Kedua untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang suku kata tersebut dan suku kata perkataan yang lain.

Lain-lain22.07.2010
DBP yg dihormati, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai konsonan berganding seperti 'ua'. Apabila dua konsonan berganding menghasilkan dua bunyi, betul? perkataan 'tua' dieja 't-u' 'tu, 'a' 'a'=tua, tapi bukankah kita menyebutnya sama spt 'tuwa' dan bkn 'tu-a'.. Bolehkah saya mendapatkan penerangan bagi kes di atas DBP? sy mengalami kekeliruan dlm mengenalpasti bilangan suku kata yg terdapat dlm sesuatu perkataan spt 'tua', 'dua', 'piala', 'tuala' dll. Terima kasih DBP yg dikasihi.

Perkataan tua dan dua mempunyai satu suku kata. Sila rujuk buku Daftar kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, Edisi Kedua untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang suku kata tersebut dan suku kata perkataan yang lain.

Lain-lain22.07.2010
DBP yg dihormati, bolehkah saya mendapatkan penerangn bagi kata ganti nama bagi : a) KAMI b) KITA Terima kasih DBP

Kami ialah kata ganti nama diri pertama selain saya dan aku, manakala kita ialah kata ganti nama bagi diri orang yang bercakap serta sekalian yang hadir (mendengarnya), iaitu saya dan kamu semua.  Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, judul Kata Ganti Nama, halaman 86.

Makna22.07.2010
DBP yg dihormati, "At what time did you have your breakfast?" How to translate it? "Pada pukul berapakah kamu bersarapan?" Ayat tersebut betul atau salah? Jika betul,mengapakah kita tidak menggunakan perkataan 'telah' untuk 'did'? Terima kasih DBP

Ct Nabilah,

Terjemahan itu betul namun jika mengikut cara orang Melayu bertanya ia seharusnya berbunyi - Pukul berapa awak atau anda bersarapan?.

Bagi soalan kedua, perkataan did tidak diterjemahkan kerana dalam bahasa Melayu telah - mengikut sesetengah ahli bahasa masih terikat dengan bahasa Inggeris, jadi memadai jika did tidak diterjemahkan.

Tatabahasa14.07.2010
DBP yg dihormati, bagaimanakah untuk membezakan kata nama tunggal yang mana perlu diganda penuh dan yang mana diganda separa? adakah semua kata nama tunggal itu blh diganda penuh dan juga boleh diganda separa? Terima kasih DBP.

Penggandaan penuh melibatkan seluruh kata dasar jenis kata nama yang digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk dan boleh terdiri daripada semua jenis bentuk termasuk kata nama tunggal. Contoh meja-meja dan alat-alat. Bagi penggandaan separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar juga termasuk kata nama tunggal. Contohnya siku menjadi sesiku, gelang menjadi gegelang dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 136.

Tatabahasa27.05.2010
DBP yg dihormati, apakah perbezaan di antara 'hingga' dan 'sehingga'. Perbezaan dari segi penggunaan keduanya. Terima kasih sekali lagi.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat hingga membawa pelabagi maksud, iaitu : 1. garis yang terakhir, batas; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll); dan makna terakhir 3. hingga = sehingga, hinggakan, sehinggakan iaitu sampai pada keadaan. Oleh itu, hingga dan sehingga sama sahaja penggunaannya.Tatabahasa21.05.2010
1234567

Kembali ke atas