Aswt.Saya dihubungi oleh pihak DBP tentang penerbitan semula sastera Kanak-Kanak siri Tidurlah Intan pada tahun 2008.Saya nak dapatkan maklumat bilakah bayaran royalti dibayar kepada penulis/karyawan.Jawapan awal tuan adalah sangat dihargai.Sekian,terima kasih. | Buku Siri Tidurlah Intan telah diterbitkan semula pada tahun 2009 dengan judul Bacalah Sayang sebanyak 12 jilid. Bahagian Harta Intelek DBP sedang menguruskan Perjanjian Lesen Penerbitan dan bayaran royalti kepada penulis yang terlibat. | Lain-lain | 22.08.2010 |
mau tahu alamat imel : Muhammad Haji Salleh, dan para seniman/budayawan melayu lainnya. | Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh boleh dihubungi melalui e-mel mhs0042@gmail.com, manakala penulis lain boleh dihubungi melalui persatuan seperti Gapena di talian 03-21442412. | Badan Penulis | 28.01.2011 |
Tuan, dalam surat menyurat ada perenggan ayat yang ditulis" pegawai yang boleh dihubungi ialah En. Ismail di talian 019 4536027. Soalannya bolehkah penggunaan kata " di talian" kita gunakan sebabnya nombor telefon ini bukannya menggunakan talian (kabel). Apakah kata yang sesuai? | Ayat yang betul ialah pegawai yang boleh dihubungi ialah En. Ismail melalui talian 019-4536027. | Tatabahasa | 10.02.2015 |
1. SIAPAKAH YANG BOLEH DIHUBUNGI UNTUK MANDAPATKAN PERKHIDMATAN "PROOF READING" VERSI ENGLISH? 2. BERAPA LAMAKAH MASA YANG DI AMBIL UNTUK PROSES BERKENAAN? 3. BERAPAKAH BAYARAN YANG AKAN DIKENAKAN? | Puan, Sila hubungi Institut Terjemahan Negara atau Persatuan Penterjemah Malaysia e-mel s.rafiah@itnm.com.my atau saodah69@yahoo.com. | Lain-lain | 21.05.2010 |
Bilangan 3 | Pelanggan telah dihubungi melalui panggilan telefon. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.04.2022 |
Assalamualaikum. Saya memerlukan maklumat seperti biodata, nombor yang boleh dihubungi dan foto penulis yang bernama A. Rahman CM atau nama sebenarnya ABDUL RAHMAN b CHE MAT Terima kasih | Tidak ada maklumat tentang penulis berkenaan dalam pangkalan data kami. | Lain-lain | 26.07.2016 |
Saya berminat menghantar manusktip novel, siapakah pihak DBP yang boleh dihubungi? | Saudara boleh menghantar manuskrip saudara kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur, sekiranya karya saudara untuk bacaan dewasa, jika untuk kanak-kanak dan remaja, saudara boleh menghantarnya kepaa Ketua, Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 11.11.2010 |
Adakah penggunaan kata sendi "di" bagi ayat berikut betul? 1. pegawai yang boleh dihubungi berkaitan perkara di atas adalah.... 2. ...memanjangkan perkara tersebut kepada semua kakitangan di bawah seliaan tuan | Salam sejahtera, Penggunaan kata "di" bagi contoh ayat satu dan dua adalah tepat. Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 04.03.2020 |
Saya ingin berbincang tentang penerbitan buku (koleksi pantun berkait). Mohon beri maklumat pegawai yang boleh dihubungi untuk berbincang mengenai perkara tersebut. Terima kasih. | Untuk penerbitan buku pantun, tuan boleh menghubungi Bahagian Buku Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka seperti maklumat yang berikut: Encik Mohd. Azam bin Juhari, Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka. E-mel: mazam@dbp.gov.my | Lain-lain | 31.10.2023 |
sya mahu menghubungi Dewan Sastera | Puan, Editor Dewan Sastera (Muhammad Fadhli Al-Akiti) bolehlah dihubungi melalui e-mel fadhli@dbp.gov.my atau talian 03-2147 9261. | Lain-lain | 20.03.2015 |