| Soalan berkenaan Notis Lesen Anjing. A. Anjing sentiasa diikat oleh pemilik dengan tali atau rantai. B. Anjing sentiasa diikat oleh pemunya dengan tali atau rantai. Jawapan : A atau B Terima kasih | Anjing hendaklah sentiasa diikat oleh pemilik/pemunya dengan tali atau rantai. | Tatabahasa | 09.11.2016 |
| Saya ingin bertanya apakah penjodoh bilangan bagi satu kacang panjang yang tidak diikat. Terima kasih tuan. | Penjodoh bilangan bagi kacang panjang yang tidak diikat ialah batang. Ini bermakna, sebatang/ satu batang kacang panjang merupakan penjodoh bilangan bagi satu kacang panjang. | Tatabahasa | 11.10.2015 |
| Adakah ayat-ayat berikut betul dari segi tatabahasa atau tanda baca? Andainya salah, apakah jawapan yang betul? 1. Kain tersebut diikat dan dililitkan pada bahagian pinggang. Kemudian, disangkutkan ke bahu. 2. Aiman menyambut hari Deepavali di Kampung Jublee. | 1. Kain tersebut diikat dan dililitkan pada bahagian pinggang, kemudian disangkutkan ke bahu. 2. Aiman menyambut Hari Deepavali di Kampung Jublee. | Tatabahasa | 25.06.2012 |
| Tali leher --> mengikat atau menyimpul | Tali leher diikat dan kemudian disimpul | Lain-lain | 14.08.2008 |
| Penjodoh bilangan untuk belon. Ayat:Se_______belon telah meletup. Apakah penjodoh bilangannya jika belon itu banyak dan talinya diikat? Adakah seikat belon atau segugus ? Terima kasih. | Penjodoh bilangan yang betul ialah seikat belon. | Lain-lain | 15.06.2009 |
| Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 2. (muka surat 78) Betulkan kesalahan ejaan dan tanda baca. 1. Kain tersebut diikat dan dililitkan pada bahagian pinggang kemudian disangkutkan ke bahu. (perlu betulkan apa-apa tanda baca lagi?) | Selamat tengah hari. Berdasarkan ayat tersebut, oleh sebab ayat terlalu panjang, dicadangkan tuan/puan memasukkan tanda koma selepas perkataan pinggang untuk memberikan jeda pada ayat. Terima kasih. | Lain-lain | 23.05.2012 |
| boleh saya tahu perbezaan penggunaan "kedua-dua" dan "kedua".. Adakah "kedua-dua" dan "kedua" membawa maksud yg sama? eg: 1.Kedua-dua tangannya diikat 2. Kedua buah buku itu mendapat sambutan dalam kalangan pembaca | Perkataan “kedua” membawa maksud bilangan, urutan atau kedudukan selepas yang pertama dan sebelum yang ketiga perkataan ini juga membawa maksud kedua-dua. Perkataan “kedua-dua” pula membawa maksud bilangan seramai atau sejumlah dua. Perkataan “kedua-dua” dan “kedua” boleh membawa maksud yang sama. [Rujukan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 544] | Makna | 16.10.2025 |
| apakah ejaan sebenar untuk doti,dhoti atau doti?dhoti boleh diterimakah? | Ejaan yang betul ialah doti yang bermaksud kain(biasanya berwarna)yang diikat di pinggang untuk menutupi bahagian atas dari lutut. | Ejaan | 03.03.2008 |
| Maksud bunjut dalam sup bunjut dan kenapa ia tiada dalam kamus. | Menurut data kami penggunaan frasa yang betul ialah punjut yang bermaksud sapu tangan dan lain-lain yang keempat-empat sudutnya diikat menjadi satu (untuk membawa sesuatu); memunjut menyimpulkan (mengikat) keempat-empat sudut sapu tangan dan lain-lain (menjadikan punjut). (Kamus Dewan Edisi Keempat) manakala sup bunjut pula merupakan nama yang telah didaftarkan. | Lain-lain | 21.09.2018 |
| Salam Sejahtera. Mohon penerangan penggunaan kata -nya yang betul dalam ayat-ayat di bawah. a) Dia menjaga haiwan kesayangannya dengan baiknya. b) Dia menjaga haiwan kesayangannya dengan baik. Adakah penggunaan -nya selepas kata adjektif betul dalam ayat di bawah? a) Beg plastik itu diikat dengan kemasnya sebelum dibuang. b) Murid menyebut ayat tunggal dengan betulnya. Terima kasih. | Keempat-empat ayat boleh diterima. Untuk ayat 1(a), dan 1(b), kata "-nya" (haiwan kesayangannya)merupakan kata ganti diri orang ketiga yang merujuk kepada "dia". Untuk ayat 1(a), "...dengan baiknya", 2(a) "... dengan kemasnya", 2(b) "... dengan betulnya" merupakan keterangan cara yang mengandungi kata sendi nama dengan diikuti oleh kata adjektif baik, kemas, betul yang menerima kata pembenda -nya. | Tatabahasa | 09.02.2019 |