| diingatkan atau diperingatkan? | Perkataan ingat bermaksud mengenang sesuatu atau sesuatu yang timbul dalam fikiran. Kedua-dua perkataan tersebut diingatkan atau diperingatkan boleh digunakan mengikut konteks ayat. | Tatabahasa | 18.04.2010 |
| Adakah betul penggunaan ayat berikut : Pengurus syarikat juga diingatkan tentang janji temu bersama Pengarah Kastam Negeri pada pukul 3.00 petang 12 November 2018. | Dicadangkan supaya ayat tersebut disusun seperti berikut: Pengurus syarikat juga diingatkan tentang janji temu bersama Pengarah Kastam Negeri pada 12 November 2018 pukul 3.00 petang. | Tatabahasa | 05.11.2018 |
| Salam sejahtera, 1.Murid-murid diingatkan agar memuat naik video ke / di Google Classroom. (sila beri pencerahan) 2.Murid-murid diminta menyalin karangan di / pada kertas kajang. (sila beri pencerahan). Terima kasih. | 1. Ayat yang betul ialah Murid-murid diingatkan agar memuat naik video ke Google Classroom. Kata sendi nama "ke" digunakan untuk menunjukkan arah yang dituju dan berlakunya pergerakan. 2. Ayat yang betul ialah Murid-murid diminta menyalin karangan pada kertas kajang. Kata sendi nama "pada" digunakan untuk menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. | Tatabahasa | 29.06.2021 |
| Apakah kesalahan ejaan dan kesalahan penghunaan imbuhan dalam ayat di bawah? 1)Pelajar diingatkan agar menggunakan baucer pemberian kerajaan untuk menyediakan memerlukan pendidikan. 2)Mereka sedang membincangkan deraf kertas kerja untuk pembentangan dalam Seminar Pendidikan tidak lama lagi. 3)Kakitangan syarikat penjual langsung itu gembira kerana mereka akan menerima komisyen yang lebih pada tahun ini. | 1) Pelajar diingatkan agar menggunakan baucer pemberian kerajaan untuk menyediakan memerlukan pendidikan. 2) Mereka sedang membincangkan deraf kertas kerja untuk pembentangan dalam Seminar Pendidikan tidak lama lagi. 3) Kakitangan syarikat penjual langsung itu gembira kerana mereka akan menerima komisyen yang lebih pada tahun ini. | Tatabahasa | 01.04.2014 |
| Tuan, Salam sejahtera, Mohon penjelasan frasa "Seyogia diingatkan" yang sering digunakan dalam surat rasmi. Terima kasih | Perkataan seyogia berasal daripada perkataan yogia. Yogia bermaksud berpatutan,padan,layak. Seyogia bermaksud sepatutnya,selayaknya,semestinya. Perkataan tersebut boleh digunakan mengikut konteks ayat yang sesuai. | Tatabahasa | 04.02.2013 |
| apakah maksud sebenar perkataan "sayugia". Perkataan ini sering digunakan dalam penulisan surat seperti "sayugia diingatkan..." Dari manakah asal perkataan ini? | Perkataan seyogia berasal daripada perkataan yogia. Yogia bermaksud berpatutan,padan,layak. seyogia bermaksud sepatutnya,selayaknya,semestinya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1812. | Makna | 23.02.2009 |
| Saya ingin mendapatkan pengesahan pengunaan kata “ia” yang mematuhi hukum tatabahasa. Sejak di bangku sekolah lagi, saya telah diingatkan berkali-kali bahawa perkataan “ia” ialah KGN Ketiga & tidak boleh digunakan bagi menggantikan benda atau haiwan. Jadi di sini saya ingin dapatkan pencerahan serta ilmu baharu jika pihak DBP boleh memberikan contoh untuk ayat-ayat yang boleh menggunakan perkataan “ia” selain hanya sebagai KGN Ketiga. Oh ya, sebelum saya menulis pertanyaan ini, saya telah merujuk laman web DBP dan membaca khidmat nasihat berkenaan penggunaan perkataan ia. Namun apabila mendapat nasihat dan saranan daripada para guru BM yang sedikit berbeza daripada jawapan pihak DBP, saya mula ragu-ragu. Tolong bantu saya serta murid yang lain untuk bertambah yakin akab penggunaan perkataan ia. Terima kasih kerana menyediakan platform ini untuk individu seperti saya yang jahil ini mendapatkan ilmu. | “Ia” merupakan kata ganti nama ketiga dan kata ganti nama bukan manusia. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 796. | Tatabahasa | 03.12.2025 |
| Mengapakah masih terdapat kata "memperkembangkan" dalam Kamus Dewan Edisi Keempat sedangkan penggunaan yang betul ialah memperkembang berdasarkan khidmat nasihat bahasa. | Perlu diingatkan, kamus ialah perakam penggunaan dan makna sesuatu kata. Golongan/kelas kata bagi kata kembang ialah kata adjektif dan kata terbitannya iaitu berkembang merupakan kata kerja tak transitif, manakala memperkembang dan memperkembangkan ialah kata kerja transitif. Selain daripada menuruti hukum/peraturan tatabahasa, kita juga perlu merujuk pemerian makna daripada penerbitan sesuatu kata. Kata memperkembang bermaksud menjadikan sesuatu lebih kembang (rujuk Kamus Pelajar Bahasa Melayu Dewan Edisi Ketiga), sedangkan memperkembangkan bermaksud menjadikan sesuatu lebih berkembang (rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat). Analisis data korpus yang dilakukan membuktikan bahawa penggunaan kata terbitan memperkembang yang kerap digunakan sebenarnya lebih merujuk makna memperkembangkan, iaitu mendukung makna menjadikan sesuatu lebih berkembang. Sila rujuk kamus terkini, Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 1036 - 1037). | Makna | 16.12.2023 |
| Tuan, adakah ayat ini betul? Ayat: Dia memutuskan untuk tidur semula. Dilihat bahawa kata sendi nama "untuk" menjadi sisipan di antara kata kerja transitif "memutuskan" dengan frasa kerja "tidur semula". Pernah diingatkan dalam Tatabahasa Dewan bahawa kata kerja transitif perlu diikut terus oleh objek, tidak boleh diikut oleh sisipan seperti kata sendi nama. Jadi, bagaimanakah ayat di atas dibetulkan? | Dalam buku tatabahasa Dewan, halaman 403, frasa kerja boleh mengandungi binaan-binaan seperti berikut: (i) kata kerja transitif + objek (ii) kata kerja transitif + ayat komplemen (iii) kata bantu + kata kerja transitif + objek + keterangan (iv) kata bantu + kata kerja transitif +ayat komplemen + keterangan Daripada binaan tersebut, ayat "Dia memutuskan untuk tidur semula." adalah betul. ... untuk tidur semula merupakan ayat komplemen yang menggunakan kata hubung komplemen untuk. Kata hubung pancangan komplemen adalah terdiri daripada bahawa dan untuk. Sila rujuk halaman 253. | Tatabahasa | 20.03.2015 |
| adakah penggunaan kata hubung berpasangan bukan sahaja... bahkan juga sama dengan bukan sahaja ... tetapi juga? boleh beri ayat sebagai contoh? adakah terdapat perbezaan antara kedua2 kata hubung berpasangan ini? | Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami.Diingatkan bahawa Tatabahasa Dewan tidak menerima kata hubung berpasangan sebagai jenis kata hubung tetapi dianggap sebagai pasangan yang gramatis. Contoh ayat Agama bukan sahaja menjadi petunjuk ke jalan hidup yang sebenar, tetapi juga merupakan pendinding daripada godaan hawa nafsu dan Beliau bukan sahaja penyeri, tetapi juga penggegar gelanggang. | Tatabahasa | 21.03.2013 |