| Pada zaman serba canggih ini, budaya yang (diinginkan / diingini) hanyalah keseronokan dan keselasaan. Jawapan yang mana? diinginkan atau diingini? Terima kasih. | Pada zaman serba canggih ini, budaya yang diinginkan/diingini hanyalah keseronokan dan keselasaan. Dari aspek makna kedua-duanya betul dalam konteks ayat tersebut, namun jawapan yang paling tepat ialah diingini.
| Tatabahasa | 30.07.2014 |
| Wujudkah perkataan 'diingin' ataupun hanya perkataan 'diinginkan' dan 'diingini' yang wujud? | Perkataan yang lebih sesuai digunakan ialah diingini dan diinginkan. | Ejaan | 21.05.2021 |
| Pelan ini memastikan anda terus dilindungi untuk peristiwa-peristiwa yang tidak diingini. "untuk" peristiwa atau "daripada" peristiwa, yang mana betul? | Pelan ini memastikan anda terus dilindungi daripada peristiwa yang tidak diingini. | Tatabahasa | 01.08.2013 |
| Pohon terjemahan yang sesuai bagi perkataan "offset". Berdasarkan carian, "offset" diterjemah sebagai "mengimbangi" dalam prpm. Walau bagaimanapun, penggunaan "offset" yang diingini adalah berkaitan pelepasan gas rumah kaca dan perkataan "mengimbangi" adalah tidak sesuai. "Offset" adalah bertujuan untuk mengurangkan pelelasan gas rumah kaca dengan beberapa cara termasuklah "reduction emission, mitigation". Mohon panduan perkataan yang bersesuaian untuk digunapakai. Apabila perkataan "ofset" ditaip untuk mendapatkan cadangan perkataan, terjemahan yang diberi mempunyai maksud yang berbeza dalam konteks yang diingini. | Padanan bagi istilah offset dalam bahasa Melayu ialah imbangan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). | Istilah | 08.10.2025 |
| Apakah perbezaan antara dikehendaki dan dihendaki? | Dikehendaki bermaksud diingini atau diperlukan. Manakala perkataan "dihendaki" digunakan dalam ayat pasif bermaksud "hendak atau mahu akan sesuatu". | Lain-lain | 27.10.2021 |
| "Setiap pengguna jalan raya perlu saling menghormati. Justeru, sebarang perkara yang tidak diingini dapat dielakkan." Adakah penggunaan perkataan "justeru" gramatis dalam ayat di atas? | Justeru membawa maksud kebetulan atau malahan, untuk melihat contoh penggunaan yang betul sila rujuk laman web kami. berdasarkan contoh yang ada dalam data kami, justeru digunakan bagi yang membawa maksud bertentangan dengan ayat psebelumnya. | Tatabahasa | 16.10.2014 |
| Kedua-dua orang penjenayah itu terpaksa___di bilik berasingan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. A dimasukkan C ditempatkan B diikatkan D dipasungkan MUNSYI, APAKAH JAWABAN YANG LEBIH TEPAT? tq | Keempat-empat perkataan tersebut boleh menjadi jawapan, namun yang paling tepat ialah 'ditempatkan'. | Tatabahasa | 20.02.2012 |
| Selamat sejahtera. Adakah ayat -ayat di bawah betul? 1. Kebaikan buah-buahan ialah membekalkan pelbagai vitamin dan mencegah penyakit. 2. Kebaikan buah-buahan ialah dapat membekalkan pelbagai vitamin dan mencegah penyakit. 3. Kebaikan buah-buahan adalah membekalkan pelbagai vitamin dan mencegah penyakit. 4. Kebaikan beratur ialah mengekalkan murid-murid daripada berebut-rebut dan menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini. 5. Kebaikan beratur ialah dapat mengekalkan murid-murid daripada berebut-rebut dan menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini. 6. Kebaikan beratur adalah mengekalkan murid-murid daripada berebut-rebut dan menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1. Buah-buahan dapat membekalkan pelbagai vitamin dan mencegah penyakit. 2. Beratur dapat mengelakkan murid-murid daripada berebut-rebut sehingga menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini. | Tatabahasa | 21.07.2024 |
| Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa pengantar telah berjaya mencapai matlamatnya, iaitu menyatupadukan murid pelbagai kaum, sekali gus berjaya "melahirkan" rupa bangsa yang diingini. melahirkan dalam ayat di atas merupakan kata kerja transitif aktif? | Perkataan melahirkan tergolong dalam kata kerja aktif transitif berakhiran. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 157. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
| saya berminat untuk menulis buku dan ingin memasarkan buku saya... adakah prosedur-prosedur tertentu?... adakah kursus khas untuk menengahkan hasil kerja saya?... ia menjadi kerisauan disebabkan jika saya memberikan hasil kerja saya menjadi tatapan pihak ketiga... saya risau pihak tersebut akan meniru hasil kerja saya... sekiranya boleh... saya ingin mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini... mohon bantuan dan nasihat pihak DBP... | Dewan Bahasa dan Pustaka mengalu-alukan hasrat saudara untuk menghantar manuskrip. Saudara boleh menghantar manuskrip berserta surat iringan penyerahan manuskrip dan biodata tuan ke Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk makluman saudara, Bahagian Buku Umum juga menguruskan penerbitan buku ilmiah. Saudara boleh menghubungi bahagian tersebut seperti maklumat yang berikut: Ketua Bahagian Buku Umum, Aras 13, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Manuskrip yang saudara hantar akan dinilai di peringkat bahagian terlebih dahulu untuk diteliti kesesuaian manuskrip dan jika perlu perbincangan akan diadakan dengan saudara sebagai penulis oleh editor berkenaan. Manuskrip tersebut seterusnya akan dinilai oleh penilai pakar sebelum dikemukakan ke Mesyuarat Jawatankuasa Editorial dan Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan untuk kelulusan penerbitan. | Lain-lain | 28.12.2015 |