Dalam penulisan cerpen , adakah diizinkan jika penulis menulis dengan menambah perkataan Inggeris untuk komunikasi watak ? Atau ini dikatakn pencemaran bahasa ? | Dalam penulisan cerpen/novel, pengarang dibenarkan menulis dalam dialog perkataan/bahasa Inggeris tetapi dalam kapasiti perkataan/ayat yang terhad. Semua perkataan yang menggunakan bahasa Inggeris perlulah diitalickan (menggunakan perkataan condong) - bukan pencemaran bahasa. Sekian dan salam. | Lain-lain | 02.04.2009 |
bagaimanakah membezakan 'boleh' dengan 'dapat'? | Boleh dan dapat membawa makna yang sama iaitu mampu (berkeupayaan), tidak disekat atau dilarang (drpd berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan. Terima kasih. | Makna | 10.10.2008 |
Apakah perbezaan antara kata "dapat" dengan "boleh" ? | Saudara Nabihah, "Boleh" dan "dapat" membawa makna yang sama iaitu mampu (berkeupayaan), tidak disekat atau dilarang (daripada berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan. Walau bagaimanapun kata "dapat" juga membawa maksud berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yang dikehendaki). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 259. | Makna | 31.12.2009 |
apakah perbezaan penggunaan kata dapat dan boleh? bagaimanakah untuk bezakan situ dan sana, | "Boleh" dan "dapat" membawa makna yang sama iaitu mampu (berkeupayaan), tidak disekat atau dilarang (daripada berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan. Walau bagaimanapun kata "dapat" juga membawa maksud berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yg dikehendaki). Situ = (kata yang menunjukkan) tempat yang tidak jauh dari orang yang berbicara) manakala sana = tempat yang jauh atau yang dianggap jauh. Untuk keterangan lanjut boleh rujuk Kamus Dewan edisi ke-4. | Makna | 12.08.2009 |
Apakah perbezaan antara "dapat" dengan "boleh"? | "Boleh" dan "dapat" membawa makna yang sama iaitu mampu (berkeupayaan), tidak disekat atau dilarang (daripada berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan. Walau bagaimanapun kata "dapat" juga membawa maksud berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yang dikehendaki). | Tatabahasa | 29.12.2009 |
Apakah perbezaan antara kata "dapat" dengan "boleh"? | "Boleh" dan "dapat" membawa makna yang sama iaitu mampu (berkeupayaan), tidak disekat atau dilarang (daripada berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan. Walau bagaimanapun kata "dapat" juga membawa maksud berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yang dikehendaki). | Tatabahasa | 29.12.2009 |
Apakah perbezaan antara "boleh" dengan "dapat"? | Untuk makluman tuan, kata "boleh" dan "dapat" kedua-duanya tergolong sebagai kata bantu yang hadir sebelum frasa, yang bertugas membantu frasa kerja dan frasa sendi nama. Kata "boleh" membawa unsur keizinan atau kebenaran dan tidak menyalahi peraturan. Manakala kata dapat membawa unsur upaya. Contoh penggunaan bagi kedua-dua kata tersebut adalah seperti yang berikut: a. Kamu boleh menyertai rombongan itu kalau diizinkan penjaga. b. Permit yang diberi boleh dibatalkan. c. Malisa begitu gembira dapat melakonkan watak Puteri Hang Li Po. d. Marry masih belum dapat melelapkan matanya. Kata "dapat" sering disalahgunakan dengan "boleh". Contoh: Puisi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis (salah). Puisi dapat dibahagikan kepada beberapa jenis (betul).
| Tatabahasa | 21.11.2013 |
Saya memerlukan penerangan atau penjelasan yang terperinci tentang pengunaan perkataan dapat dan boleh. Bolehkah pihak DBP membantu saya? | "Boleh" dan "dapat" membawa makna yang sama iaitu mampu (berkeupayaan), tidak disekat atau dilarang (daripada berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan. Walau bagaimanapun kata "dapat" juga membawa maksud berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yang dikehendaki). | Tatabahasa | 18.09.2010 |
Salam sejahtera... 1. Adakah perkataan "keliru" tergolong dalam kata adjektif atau kata kerja ? 2. Apakah perbezaan penggunaan kata "boleh" dan "dapat" ? 3. "Harjit gagal dalam ujian itu kerana tidak menduduki peperiksaan". Yang manakah klausa utama dalam ayat tersebut ? Terima kasih. | 1. Perkataan keliru boleh tergolong dalam kata adjektif dan juga kata kerja. 2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, boleh bermaksud 1. dapat, mampu (berkeupayaan): dgn wang sebanyak itu, mereka ~ hidup senang; ~ dikatakan dapat dikatakan, tidak salah kalau dikatakan; apa ~ buat apa yg hendak dibuat (tidak ada jalan lain); 2. tidak disekat atau dilarang (drpd berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan: sesudah makan mereka ~ bermain-main; tak ~ jadi tidak mungkin, mustahil; ~ juga a) dapat juga, mungkin juga; b) bp agak baik juga; (tak) ~ niaga (tidak) boleh bertukar hak milik, (tidak) boleh diterima bayarannya oleh orang atau pihak lain drpd yg dinyatakan (bkn cek yg dikeluarkan dsb); ~ tahan a) dapat tahan; b) ki agak baik, tidak buruk; manakala dapat bermaksud 1. boleh (melakukan sesuatu), berupaya, mampu: dia sedang mencari orang yg ~ menyelesaikan kerja itu dgn sempurna; ubat yg ~ menghilangkan rasa gatal-gatal pd kulit; 2. bp beroleh, menerima (wang, hadiah, keuntungan, surat, dll), menanggung, ditimpa (sesuatu yg tidak baik spt malu dll); 3. bertemu, bersua, menemui: cari dia sampai ~; tidak juga dia ~ barang yg hilang itu; anak ~ anak yg diambil (dipungut) di jalan; 4. berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yg dikehendaki): dgn kemenangan ini dia ~ memasuki pertandingan akhir; 5. faham (sesuatu yg diajarkan, dipelajari, dsb): Nadiah rajin mengaji, lekas ~, dan pandai pula mengambil hati; ~ angin mendengar risik-risik (desas-desus); ~ durian runtuh = ~ harta karun = ~ harta timbul prb mendapat keuntungan dgn tidak bersusah payah atau dgn tidak disangka-sangka; lepas putih hitam tak ~ prb apa yg diharapkan tidak dapat, sedangkan yg ada pula hilang; ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha. 3. Klausa utama dalam ayat itu ialah Harjit gagal dalam ujian itu. Keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman433. | Tatabahasa | 23.10.2009 |
perkataan seerti dengan perkataan tumpang | Tidak ada perkataan khusus yang seerti dengan perkataan tumpang kerana penggunaan perkataan tumpang boleh membawa pelbagai maksud dalam konteks tertentu. Berdasarkan Kamus Bahasa Melayu Nusantara, tumpang mempunyai 6 tafsiran, iaitu: 1. Berada (terletak, terdapat) di atas sesuatu. Contoh ayat: gumpalan awan hitam sebagai kepala raksasa tumpang di atas puncak gunung. 2. Menaiki kenderaan (kereta, kapal dsb) untuk berpergian. Contoh ayat: Kalau masih ada tempat, saya mahu tumpang kereta api senja. 3. Turut tinggal (bermalam dsb) sementara di rumah orang; singgah (bermalam, tinggal) untuk sementara. 4. Berpergian dengan menaiki kenderaan (kereta) orang lain dengan percuma. 5. Meminta atau memohon supaya diizinkan (berjalan, bertanya dsb). 6. Bersama-sama mengerjakan (melakukan) sesuatu, ikut serta. Saudara juga boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1733. | Istilah | 18.02.2009 |