Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dijadikan

Puisi
 

Batang keduduk dibuat galah,
     Hendak menghalau si ayam jantan;
Telunjuk sudah dijadikan Allah,
     Hendak menculik kapur berjuitan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Keledai (keldai) hendak dijadikan kuda.

Bermaksud :

Orang bodoh hendak dipandang (dijadikan) orang pandai.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya dapati kebanyakan data yang dijadikan sandaran untuk dijadikan sistem tatabahasa Melayu bukannya bersandarkan kepada korpus bahasa, tetapi lebih kepada pembentukan data yang "dicipta" sendiri. Mengapakah korpus bahasa Melayu tidak dijadikan sebagai premis utama dalam pembentukan sistem tatabahasa bahasa Melayu?Untuk makluman saudara korpus bahasa Melayu merupakan antara bahan utama yang digunakan dalam proses penyusunan pedoman,kamus dan juga tatabahasa bahasa Melayu. Buku-buku tentang tatabahasa dan ilmu linguistik terbitan pihak luar juga dijadikan bahan rujukan sebelum sesuatu rumusan dibuat.     Lain-lain17.07.2008
mengubah bunga atau menggubah bunga? Sebagai contoh, bakul wakid selain dijadikan perhiasan rumah ialah dijadikan pasu untuk mengubah bunga di dalam rumah. Yang mana satukah yang lebih tepat penggunaannya? Penggunaan perkataan yang betul dalam konteks ayat yang diberikan ialah "menggubah" yang bermaksud mengatur atau menyusun bunga dan sebagainya untuk perhiasan. Tatabahasa29.10.2020
Pokok kelapa boleh diproses untuk dijadikan minyak masak. Pokok kelapa juga boleh dijadikan sabun. Lilin dan berus juga diperbuat daripada pokok kelapa. Soalan: Adakah ayat-ayat ini betul? Dan apa kesalahan yang terdapat dalam ayat tersebut? Terima kasih.

Ayat yang betul ialah buah kelapa boleh diproses untuk dijadikan minyak masak. Minyak kelapa juga boleh dibuat sabun. Lilin dan berus diperbuat daripada minyak dan sabut kelapa.

Tatabahasa05.04.2010
Sejarah hendaklah dijadikan iktibar untuk membangunkan diri dan negara, bukan untuk berbangga dengan pencapaian generasi silam tanpa melakukan sesuatu untuk generasi akan datang. Diharapkan susunan ayat di atas dapat dimurnikan oleh pihak DBP. Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

Puan,

Ayat yang diberikan betul susunan ayatnya.

Sekian, terima aksih.
Tatabahasa12.10.2017
Salam sejahtera ! 1. Kulit kambing dapat dijadikan kompang 2. Kuit kambing boleh dijadikan kompang Yang mana betul. Terima kasihUntuk makluman tuan, kata "boleh" dan "dapat" kedua-duanya tergolong sebagai kata bantu yang hadir sebelum frasa, yang bertugas membantu frasa kerja dan frasa sendi nama. Kata "boleh" membawa unsur keizinan atau kebenaran dan tidak menyalahi peraturan. Manakala kata dapat membawa unsur upaya.


Berdsarkan perkara yang di atas, kata bantu yang sesuai ialah dapat.
Tatabahasa29.09.2015
apakah fungsi bahasa melayu dalam negara malaysia.Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 152 menyatakan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan dijadikan bahasa rasmi negara Malaysia. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar sekolah kebangsaan, menengah kebangsaan dan institusi pengajian tinggi awam. Bahasa Melayu juga dijadikan bahasa pentadbiran kerajaan, bahasa komunikasi sosial, bahasa perundangan, bahasa teknologi maklumat, dan bahasa ilmu. Dalam masyarakat berbilang kaum, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa perpaduan negara.   Lain-lain26.02.2008
Bolehkah raptai dijadikan kata kerja, sebagai contoh, "Kami baru sahaja beraptai"?

“Raptai” ialah kata nama  dan tidak boleh dijadikan  kata kerja. Ayat yang sesuai ialah “Kami baru sahaja selesai raptai”.

Tatabahasa11.07.2024
Kejadian itu wajar menjadi peringatan kepada semua orang. Kejadian itu wajar dijadikan peringatan kepada semua orang. adakah "menjadi" dan "dijadikan" juga betul diguna? terima kasih.Ayat yang betul ialah "Kejadian itu wajar menjadi peringatan kepada semua orang".Tatabahasa15.04.2013
AS salam. Sebidang tanah untuk dijadikan tapak masjid diwakafkan beliau. Adakah ayat ini boleh diterima walaupun tiada perkataan ' oleh' selepas diwakafkan?Ayat "Sebidang tanah untuk dijadikan tapak masjid diwakafkan beliau" adalah betul.Tatabahasa13.05.2015
adakah Tatabahasa Dewan masih boleh dijadikan bahan rujukan untuk pengajaran Bahasa Malaysia di peringkat sekolah? Di manakah boleh dapatkan versi yang terbaru?

Tatabahasa Dewan memang sesuai dijadikan rujukan di sekolah malah apa jua lapangan untuk mempelajari bahasa Melayu. Boleh didapati di semua kedai buku Dewan Bahasa dan Pustaka dan semua kedai buku di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak yang berdaftar dengan DBP. Harap maklum.

Lain-lain25.05.2008
12345678910...

Kembali ke atas