Manakah satu ayat betul? a)Kebersihan restoran itu dijaga oleh pekerja. / b)Kebersihan dijaga oleh pekerja restoran itu. | Ayat yang paling tepat ialah "Kebersihan restoran itu dijaga oleh pekerja." | Tatabahasa | 01.04.2010 |
Amir menjaga kebersihan tempat tinggalnya. AYAT PASIF YANG MANA LEBIH TEPAT? 1. Kebersihan tempat tinggal Amir dijaga olehnya. 2. Kebersihan tempat tinggalnya dijaga oleh Amir. | 1. Kebersihan tempat tinggal Amir dijaga olehnya. - ayat pasif yang paling tepat | Tatabahasa | 25.07.2011 |
Rumahnya menjadi " perang " kerana tidak dijaga. Apakah kata yang sesuai untuk menggantikan "perang "? | Pérang, iaitu warna merah yang kehitam-hitaman atau kekuning-kuningan. Oleh itu, ayat tersebut boleh ditukarkan menjadi "Rumahnya bertukar warna menjadi merah kehitam-hitaman kerana tidak dijaga. | Tatabahasa | 24.07.2009 |
Salam sejahtera, tuan. Bolehkah tuan jelaskan perbezaan antara apabila, ketika, semasa dan sewaktu? Bayi itu dijaga oleh ibu saudaranya (semasa / sewaktu) ketiadaan ibu bapanya. Adakah kedua-dua semasa dan sewaktu betul dalam konteks ayat ini? Terima kasih. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua tidak ada perbezaan antara “apabila”, “ketika”, “semasa” dan “sewaktu”. Semuanya membawa makna yang hampir sama iaitu pada ketika, sewaktu atau pada waktu/masa. Oleh itu, berdasarkan ayat yang diberikan kedua-duanya boleh digunakan iaitu “Bayi itu dijaga oleh ibu saudaranya semasa ketiadaan ibu bapanya” atau “Bayi itu dijaga oleh ibu saudaranya sewaktu ketiadaan ibu bapanya”. | Tatabahasa | 18.02.2022 |
saya ada satu soalan lagi tentang ayat pasif dan ayat aktif juga iaitu,harap tuan/puan tolong semak.Terima kasih. soalan : ayat pasif: Kebersihan dijaga oleh pekerja kedai itu. jawapan : ayat aktif : Pekerja menjaga kebersihan kedai itu. | Ayat pasif yang betul jika merujuk ayat aktif ialah Kebersihan kedai itu dijaga oleh pekerja. Oleh itu ayat aktifnya ialah Pekerja menjaga kebersihan kedai itu. | Tatabahasa | 13.08.2009 |
Bolehkah perkataan "ekshibit" digunakan dalam ayat di bawah? Binatang-binatang hidup yang merupakan ekshibit utama di Zoo Negara perlulah dijaga dengan baik. Sekian, terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud ekshibit ialah barang kes dalam bidang undang-undang. Maka penggunaan ekshibit dalam ayat yang diberikan tidak sesuai. Cadangan ayat yang betul ialah Binatang-binatang hidup yang menjadi tarikan utama di Zoo Negara perlu dijaga dengan baik. | Tatabahasa | 17.03.2020 |
Rumahnya menjadi "perang" kerana tidak dijaga. Penggunaan "perang" dalam ayat ini betul ? | Encik Ming terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Dalam ayat yang diberikan ini penggunaan perkataan perang tidak sesuai digunakan. Perkataan yang sesuai ialah usang atau jika ia merujuk warna rumah tersebut perkataan pudar boleh digunakan. Terima kasih | Makna | 31.07.2009 |
1.Tanaman tersebut hidup a.segar b. subur kerana dijaga dengan baik. 2. Ali merupakan a. pelajar b. penuntut Universiti Sains Malaysia tahun pertama. 3. Saya suka membaca buku di pondok bacaan ini kerana suasananya a. sangat tenang sekali. b. sungguh amat tenang sekali. | Saudara Waypenglee, Jawapan bagi pertanyaan saudara adalah seperti yang berikut: i. subur ii. penuntut iii. sangat tenang sekali Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 09.06.2009 |
Mohon pengesahan perbezaan istilah "pesakit terdampar" dengan "pesakit terlantar" | Terdampar bermaksud tercampak (terkandas) ke pantai setelah hanyut dibawa air, terhempas dan terkandas manakala terlantar bermaksud terletak atau terbaring, dalam keadaan yang tidak dijaga atau dipelihara, terabai, terbiar. Perkataan yang sesuai digunakan ialah pesakit terlantar.
| Makna | 30.10.2018 |
Hi nak tanya, macam mana nak guna perkataan "titip" atau "menitip". Saya kurang jelas la terima kasih.... | Perkataan “titip”, “menitip”dan “menitipkan” bermaksud memberikan seseorang atau sesuatu untuk dijaga, diserahkan dan lain-lain kepada orang lain. Contoh penggunaan dalam ayat, “Ibu terpaksa menitipkan saya kepada salah seorang tetangganya kerana beliau harus bekerja.” | Tatabahasa | 06.06.2022 |