Salam sejahtera, adakah penggunaan perkataaan "terjamin" lebih sesuai atau perkataan "dijamin"? | Perkataaan "terjamin" dan "dijamin" kedua-duanya boleh digunakan bersesuaian mengikut konteks ayat yang dikemukakan. | Tatabahasa | 16.12.2022 |
Penterjemahan Bahasa | Semakan kami terhadap baris yang dimaksudkan adalah seperti yang berikut: "Ketiadaan nama dalam maklum balas SB diutamakan dan dijamin oleh SB sistem dalam talian. Jawapan akan dirahsiakan dan tidak boleh dikesan oleh peserta | Penyemakan dan penterjemahan | 26.05.2014 |
Assalamualaikum, mohon pihak tuan untuk semak ejaan bagi banting yang telah dibina dan mendapatkan kelulusan bahasa dari pihak tuan. Terima kasih. | 1. Betulkan LAGI TERANGKAT kepada LAGI SEDAP (perkataan TERANGKAT tidak sesuai digunakan dalam konteks ini) 2. Betulkan kepada PERADUAN BERSEMPENA DENGAN TAHUN BARU CINA 3. Betulkan confirm kepada MEMANG atau DIJAMIN 4. Betulkan kepada RM2,000 (rapatkan RM dengan angka) Sila buat pembetulan seperti yang dicadangkan di atas pada visual iklan pihak tuan/puan dan kemudian sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan perniagaan tuan/puan. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran untuk pendaftaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.
| Lain-lain | 23.01.2019 |
Adakah perkataan "andal" itu bahasa malaysia atau bahasa indonesia? Adakah penggunaan ayat seperti di bawah betul:- "...syarikat kami bertekad untuk memberikan perkhidmatan yang andal dan berpatutan kepada setiap pelanggan......" | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, tidak dinyatakan asal perkataan "andal" itu daripada mana-mana negeri. Oleh itu perkataan itu dianggap bahasa serumpun, iaitu bahasa Melayu kerana dalam Kamus Besar Indonesia juga terdapat perkataan "andal" dan tidak melabelkan perkataan itu daripada mana asalnya. "Andal" bermaksud boleh dipercayai atau boleh dijamin mutu atau kualitinya. Oleh itu ayat contoh yang tuan/puan beri itu: " Syarikat kami bertekad untuk memberikan perkhidmatan yang andal dan berpatutan kepada setiap pelanggan" adalah betul. | Istilah | 04.02.2015 |