| Salam sejahtera. Ramalan hujan bagi kawasan A adalah “hujan lebat” akan berlaku dan hujan lebat ini dijangka berterusan. Manakala ramalan hujan bagi kawasan B pula adalah “hujan lebat yang berterusan” dijangka akan berlaku. Oleh itu yang mana lebih sesuai dan kurang mengelirukan jika ramalan kedua-duanya diletak bersebelahan. Kawasan A : “Hujan lebat dijangka berterusan” @ “Hujan lebat dan dijangka berterusan” @ “Hujan lebat yang dijangka berterusan” Kawasan B: “Hujan lebat berterusan dijangka berlaku”. Mohon kategorikan sebagai soalan peribadi dan tidak dikongsi kerana ini bagi pihak kawan di agensi lain. Sekian, terima kasih. | Puan yang budiman, Cadangan ayat yang sesuai untuk pertanyaan puan adalah seperti berikut: 1) Hujan lebat berterusan 2) Hujan lebat dijangka berterusan | Tatabahasa | 24.11.2017 |
| Kesan Yang Dijangka Daripada Gabungan Pelbagai Kaum Kesan yang Dijangka daripada Gabungan Pelbagai Kaum Mana satu yang betul untuk tajuk. | Dari segi ejaan, tajuk "Kesan Yang Dijangka daripada Gabungan Pelbagai Kaum" betul. | Tatabahasa | 06.02.2014 |
| negara Thailand dijangka kurang menerima________para pelancong akibat daripada kejadian ombak tsunami itu. (A kunjungan C lawatan) tuan, jawaban ialah kunjungan. Saya kekeliruan kerana A dan C membawa maksud yang sama. Tuan, apakah jawaban yang lebih tepat. TQ | Merujuk Kamus Dewan edisi ke-4, lawatan membawa maksud perihal melawat (mengunjungi, menziarahi ), kunjungan manakala kunjungan membawa maksud hasil berkunjung atau mengunjungi; lawatan. oleh yang demikian kedua-dua jawapan boleh digunakan. | Tatabahasa | 22.08.2011 |
| Apakah ayat ini tepat? Tarikh kerja pembaikan lif dijangka siap ialah pada 22 Oktober 2016. | Tarikh pembaikan lif dijangka siap pada 22 Oktober 2016. | Tatabahasa | 22.10.2016 |
| MOHON SEMAK STRUKTUR AYAT INI: PERSIDANGAN INI DIJANGKA AKAN DIADAKAN PADA 20 OGOS 2016 BERTEMPAT DI HOTEL........... | Persidangan ini dijangka akan diadakan pada 20 Ogos 2016 di Hotel Merdeka. | Tatabahasa | 01.08.2016 |
| Cuaca panas terik yang sedang dialami sekarang dijangka berterusan sampai ke bulan Ogos. Ayat ini mengandungi kesalahan. Apakah kesalahannya? Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah: Cuaca panas terik yang sedang dialami sekarang dijangka berterusan hingga bulan Ogos. | Tatabahasa | 17.02.2012 |
| 1)Projek pembinaan lebuh raya itu dijangka pada tahun hadapan siap sepenuhnya. 2)Jangankan adik,sedangkan abang tidak dapat mengangkat batu giling yang berat itu. Soalan-soalan tersebut salah mana? | Ayat yang lebih gramatis ialah: 1. Projek pembinaan lebuh raya itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan. 2. Jangankan adik, abang pun tidak dapat mengangkat batu giling yang berat itu. | Tatabahasa | 04.02.2012 |
| Salam Sejahtera, Sila puan/tuan semak sama ada ayat yang di bawah ini betul dari segi tatabahasa. " Beiau dijangka akan tiba ke lapangan terbang itu pada pukul lima petang." Terima kasih. | Ayat yang betul ialah 'Beliau dijangka tiba di lapangan terbang itu pada pukul lima petang'. | Tatabahasa | 15.12.2012 |
| Bolehkah perkataan aktiviti di gunakan bersama dengan cuaca? Contoh ayat: Aktiviti ribut petir/hujan yang berlaku di Kuala Lumpur dijangka berterusn sehingga lewat petang. | Ribut, petir dan hujan bukan aktiviti. Ayat yang betul, ribut petir dan hujan yang berlaku di Kuala Lumpur dijangka berterusan hingga lewat petang. | Tatabahasa | 12.07.2016 |
| Mohon semakan terjemahan ayat berikut: Unexpected events can arise secondary to use not according to the guidelines. Peristiwa tidak dijangka boleh berlaku sekunder terhadap penggunaan yang tidak mengikut garis panduan. Terima kasih | Terjemahan yang dicadangkan ialah “Peristiwa yang tidak dijangka boleh berlaku pada peringkat sekunder akibat penggunaan (dana, dsb.) yang tidak mengikut garis panduan”. Namun begitu, terjemahan yang sesuai juga bergantung pada ayat yang sebelum dan selepas ayat tersebut. Dalam bahasa Melayu perlu ada subjek/perkara selepas perkataan penggunaan sekiranya terjemahan tersebut sesuai. Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.03.2017 |