| selamat pagi..kenapa soalan saya pada 6/12/2025 masih belum dijawab? | Soalan puan bertarikh 6/12/2025 telah dijawab pada 8/12/2025. Mohon semak jawapan dalam sistem KNB atau melalui e-mel. | Lain-lain | 15.12.2025 |
| Tumpang tanya, di bahagian rekod pertanyaan memang yang disenaraikan soalan yang telah dijawab sahaja ke? Soalan baru yang belum dijawab memang tak keluar di situ ke? Atau, memang soalan yang saya hantar tadi sebenarnya tak berjaya dihantar ke sistem DBP walaupun ada makluman beritahu kata "Soalan anda telah kami terima. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami."? | Selamat Sejahtera. Sila log masuk akaun KNDBP dan klik "Rekod Pertanyaan" untuk melihat senarai pertanyaan dan status soalan tersebut. Pertanyaan yang baru dihantar juga boleh dilihat semula dalam rekod pertanyaan. | Lain-lain | 12.12.2023 |
| Apakah perkataan dialek paling banyak dipinjam dalam penggunaan bahasa standard melayu moden? | Soalan saudara akan dipanjangkan kepada Bahagian Perkamusan untuk dijawab. Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel. | Penyelidikan | 07.10.2014 |
| mengapakah pihak dbp mengambil masa yg lama untuk menjawab soalan saya. padahal soalan ini ialah soalan yang dikeluarkan untuk dijawab oleh pelajar tingkatan 3 dalam masa 1 jam sahaja. soalan ini saya anggap soalan yang mudah bagi pihak dbp. pihak dbp mempunyai tenaga kerja yang ramai dan berpengalaman dalam bidang bahasa. tidak mungkin soalan untuk pelajar sekolah menengah ini tidak mampu dijawab dalam masa yang singkat. saya telah menghantar soalan ini pada bulan ogos dan sehingga kini masih tidak menerima jawapan. mungkin pihak dbp langsung tidak mengkaji tentang soalan saya ini, tetapi hanya menghantar emel yang mengatakan soalan belum berjwb. perlukah dbp menyediakan kertas kerja atau thesis untuk menjwb soalan ini? saya masih menunggu jawapan dari pihak dbp dengan sabar. saya memohon maaf sekiranya tulisan saya ini menyinggung mana-mana pihak. | Ayat ' kami akan bersihkan kawasan belukar' sepatutnya ditulis 'kami akan membersihkan kawasan belukar' kerana ayat ini merupakan ayat aktif. Ayat 'akan kami bersihkan kawasan belukar' ialah ayat pasif seperti yang dinyatakan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, halaman 469-470 . | Tatabahasa | 14.09.2007 |
| Soalan. | Susah dijawab. | Lain-lain | 17.05.2022 |
| Mengapakah soalan saya belum dijawab, sangat lamanya! | Mohon maaf atas kelewatan pihak kami memberikan maklum balas. Untuk makluman tuan, untuk soalan-soalan yang memerlukan penelitian dan rujukan, pihak DBP memerlukan sedikit masa untuk menjawabnya. Walau bagaimanapun, boleh kami dapatkan soalan yang ditanya oleh pihak tuan? Tuan boleh menghantarkan soalan tersebut kepada e-mel fadhilahbahar@dbp.gov.my dan cc kepada afiqah@dbp.gov.my. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 21.02.2025 |
| Saya sering menghantar beberapa soalan kepada pihak DBP melalui laman ini tetapi hanya soalan-soalan yang mudah sahaja dijawab sementara soalan yang agak rumit tidak diberikan jawapan. Malahan saya dinasihatkan merujuk buku-buku yang berkaitan dengan soalan yang saya kemukakan. Jika ini amalan yang dibuat oleh pihak DBP elok laman ini dibatalkan sahaja. Terima kasih | Pada dasarnya, Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan besar pelajar daripada IPT menghantar soalan yang berbentuk tugasan untuk dijawab oleh petugas KNDBP. Untuk makluman sdr. soalan yang berbentuk tugasan atau teka kata di luar skop perkhidmatan ini. Namun, kami tetap melayani soalan yang berbentuk tugasan dengan mencadangkan beberapa tajuk buku, jurnal atau makalah yang berkaiatan dengan tugasan untuk memudahkan pelajar menyiapkan tugasan tersebut. DBP juga turut mengundang pelajar tersebut, datang ke Pusat Dokumentasi Melayu di Menara DBP untuk membuat rujukan akademik. Kami berharap sdr akan terus menggunakan khidmat KNDBP pada masa akan datang. | Lain-lain | 26.04.2008 |
| cubaan satu dua tiga | dijawab | Badan Penulis | 08.01.2020 |
| salam. pertanyaan saya yg lepas telah dijawab. terima kasih daun keladi. soalan : kata sendi : A. 1. ...menulis di atas kertas ..... 2. ....menulis pada kertas... B 1. tertarik oleh.... 2. ...tertarik dengan..... terima kasih. | Jawapan yang betul ialah 1. menulis pada kertas. 2. tertarik dengan | Tatabahasa | 10.02.2010 |
| Assalamualaikum. Saya mohon penerangan berkaitan perbezaan singkatan r.a./a.s dengan SAW/SWT. Mengapakah r.a./a.s menggunakan huruf kecil berbanding dengan SAW/SWT? Terima kasih. | Soalan saudara akan dipanjangkan kepada Bahagian Perkamusan untuk dijawab. Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel. | Ejaan | 05.03.2018 |