Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dijelaskan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Ayat manakah yang betul a atau b. a) ...dijelaskan dalam bab 3... b) ...dijelaskan dalam Bab 3... Ayat manakah yang betul a atau b. a) ...dijelaskan dalam subseksyen 3.3.3... b) ...dijelaskan dalam Subseksyen 3.3.3... Sekian, terima kasih.Frasa yang betul ialah... dijelaskan dalam Bab 3... dan dijelaskan dalam Subseksyen 3.3.3...Tatabahasa25.11.2013
Mohon dijelaskan manakah yang lebih gramatis: 1.Membersihkan kekotoran berlandaskan kepada ajaran Islam atau 2. Membersihkan kekotoran berlandaskan ajaran Islam. Terima kasih atas penjelasan.Lebih gramatis - Membersihkan kekotoran berlandaskan kepada ajaran Islam. 

Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad.
Tatabahasa05.09.2012
Tolong dijelaskan penggilan kata "Puan" dan "Cik" sebelum nama seorang perempuan. Mohon jawaban diemailkan ke zulfirman@gmail.com. Terima kasihPuan ialah sapaan umum bagi perempuan/wanita dalam konteks rasmi seperti tuan pada orang lelaki.iaitu sapaan untuk orang diri kedua. Cik hanyamerupakan rujukan kehormat yang digunakan sebelum nama sebenar.tetapi sebutan dalam surat-menyurat rasmi ialah puan.   Lain-lain22.03.2008
Assalamualaikum. Bolehkah dijelaskan kenapa kependekan alaihissalam dieja a.s. dan tidak AS seperti SWT dan SAW? Keadaan ini menimbulkan kekeliruan ketika menulis. Pada pendapat saya, sebaiknya diselaraskan semuanya. Terima kasih.Kependekan AS membawa erti Amerika Syarikat, manakala a.s. membawa maksud alaihissalam yang digunakan atau ditulis biasanya sesudah menyebut nama nabi dan malaikat, misalnya Nabi Daud a.s. dan Jibril a.s. 

Kata a.s. sama seperti r.a. bukan kata nama khas tetapi kata yang digunakan pada nama orang yang tertentu sahaja.

Untuk mendapat maklumat terkini dalam bahasa Melayu sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).
Ejaan14.10.2024
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya perihal tanda baca noktah. Contohnya pada hujung ayat: Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t.: Ataupun adakah cukup dengan titik seperti dalam ayat: Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. (Selepas perkataan s.w.t. itu terdapat terjemahan ayat Al-Quran)Ayat yang betul adalah seperti berikut:
Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku istijabkan."
Tatabahasa25.03.2014
1-Boleh atau tidak mengunakan partikel -kah dipertengahan ayat ? Meja siapakah itu? Buku siapakah ini? 2-Warna jingga boleh dijelaskan sebagai warna oren atau perlu dijelaskan sebagai kuning kemerah-merahan.1. Partikel -kah boleh digunakan  di pertengahan ayat. Sila rujuk halaman 447, buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

2. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud jingga ialah warna kuning yang kemerah-merahan atau oren. Maka warna oren dan jingga adalah sama.
Tatabahasa12.10.2016
Secara kasar dapat dijelaskan sebabnya. Apakah fungsi kata bagi perkataan “secara” dalam ayat di atas? Adakah ayat di atas gramatis?Secara bermaksud dengan cara. Perkataan secara boleh digantikan dengan dengan cara, iaitu penggunaan kata dengan sebagai keterangan cara dalam ayat.Tatabahasa31.07.2020
Bolehkah penggunaan "......" dan '.....' dijelaskan secara terperinci dari aspek penggunaan dalam karangan semasa menyatakan dialog, tajuk /judul buku mahupun ucapan, dan semasa penyelitan peribahasa dalam penulisan karangan? Saya masih kurang jelas manakah antara "......" dan '.....' yang perlu digunakan sebab saya mendapati setiap buku mempunyai penjelasan yang berbeza. Saya berharap masalah saya dapat diselesaikan. terima kasih~Tanda petik ("  ") digunakan untuk tujuan seperti yang berikut: i. mengapit cakap ajuk atau petikan langsung daripada naskhah; ii. mengapit judul rencana, karangan, puisi atau bab buku yang digunakan dalam ayat; dan iii. mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai makna khusus. Manakala tanda petik tunggal ('  ') digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik. Contohnya: "Amboi! Sejak menjadi 'orang kaya baru', batang hidungnya pun tak Nampak," sindir Hasyim.Tatabahasa10.05.2013
Salam hormat, Mohon dijelaskan penggunaan yang betul ayat berikut: 1. Peraduan menulis skrip drama akan diadakan pada bulan September ini.Ayat "Peraduan menulis skrip drama akan diadakan pada bulan September ini" betul.Tatabahasa04.05.2012
nak tanya maksud " media baharu".harap dapat dijelaskan. terima kasihMaklumat tentang "media baharu" tidak ada dalam pangkalan data kami. Media baharu ialah konsep baharu dalam bidang komunikasi. Oleh itu, sila rujuk Jabatan Media dan Komunikasi di IPTA untuk mendapatkan maklumat lanjut.Istilah17.04.2012
123456789

Kembali ke atas