Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dijemur

Puisi
 

Bagaimana menjemur padi,
     Siang dijemur malam dibuat;
Bagaimana menghibur hati,
     Siang dihibur malam teringat.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon huraian adakah ayat ini gramatis. Terdapat tiga kali pengulangan perkataan 'di' yg menunjukkan tempat. -Pakaian yang selesai dibasuh dijemur di ampaian di halaman rumah di bawah panas matahari. Terima kasih atas penjelasan.Ayat "Pakaian yang selesai dibasuh dijemur di ampaian di halaman rumah di bawah panas matahari." adalah betul walaupun terdapat pengulangan tiga sendi nama "di" yang menunjukkan tempat.Tatabahasa05.09.2012
Kata sendi nama ' pada' dan 'di' dapat berfungsi untuk menerangkan tempat. Bagaimanakah penggunaan kedua-dua kata sendi nama ini di dalam ayat dan apakah perbezaannya? Dalam ayat yang berikut, yang manakah menunjukkan contoh penggunaan 'pada' dan 'di' yang betul: 1) baju itu dijemur di ampaian 2) baju itu dijemur pada ampaian

Kata sendi nama “pada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan waktu dan tempat, manakala kata sendi nama “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Berdasarkan ayat contoh yang diberikan, ayat yang betul ialah Baju itu dijemur di ampaian.

Tatabahasa19.03.2014
Jawapan manakah yang betul ? Nenek membentangkan _______tikar mengkuang di halaman lalu menaburkan beberapa _________ padi untuk dijemur. A Sekajang.......genggam B Segelung.......gemal C segulung.......cekak D sehelai......cupakJawapan yang betul ialah D. sehelai .... secupak...Tatabahasa21.05.2013
Bagaimanakah kita hendak membezakan penggunaan 'kan' dalam ayat, contoh : merendam dan merendamkanmerendam menaruh sesuatu di dlm air dll beberapa lamanya: padi itu direndam di dlm air, kemudian diwap, dijemur, dan dikeringkan; melemaskan lipas dgn ~nya dlm air; merendamkan menjadikan digenangi (air dll): sawah itu direndamkan dahulu; direndam tak basah prb a) sangat licin (tidak mudah dikalahkan, ditipu, dll); b) belum ada keputusannya (perkara); c) orang yg degil atau kikir;Tatabahasa23.08.2007
Mengapakah papadom ditakrifkan sebagai sejenis 'keropok' dan bukannya kerepek walhal ramuan utamanya berasaskan nabati (selalunya tepung kacang kuda). Bukankah keropok digunakan untuk produk makanan rangup berasaskan haiwan seperti keropok udang/ikan/lekor manakala kerepek digunakan untuk produk makanan rangup berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti kerepek pisang/ubi/beras?Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, keropok ialah makanan yang berkeping-keping yang dibuat daripada adunan tepung dengan ikan atau dengan udang dan lain-lain dan digoreng manakala kerepek ialah ubi kayu, pisang dan sebagainya yang dihiris tipis-tipis, dijemur dan digoreng. 

Berdasarkan definisi keropok dan kerepek seperti di atas,  popadom lebih sesuai dikategorikan sebagai keropok kerana dibuat daripada adunan tepung (tidak semestinya berasaskan haiwan sahaja).
Makna19.06.2018
Apakah perbezaan antara “mengalih keluar” dengan “mengeluarkan?”

Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) pada halaman 61 dan 1029, terdapat beberapa perbezaan antara perkataan mengalih keluar dengan perkataan mengeluarkan dari segi penggunaannya.

 

1. Mengalih keluar: Perkataan ini membawa makna yang lebih spesifik, iaitu memindahkan sesuatu dari satu tempat ke tempat lain. Contohnya, perkataan mengalih keluar digunakan apabila sesuatu benda perlu dipindahkan secara fizikal ke luar dari kawasan asalnya.

Contoh ayat: Oleh sebab cuaca pada hari ini cerah, Abu mengalih keluar sofanya yang basah untuk dijemur di bawah cahaya matahari.

 

2. Mengeluarkan: Perkataan ini lebih umum dan melibatkan tindakan untuk membawa sesuatu keluar dari satu keadaan, ruang atau tempat. Perkataan mengeluarkan juga boleh digunakan dalam konteks yang lebih abstrak seperti mengeluarkan suara atau produk dari kilang.

Contoh ayat: Ali mengeluarkan wang daripada tabungnya.

Tatabahasa29.09.2024

Kembali ke atas