| Bagi ayat dibawah ini, didapati perkataan "diasinkan" mempunyai imbuhan "-kan". Adakah perkataan "dikon, diawet dan dijeruk juga perlu ditambah imbuhan -kan? (7) Manufactured meat may contain— (a) where such meat or part of such meat is corned, cured, pickled or salted, sodium nitrite, potassium nitrite, sodium nitrate or potassium nitrate, alone or in combination, as permitted preservative, provided that the final product does not contain more than 200 ppm of total nitrate and nitrite calculated together as sodium nitrite; (7) Daging kilangan boleh mengandungi— (a) jika daging atau sebahagian daripada daging itu dikon, diawet, dijeruk atau diasinkan, natrium nitrit, kalium nitrit, natrium nitrat atau kalium nitrat, sendirinya atau dalam kombinasi, sebagai bahan pengawet yang dibenarkan, dengan syarat bahawa hasil terakhirnya itu tidak mengandungi lebih daripada 200 bsj jumlah nitrat dan nitrit dihitung bersama sebagai natrium nitrit | Kata terbitan terhasil melalui penambahan awalan, akhiran dan apitan. Ada perkataan yang boleh menerima awalan meN... atau apitan meN...kan (bentuk pasif di...kan) dan ada yang boleh menerima kedua-dua bentuk terbitan. Hal ini perlu merujuk kamus untuk memastikan pembentukan kata yang betul. Dalam konteks ayat yang diberikan, corned dalam bidang istilah diterjemah kepada kon seperti daging kon. Walau bagaimanapun dalam konteks umum, perkataan tersebut diterjemahkan kepada maksud yang terkandung dalam perkataan tersebut, contoh meat is corned ... boleh diterjemahkan kepada daging yang digaramkan (iaitu proses membubuh garam pada daging), diawet, dijeruk ... Corned dan salted sekiranya membawa maksud yang sama diterjemahkan sekali sahaja. | Istilah | 05.06.2021 |
| apakah maksud bagi perkataan 'perpat'? Perkataan ini saya sering jumpa di pantun tanpa memahami maksudnya. Harap DBP dapat membantu saya. Terima kasih | Ejaan baku perpat ialah perepat. Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) terdapat dua makna yang terakam, satu bermakna sejenis tumbuhan (lebih dikenali dengan panggilan pedada) dan dua bermakna kawan dalam bahasa Palembang. perepat1 ڤرڤت n pedada (tumbuhan); perepat laut a pokok bakau yg agak rendah, pucuknya boleh dibuat ulam, bunganya kemerahan dan buahnya bulat leper serta boleh dimakan; berembang; bedat; bedata; perepat merah; Sonneratia caseolaris; b buah pokok ini yg bulat leper, berwarna hijau, bertampuk spt bintang dan berekor di hujungnya, semasa mudanya masam dan dijadikan perasa masakan tetapi apb matang rasanya lemak, boleh dimakan mentah, dijadikan sayur atau dijeruk, dan dikatakan boleh menahan pendarahan; perepat merah perepat laut. perepat2 ڤرڤت Palembang ark n kawan. pedada ڤدادا n pokok bakau drp genus Sonneratia yg berdaun agak tebal, berbunga spt jambul merak, berbuah bulat leper yg boleh dimakan, dan kayunya boleh dibuat bahan binaan utk rumah, cerucuk, kapal, jambatan serta bahan bakar; perepat. Penggunaan kata ini adalah mengikut konteks penggunaannya. | Lain-lain | 12.03.2022 |