Peribahasa berat sama dipikul ringan sama dijinjing@ ringan sama dijinjing berat sama dipikul | Peribahasa yang betul ialah: "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Kebiasaannya apabila sesuatu kerja atau amanah yang dipertanggungjawabkan, itu adalah satu tanggunjawab yang berat. Sebab itu perkataan "Berat" itu didahulukan. | Lain-lain | 10.08.2016 |
Bolehkah peribahasa ini diterima? Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul | Peribahasa yang diterima umum ialah Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. walau bagaimanapun bila diterbalikkan ia masih membawa maksud yang sama. | Lain-lain | 07.08.2018 |
Salam sejahtera. Apakah peribahasa yang sesuai dengan ayat berikut "Datuk Mugilan sentiasa percaya bahawa kejayaan syarikatnya itu adalah disebabkan oleh komitmen para pekerjansya". Sekian, terima kasih. | Cadangan peribahasa yang betul ialah: 1. Berat sama dipukul, ringan sama dijinjing 2. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni 3. Bagai Aur dengan tebing 4. Bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat 5. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah | Lain-lain | 07.08.2022 |
Pak Samad yang tua itu terpaksa menjaga isterinya yang uzurr. Masalah yang dihadapi oleh Pak Samad turut dirasai oleh jiran2nya. situasi ini diibaratkan ........ ? apakah peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas? | Sdr. yuyew, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. peribahasa yang sesuai ialah berat sama dipikul ringan sama dijinjing | Makna | 29.04.2009 |