Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dijumpai

Peribahasa

Mendapat pisang terkubak.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Rusa dijumpai tiada dikejar).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maksud Tintarona (dijumpai dalam laman web Utusan Publication). Telah mencari pada kamus dewan. Tiada entri dijumpaiTintarona sepatutnya dieja dalam dua perkataan, tinta dan rona. Tinta membawa maksud dakwat Manakala rona merupakan dialek negeri Kedah yg membawa maksud warna. Kesimpulannya, tinta rona membawa maksud warna dakwat dalam bahasa standardnya. T.kasih.Makna14.07.2008
Assalamualaikum. Saya kurang jelas dengan penterjemahan yang tepat bagi frasa "peripheral patent". "Peripheral" menurut laman web DBP adalah "peranti persisian", tetapi tiada carian internet / kamus dijumpai bagi frasa "paten peranti persisian", sedangkan ada carian internet dijumpai bagi "paten perisian". Mohon khidmat nasihat tuan/puan. Terima kasih.Terjemahan bagi perkataan peripheral patent masih belum wujud dalam data kami, ini merupakan cadangan terjemahan yang sesuai bagi peripheral patent ialah paten peranti persisian.Makna15.09.2020
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "NewsBites"? Perkataan ini tidak dijumpai di Kamus DBP. Bolehkah pihak tuan/puan beikan cadangan? "NewsBites" merupakan salah satu ciri di mana pengguna boleh meletakkan media kegemaran mereka pada dail laju. Terima kasih.Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "NewsBites"? Perkataan ini tidak dijumpai di Kamus DBP. Bolehkah pihak tuan/puan beikan cadangan? "NewsBites" merupakan salah satu ciri di mana pengguna boleh meletakkan media kegemaran mereka pada dail laju. Terima kasih.
Oleh sebab istilah"NewsBites" belum ada padanan dalam data DBP, maka mohon pihak puan memberikan cadangan padanan berdasarkan konsep penggunaan selain daripada ciri yang puan berikan.
Istilah02.11.2013
1. Keadaan Dahlia kusut-masai sekali ketika dijumpai sesat di hutan 2. Kebun durian kepunyaan datuk terluas sekali di daerah ini Adakah 2 ayat di atas ini betul atau salah? sekiranya salah boleh beri saya penjelasanAyat yang betul seperti yang berikut:
  1. Keadaan Dahlia kusut-masai ketika dijumpai sesat di dalam hutan.
  2. Kebun durian kepunyaan Datuk paling luas di daerah ini.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 244-246.

Tatabahasa06.07.2024
SOALAN 1 Ahmad Aiman Nordin Jul 8th, 4:08pm Suasana di pantai ________ tatkala orang ramai _________ ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai. A.hingar-bingar...berasak-asak B.kucar-kacir....berbondong-bondong C.hiruk-pikuk...berduyun-duyun D.kelam-kabut....bergegas-gegas JAWAPAN DARIPADA DBP Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Jul 10th, 8:43am Suasana di pantai hingar-bingar tatkala orang ramai berasak-asak ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai. Terima kasih SOALAN DITANYA SEMULA Ahmad Aiman Nordin Jul 11th, 1:08pm Tuan...bolehkah tuan bagi pencerahan knpa jawapan A?senang jika anak.murid sya bertanya...saya ada bertanya kepada beberapa orang munsyi bahasa...ada yang menjawab A dan C...Suasana di pantai hiruk-pikuk tatkala orang ramai berduyun-duyun ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai.Tatabahasa11.07.2015
Adakah kan dan pun boleh digunakan di hujung ayat secara bersendirian?Penggunaan kan  boleh digunakan di hujung ayat secara bersendirian biasanya dijumpai dalam penulisan kreatif seperti di dalam novel atau penggunaan  dalam dialog (bahasa percakapan), manakala perkataan pun  dijumpai bersendirian apabila membawa sesuatu maksud, hendaklah dijarakkan seperti dia pun, begitu pun, sesiapa pun dan lain-lain.Tatabahasa11.06.2020
Mengapakah perkataan "menghayun" tidak dijumpai dalam Kamus Dewan? Adakah perkataan tersebut salah? Jika apakah perkataan yang betul?Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) tidak merakamkan kata "hayun" dan terbitannya. Kata yang terakam ialah "ayun" dan kata terbitannya (termasuk mengayun). Kamus Dewan (1970) merakamkan kata "hayun" dirujuksilangkan ke "ayun".

Namun, rujukan yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (2020) merakamkan kedua-dua kata tersebut iaitu "ayun" dan "hayun" serta kata terbitannya (termasuk mengayun dan menghayun). Perakaman kedua-dua kata ini adalah mengikut data korpus penggunaan kata tersebut dalam masyarakat. Terdapat persamaan dan perbezaan dalam pentakrifan kata-kata tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman 162-163 dan 753-754 kamus ini.
Ejaan16.11.2023
Selamat sejahtera. Bolehtak saya tanya beberapa soalan objektif? 1. Suami dia yang luput lima bulan yang lalu, masih belum dijumpai. (luput-salah, kena tukar kepada perkataan apa ya?) 2.Pedatang asing yang pulih dibenarkan masuk ke negara ini. (pulih-salah, kena tukar kepada perkataan apa ya?) 3.Rumah saya terletak kira-kira lima setengah kilometeer dari sini. (nak tanya apa yang salah dalam ayat ini ya?)Ayat yang betul ialah 
1. Suami dia yang hilang lima bulan lalu, masih belum dijumpai.
2. Pedatang asing yang berdaftar dibenarkan masuk ke negara ini.
3. Rumah saya terletak kira-kira lima setengah kilometer dari sini. (Kesalahan ejaan kilometeer) 
Tatabahasa02.04.2023
pada prpm "ditemukan" membawa maksud "dijumpai sesuatu yang dicari"tetapi apabila saya menonton berita RTM, pembaca berita ada menyebut "mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan...." adakah penggunaan "ditemukan" itu betul? Penggunaan sedemikian seolah-olah menggambarkan mayat itu dicari oleh orang ramai walaupun hakikatnya bukan sedemikian.Ditemukan ialah bentuk pasif bagi perkataan menemukan yang bermaksud menemui sesuatu yang dicari. Manakala menemukan pula bermaksud mendapati atau menjumpai.Tatabahasa28.06.2018
tuan, Mangsa taufan Katrina itu dijumpai di bawah runtuhan bangunan yang musnah itu dalam keadaan yang____. A menakutkan B mengerikan C menyeramkan D menyeriaukan apakah jawaban yang sesuai. menurut buku rujukan, jawaban ialah B, tetapi saya masih kekeliruan, tqPada pandangan kami, jawapan yang paling tepat dalam konteks ayat yang diberikan ialah B. mengerikan.Tatabahasa22.01.2012
12345678910

Kembali ke atas