apakah maksud bumi dipijak langit dijunjung | Bumi dipijak langit dijunjung bermaksud di mana kita berada (tinggal, bermastautin atau hidup), kita hendaklah mematuhi dan akur terhadap peraturan atau undang-undang / perlembagaan, taat setia dan sanggup berkorban demi mempertahankan tempat tersebut. | Makna | 15.03.2008 |
maksud peribahasa : 1. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung 2. Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi | 1. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal. 2. Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi Seseorang yang semakin merendah diri walaupun dia semakin berpangkat atau berharta. | Makna | 10.12.2008 |
adakah peribahasa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung sama dengan maksud dengan masuk kandang kambing mengembek dan masuk kandang kerbau menguak? apakah maksud kedua-dua peribahasa tersebut ? | Peribahasa 'Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung' bermaksud ikut peraturan tempat di mana kita berada; 'Masuk kandang kambing mengembek dan masuk kandang kerbau menguak' bermaksud menyesuaikan diri dengan masyarakat keliling. | Makna | 09.07.2008 |
Selamat pagi. Adakah ayat berikut betul dari segi tatabahasa dan boleh difahami umum? "Prinsip moral tetap dijunjung tinggi dalam kebudayaan China. Ia boleh diibaratkan sebagai sumber bagi air dan akar bagi pokok." | Ayat yang betul ialah Prinsip moral tetap dijunjung tinggi dalam kebudayaan China. Prinsip tersebut diibaratkan sebagai sumber bagi air dan akar bagi pokok. | Tatabahasa | 24.08.2020 |
Assalamualaikum.. saya ingin bertanyakan apakah maksud 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. diharap pihak tuan daoat menjelaskannya dengan lebih terperinci kepada saya. terima kasih | Menurut Peribahasa Sekolah Menengah yang diterbitkan dalam laman Intranet DBP, peribahasa "di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung" bermaksud "menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal". | |
| Makna | 04.01.2008 |
maksud peribahasa dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung | Maksudnya, hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami. | Makna | 09.09.2008 |
apakah maksud di mana bumi dipijak,disitu langit dijunjung? | Maksud ungkapan dan atau pepatah ini ialah ingat akan asal- usul. Harap maklum. | Makna | 19.07.2008 |
Assalamualaikum, Bagaimanakah ejaan yang betul bagi imbuhan 'di' perkataan-perkataan berikut. Adakah dieja dekat atau berasingan? 1) dijulang 2) dijunjung 3) disanjung Terima kasih. | Ketiga-tiga ejaan tersebut betul (rapat). | Istilah | 25.10.2016 |
Pada pandangan saya ada sesetengah peribahasa yang bersifat ayat tanya dan patut dibubuh tanda soal. Misalnya 1 Di mana bumi dipijak? Di situlah langit dijunjung. 2 Di mana ada kemahuan? Di situ ada jalan 3 Bumi yang mana yang tidak ditimpa hujan? 4 Kalau tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mendapatkan sagunya? Bagaimana pendapat tuan tentang peribahasa yang berikut. | Pendapat tuan adalah benar jika kita merujuk rumus tatabahasa, setiap ayat tanya mesti dilengkapi dengan tanda soal. Walau bagaimanpun perlu dingat peribahasa ialah warisan daripada zaman berzaman dan bentuknya tidak berubah walau diulang cetak berkali-kali. Tidak ada usaha penambahbaikan atau pembetulan dibuat setiap kaliĀ edisi baharu diterbitkan. | Lain-lain | 08.04.2012 |
Assalamualaikum. Saya ingin menyemak dan mengesahkan bahawa terjemahan Bahasa Malaysia bagi slogan berikut adalah betul. Saya tidak menggunakan terjemahan langsung, tetapi menterjemah maksud frasa tersebut. Ulasan dan nasihat baik anda amat kami hargai. Terima kasih. Slogan dalam Bahasa Inggeris: Upholding a legacy, together for our future. Terjemahan dalam Bahasa Malaysia: Amanah dijunjung demi masa depan bersama. | Untuk makluman, DBP tidak melaksanakan fungsi terjemahan. Saudara boleh mendapatkan perkhidmatan penterjemahan melalui Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) atau Persatuan Penterjemah Malaysia. Walau bagaimanapun, cadangan slogan Amanah dijunjung demi masa depan bersama boleh digunakan serta dilihat berpadanan dengan frasa bahasa Inggerisnya. | Lain-lain | 03.05.2024 |