dikajisemula atau dikaji semula? | Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat DBP. Jawapan bagi soalan ialah dikaji semula. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 11.03.2010 |
saya ingin bertanya tentang perkataan 'culaan'. Setelah dikaji, saya mendapati perkataan 'culaan' tiada dalam kamus. Bahkan, istilah 'cula' membawa maksud yang lain daripada 'culaan' yang sering digunakan untuk banci. Mohon pencerahan memandangkan istilah 'culaan' begitu popular dalam surat kabar dan artikel ie mencula, membuat culaan etc | Buat masa ini perkataan culaan tidak terdapat dalam kamus di DBP. Akan tetapi, berdasarkan korpus ia membawa maksud pengiraan awal/pengiraan banci. Mungkin selepas ini akan dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam kamus jika berkaitan. | Istilah | 30.06.2015 |
Salam sejahtera. Saya sedang mengkaji drama Bumiku Oh Bumiku karya Zaini Ozea. Aspek yang dikaji ialah kritikan masyarakat. Namun saya menghadapi kesulitan dalam mencari bahan rujukan. Bolehkah pihak DBP membantu saya dalam mencari maklumat-maklumat ini atau mencadangkan bahan-bahan rujukan yang boleh membantu saya. Sekian, terima kasih. | Dukacita dimaklumkan pihak kami tidak dapat membantu Sdr dalam hal ini. | Lain-lain | 03.04.2011 |
Pendekatan motivasi dalam meningkatkan kehidupan beragama Islam dalam kalangan remaja Islam di maktab Zon Tengah perlu dikaji. Soalan saya, perkataan Zon Tengah wajar ditulis dengan huruf besar? Arau memadai dengan menulis zon tengah? | Ditulis dengan hurf kecil, kecuali penggunaan perkataan tersebut merujuk kepada nama khas seperti Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur.
| Lain-lain | 28.02.2018 |
apakah makna perkataan impati,dan cara huraiannya? | Empati(bukan impati) bermaksud daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain: kemahiran bahasa, pengetahuan tentang masyarakat yang dikaji dan rasa empati terhadap masyarakat tersebut telah mengubah bentuk penulisan Sejarah Asia Tenggara; perkembangan sifat empati terhadap orang yang menghadapi masalah dadah. Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 390. | Makna | 14.05.2008 |
assalamualaikum.sya pelajar stpm 2014 yg mengambil subjek Bahasa Melayu. Kami diminta untuk meyiapkan kerja kursus dan saya memilih laras bahasa sukan iaitu berfokus kepada sukan bola sepak untuk dikaji. Saya menghadapi masalah untuk mencari definisi dan istilah dalam Bahasa Melayu bagi perkataan dari Bahasa Inggeris yang berikut : 1. backheel 2. overlapping run 3.sliding tackle 4.curving shot 5.first timer Harap pihak DBP dapat membantu saya. Sekian . Terima Kasih. | Tuan boleh kemukakan soalan penterjemahan ini kepada Persatuan Penterjemah Negara untuk mendapat istilah yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, kami cadangkan beberapa istilah: 1. Tendangan Tumit. 2. Larian pintas 3. Rebut Gelongsor 4. Tendangan Lencong 5. Tendangan menerus. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.08.2014 |
Mohon pencerahan untuk terjemahan "communication strand" Perkataan ini digunakan dalam buku modul aktiviti pembelajaran awal kanak-kanak. Terima kasih. | Antara terjemahan yang sesuai untuk "Communication Strand" setelah dikaji melalui hasil pencarian Internet ialah "Rangkaian Komunikasi" | Makna | 16.03.2020 |
SEKADAR BERTANYA. MASYARAKAT SABAH DAN SARAWAK KAYA DENGAN DIALEK TEMPATAN. ADAKAH DIALEK INI DIGUNA PAKAI SEBAGAI BAHASA MELAYU BAKU WALAUPUN TIDAK TERDAPAT DI DALAM KAMUS DEWAN. KALAU TIDAK, CADANGAN SAYA ADALAH LEBIH BAIK KITA GUNAKAN DIALEK TEMPATAN INI DIKAJI DAN DIJADIKAN SEBAGAI BAHASA MELAYU BAKU AGAR TIDAK PUPUS DIALEK INI. WALAUPUN KITA TAHU INI MERUPAKAN KEKUATAN SESUATU ETNIK, NAMUN INI LEBIH BAIK DARIPADA DIALEK INI PUPUS SUATU HARI NANTI. LAGIPUN ADALAH LEBIH MUDAH DARIPADA KITA MENGGUNAKAN BAHASA ASING UNTUK DISERAPKAN KE DALAM BAHASA MELAYU... TERIMA KASIH | Beberapa kosa kata Sarawak ada digunakan dalam bahasa Melayu , contohnya merarau. Namun, penggunaannya belum meluas. Pihak kami akan mengemukakan cadangan ini kepada pihak atasan untuk mendapatkan pandangan. | Lain-lain | 03.11.2008 |
SALAM. saya merupakan pelajar kolej mara banting. saya ingin melakukan kajian sastera. saya berminat untuk mengkaji cerpen-cerpen yang berkaitan dengan kesan kolonialisme terhadap pemikiran serta cara hidup masyarakat melayu pasca merdeka. oleh itu, apakah cerpen yang sesuai untuk dikaji dari segi aspek ini ( sekurang-kurangnya 6)? penulis apa yang sering menonjolkan persoalan ini dalam cerpen ? | Waalaikumusalam wbk. Dalam hal tersebut, sdr. bolehlah merujuk kepada beberapa buku Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad Ke-20 terbitan DBP 2005, antaranya: 1. Dosan Pejuang karya A. Samad Said. Mengandungi 20 buah cerpen, antaranya Perempuan dari Kampung Kambing, Buruh Paksa dan Dosa Pejuang. 2. Antara Dua Deru karya Arena Wati. Mengandungi 20 buah cerpen, antaranya Dunia yang Kutinggalkan, Antara Dua Deru dan Duniaku yang Hilang. 3. Pahlawan Tak Bernama karya Abdullah Hussain. Mengandungi 20 buah cerpen, antaranya Pahlawan Tak Bernama, Bumi Tercemar, Politik dan Sebuah Masjid di Sebuah Kota Pelabuhan. Sdr. juga bolehlah memilih enam buah cerpen yang dikemukakan di atas atau memilihnya sendiri dengan merujuk kepada tiga buah kumpulan cerpen tersebut. Sekian dan wassalam. | Lain-lain | 23.07.2009 |
bolehkah saudara memberikan definisi atau pengertian imej lelaki dalam karya sastera? terima kasih atas bantuan saudara. | Secara umum, imej lelaki dalam karya sastera merujuk kepada watak-watal lelaki dalam sesebuah karya sastera. Saudara boleh merujuk ciri-ciri maskulin jika ingin melihat imej lelaki dalam karya sastera yang ingn dikaji. | Lain-lain | 24.06.2009 |