soalan saya, bagi perkataan ibu dan bapa, apakah digunakan ibubapa ataupun ibu bapa? . juga imbuhan yang melibatkan di... bilakah perlu digunakan dekat dan digunakan jauh. contoh, di mana, dikalahkan...terima kasih | Ejaan yang betul ialah iu bapa. 'di' sebagai imbuhan perlu dijarakkan. Contohnya ialah 'dikalahkan'. 'di' yang menunjukkan arah, tempat, masa pula perlu dijarakkan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. | Tatabahasa | 21.09.2008 |
Boleh tanya soalan? Apakah terjemahan yang sewajarnya untuk perkataan "invincible" atau "undefeated"....? . Sebab ingin menterjemah sesuatu dokumen daripada Inggeris kepada Bahasa Melayu untuk satu laman web.... | Merujuk kepada Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud invincible ialah tidak dapat dikalahkan, tidak dapat digoncang atau tidak dapat dikikis manakala undefeated ialah tidak kalah atau tewas. | Makna | 14.12.2017 |
dalam psikologi sukan,konsep kendiri salah satunya di pengaruhi oleh "self-vulnerability". Apakah istilah yg sesuai digunakan untuk "self-vulnerability"? | Tidak ada padanan self-vunerabilty dalam bahasa Melayu dalam sumber rujukan kami. Pada makna biasa vulnerable bermaksud mudah dipengaruhi dan dalam konteks yang saudara nyatakan self-vulnerabilty boleh membawa maksud mudah untuk dikalahkan. | Istilah | 08.05.2009 |
Bagaimanakah kita hendak membezakan penggunaan 'kan' dalam ayat, contoh : merendam dan merendamkan | merendam menaruh sesuatu di dlm air dll beberapa lamanya: padi itu direndam di dlm air, kemudian diwap, dijemur, dan dikeringkan; melemaskan lipas dgn ~nya dlm air; merendamkan menjadikan digenangi (air dll): sawah itu direndamkan dahulu; direndam tak basah prb a) sangat licin (tidak mudah dikalahkan, ditipu, dll); b) belum ada keputusannya (perkara); c) orang yg degil atau kikir; | Tatabahasa | 23.08.2007 |
Salam... Saya ingin bertanya apa maksud perkataan di bawah dalam istilah bahasa melayu i. food deserts ii. malnutrition iii. vulnerability iv. food availability v. food access vi. food utilization vii. food stability Terima kasih | Terjemahan bagi perkataan yang berikut, ialah: i. food deserts - makanan pencuci mulut; ii. malnutrition - pemakanan tak seimbang; iii. vulnerability - mudahnya terdedah/diserang/dikalahkan; iv. food availability - kesediaadaan makanan; v. food access - kemudahan makanan; vi. food utilization - penggunaan makanan; dan vii. food stability - kestabilan makanan. | Istilah | 16.05.2011 |