Cikgu Zuraidah 16:03 Assalamualaikum. Saya nak tahu tentang status beberaoa peribahasa yang dikatakan salah. Contoh...harapkan pagar, pagar makan padi....dikatakan pegar Melepaskan batuk di tangga....dikatakan batok Mata keranjang...dikatakan ke ranjang Mohpn DBP buat penetapan agar guru2 & pelajar tidak terkeliru & menimbulkan masalah dlm peperiksaan. T.kasih. | Pendapat baharu tentang peribahasa yang banyak dibincangkan dalam ruang maya belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada, iaitu (1) harapkan pagar, pagar makan padi; (2) melepaskan batuk di tangga; (3) mata keranjang | Lain-lain | 06.04.2017 |
Dikatakan betul, Klinik Pergigian Dr. Ali dan salah bagi Klinik Gigi Dr. Ali. Bagaimanakah dengan Klinik Mata Dr. Ali dan Klinik Telinga Dr. Ali? | Frasa yang paling tepat ialah Klinik Pergigian bagi merujuk hal yang berkaitan dengan gigi dan bukannya gigi semata-mata. Padanan dalam bahasa Inggeris ialah dental clinic dan tidak ada teeth clinic. Hal ini mungkin tidak sama bagi Klinik Mata dan Klinik Telinga. | Tatabahasa | 18.12.2013 |
di kalangan Muslim dikatakan salah dan dikatakan betulnya dalam kalangan Muslim. Adakah kedua-duanya betul dalam BM dan DBP? | Frasa "dalam kalangan" dan "di kalangan", kedua-duanya boleh digunakan. Walau bagaimanapun merujuk panduan dalam buku Tatabahasa Dewan, frasa "dalam kalangan" yang gramatis kerana kata sendi nama "dalam" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak (kalangan). Sementara kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. | Tatabahasa | 07.11.2012 |
Tambi dikatakan diguanakan oleh ORANG KELING....??? KELING wujud dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA kah....????? | Kami ambil maklum. Penambahbaikan takrif perkataan "tambi" akan diberikan perhatian dalam pengemaskinian dan penyusunan semula Kamus Pelajar Edisi Ketiga yang sedang dijalankan. Untuk maklumat yang terperinci, sila rujuk kenyataan rasmi DBP melalui pautan ini: https://www.facebook.com/109573169113660/posts/5151674491570144/?d=n | Istilah | 21.03.2021 |
Seperti yang dikatakan oleh CariCarz, TIGGO 7 PRO serba baharu bukan sekadar elegan dari segi bentuk luaran dan interior, ia juga lengkap dengan sistem bantuan pemandu ADAS dengan 17 fungsi. Is it dari segi or daripada segi? | Penggunaan perkataan yang betul ialah dari segi. | Tatabahasa | 19.06.2024 |
Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi." Mereka mendakwa dengan berkata,"Kami ialah orang yan melakukan kebaikan." Soalan; adakah huruf besar dan tanda bacaan betul dalam petikan tersebut. | Penggunaan huruf besar dan tanda bacaan dalam petikan tersebut adalah betul. (kecuali ejaan yang - tertinggal huruf g) | Lain-lain | 16.11.2020 |
apakah yang dikatakan dengan darjah penghabisan kata adjektif? | Dalam buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 244 menerangkan tentang penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan yang boleh dilakukan melalui enam cara, iaitu: i. se- + KA + gandaan + KN ii. ter- + KA iii. paling + KA iv. KA + sekali v. ter + amat/sangat + KA vi. amat/sangat/sungguh + KA + sekali Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman berkenaan. | Tatabahasa | 10.03.2013 |
APAKAH YANG DIKATAKAN TATABAHASA FUNGSIONAL | Tidak ada maklumat terperinci tentang tatabahasa fungsional dalam pangakalan data kami. Untuk makluman awal antara ciri nahu tatabahasa fungsional ialah berdasarkan pandangan pragmatik (praktikal) fungsi bahasa sebagai alat perhubungan sosial berasaskan rumus yang mengawal hubungan manusia. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku/makalah yang berkaitan. | Tatabahasa | 22.03.2012 |
apakah yang dikatakan bunyi vokal. bagaimanakah kedudukannya dalam bahasa melayu. jika ada rajah tolong sertakan supaya saya lebih faham | Terdapat enam vokal asli bahasa Melayu yang terdiri daripada tiga vokal depan, satu vokal tengah, dan dua vokal belakang, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 298 untuk mendapatkan maklumat lanjut berserta jadual. | Tatabahasa | 23.07.2010 |
apakah yang dikatakan dengan konsep dan ciri-ciri estetika yang sebenar dari segi bahasa | Konsep bermaksud pengertian am atau idea yang mendasari sesuatu, manakala ciri-ciri estetika ialah ciri-ciri ilmu atau bidang yang berhubung dengan penghargaan terhadap keindahan alam, seni, sastera, moral dan sebagainya. | Makna | 21.07.2009 |