Assalamualaikum, Adakah perkataan "standard" telah diserap ke dalam bahasa Melayu dan dikekalkan ejaannya? Terima kasih. | Perkataan "standard" telah diterima dalam bahasa Melayu dan ejaannya dikekalkan. | Ejaan | 28.05.2012 |
Rujukan dalam teks - contoh Dickson-Swift et al. 2008. Adakah ia dikekalkan atau boleh ditukar kepada Diskson-Swift dan lain-lain 2008? | Lebih baik dikekalkan seadanya. | Lain-lain | 10.02.2011 |
Tuan, adakah ayat ini betul? 1. 4. Papan tanda itu menasihatkan kelajuan yang harus dikekalkan semasa memandu kereta . Kata "menasihatkan" dalam Kamus Pelajar bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat atau sebagai tunjuk ajar, dan kata "nasihat" juga bermaksud petunjuk. Jadi, bolehkah saya mengatakan ayat (1) bermaksud papan tanda itu memberikan kelajuan yang harus dikekalkan semasa memandu kereta sebagai petunjuk? | Ayat itu tidak betul. Ayat yang betul : Papan tanda itu menunjukkan had laju yang harus dikekalkan semasa memadu kereta. | Tatabahasa | 31.12.2014 |
Adakah perkataan King pada King George, King Edward, King James dan sebagainya dikekalkan apabila dialih bahasa ke dalam Bahasa Malaysia? Atau dialih bahasa kepada Raja George, Raja Edward dan sebagainya. TK | Untuk perkataan ini dibolehkan untuk diterjemahkan ataupun dikekalkan. Misalnya King Edward ataupun Raja Edward. | Tatabahasa | 19.11.2008 |
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Salt Lake City"? Adakah nama tempat ini boleh dikekalkan seadanya? Mohon pendapat DBP. Terima kasih. | Salt Lake City merupakan sebuah bandar di Amerika Syarikat. Sehubungan dengan itu, nama tersebut perlu dikekalkan dalam ejaan asal. | Lain-lain | 26.09.2017 |
Assalamualaikum dan hi, Boleh saya tahu, untuk Cap Dagangan (nama produk terutamanya) yang rasmi berdaftar dengan myIPO boleh ditransliterasikan kepada tulisan Jawi? contoh: Adobe®, Adobe Flash® Adakah nama produk tersebut perlu dikekalkan dalam tulisan Rumi apabila menulis teks dalam tulisan Jawi? | Teks yang telah dicapdagangkan, dikekalkan seperti yang berdaftar. Sekiranya perlu, tuan boleh menambah tulisan Jawi di bawahnya tetapi teks yang berdaftar hendaklah dikekalkan. | Lain-lain | 20.12.2023 |
Di Facebook@ seorang rakan, saya terbaca bahawa Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Melayu yang bermesyuarat di DBP pada 11 Mei 2011 “bersetuju menerima istilah bahasa Melayu supaya dikekalkan”. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri. (1) Adakah hal ini benar? (2) Jikalau benar, adakah keputusan itu bermaksud nama bahasa Melayu dikekalkan seperti dalam Perlembagaan Malaysia dan nama bahasa Malaysia terus digunakan termasuk sebagai nama mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2013 ini? Terima kasih. | Tidak ada maklumat tentang Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Melayu yang bermesyuarat di DBP pada 11 Mei 2011 “bersetuju menerima istilah bahasa Melayu supaya dikekalkan” dalam sumber rujukan kami. Melihat kepada peristiwa/kegiatan kebahasaan dalam satu atau dua tahun belakangan ini sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan pada 30 November 2010, iaitu Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan. Antara lain objektif penubuhan jawatankuasa tersebut termasuklah merancang langkah agar martabat bahasa Melayu sentiasa terpelihara dengan memastikan penggunaannya dengan cara yang betul dalam semua bidang. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan mesyuarat diadakan sama ada di Kementerian Pelajaran atau di Parlimen. Keputuasan mesyuarat tidak diuar-uarkan kepada orang ramai. Pada pandangan kami berkemungkinan kenyataan bahawa Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Melayu yang bermesyuarat di DBP pada 11 Mei 2011 “bersetuju menerima istilah bahasa Melayu supaya dikekalkan” diusulkan dan disepakati dalam mesyuarat atau jawatankuasa yang lain. | Lain-lain | 02.01.2013 |
Salam mesra, Di PPRM, terjemahan High Definition Television ialah Televisyen Definisi Tinggi. "HD" merupakan singkatan bagi "High Definition". Adakah "DT" atau "HD" dikekalkan sebagai singkatan "Definisi Tinggi"? Mohon bantuan DBP. Terima kasih. | High Definition dalam bahasa Melayu ialah Definisi Tinggi, namun apabila menulis singkatan "HD" dikekalkan penggunaannya. | Istilah | 12.05.2014 |
Apakah kaedah tulisan yang sesuai bagi NAMA KHAS yang mempunyai tanda sempang dalam bahasa Melayu yang hendak ditulis dalam bahasa Inggeris? (Contoh: Pulau Layang-Layang --> Adakah perlu ditulis Pulau Layang Layang; atau dikekalkan tanda sempang? | Nama Khas dalam bahasa Melayu hendaklah dikekalkan bentuknya jika ditulis dalam bahasa Inggeris, termasuk mengekalkan tanda sempang. | Lain-lain | 17.10.2006 |
DBKL dalam penyediaan brosur bagi peta laluan bas percuma GOKL. Brosur tersebut akan disediakan dalam dwibahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. DBKL memahami bahawa dalam terjemahan brosur untuk b. Inggeris, kata nama khas dikekalkan, sebagai contoh Jalan Raja Laut akan dikekalkan dalam brosur bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, DBKL ingin mendapatkan pengesahan atau pengesyoran drp DBP mengenai terjemahan kata nama khas yang terdapat gabungan kata nama am. Sebagai contoh, 'Pusat Perniagaan Setiawangsa' dalam brosur b. Melayu perlukah diterjemah menjadi 'Setiawangsa Business Center' untuk brosur bahasa Inggeris? Mohon pandangan. | Untuk makluman, kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Sehubungan dengan itu, kata nama khas yang merujuk nama tempat/bangunan dalam brosur tersebut tidak perlu diterjemahkan kepada bahasa Inggeris dan begitu juga sebaliknya. | Lain-lain | 23.09.2019 |