Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikemaskinikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kenapa ejaan dikemaskinikan perlu dirapatkan sedangkan kemas kini adalah kata majmukkemas kini ialah kata majmuk yang dieja dua perkataan. Apabila kata majmuk ini menerima apitan pada awal dan akhir kata (di-...-kan) maka terbentuklah dikemaskinikan, jika hanya menerima awalan sahaja seperti dikemas kini ejaannya masih dua perkataan.Tatabahasa26.12.2012
(Pertanyaan yang telah dikemaskinikan) Salam hormat kepada tuan. Minta maaf tuan kerana menghantar pertanyaan yang tidak berlampiran. Ini karangan yang berlampiran. Masalah saya yang terkini bermauduk "Kata Darjah Sifat + Perbuatan Tidak Melampau". Karangan soal sudah saya lampirkan, mohon tuan baca dan huraikan kesulitan saya.Kami menghadapi masalah melihat fail yang dilampirkan. Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas dan jika ada lampiran - dalam Microsoft Word 2007.Lain-lain14.08.2016
Selamat sejahtera tuan. Ini soal yang telah dikemaskinikan daripada tajuk "Di Satu Pihak" atau "Pada Satu Pihak"?. Minta tuan amati karangan ini dan minta maaf kerana menyusahkan tuan memberikan jawab sekali lagi. Saya harapkan usul tuan yang nescaya mampu menyirnakan kesulitan saya ini.Penggunaan yang betul ialah pada satu pihak. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu serta sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Sila rujuk Tatabahasa Dewan bagi rujukan selanjutnya.Tatabahasa14.08.2016
Selamat sejahtera tuan. Ini soal yang telah dikemaskinikan daripada tajuk "Di Satu Pihak" atau "Pada Satu Pihak"?. Minta tuan amati karangan ini dan minta maaf kerana menyusahkan tuan memberikan jawab sekali lagi. Saya harapkan usul tuan yang nescaya mampu menyirnakan kesulitan saya ini.Penggunaan yang betul ialah pada satu pihak. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu serta sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Sila rujuk Tatabahasa Dewan bagi rujukan selanjutnya.Tatabahasa14.08.2016
TERJEMAHAN Bidang: Teknologi Maklumat Perkataan Inggeris: Update Terjemahan asas: kemas kini S1: Jika padanan kata kerja untuk "to update" ialah "mengemaskinikan", "dikemaskinikan", atau "dikemas kini", apakah padanan kata nama dalam B Melayu? S2: Saya pernah terjumpa kata "pengemaskinian". Harap jelaskan adakah ia KK atau KN? TKPengemaskinian ialah Kata Nama kerana perkataan tersebut menerangkan perihal atau proses mengemas kini sesuatu.Tatabahasa02.02.2012
Salam sejahtera. Adakah perkataan-perkataan yang berikut tergolong sebagai kata kerja majmuk? 1.mendakap mesra 2.membuka peluang 3.menarik perhatian 4.dikemaskinikan 5.diterima pakai 6.memberikan perhatian bekerjasamamendakap mesra, membuka peluang, menarik perhatian, diterima pakai , kerjasama merupakan kata majmuk.  Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna.  Kata majmuk yang mantap sahaja dieja dua perkataan, iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan. Walau bagaimanapun, bagi perkataan yang tidak boleh berdiri sendiri (yang tidak mempunyai maksud) seperti rung dan juru, kata majmuk dieja rapat.Tatabahasa07.12.2015
Kenapa banyak kata-kata daripada etnik Sabah dan Sarawak tiada dalam Kamus Dewan?Kamus Dewan terbitan DBP Edisi pertama diterbitkan pada 1970, kemudiannya dikemaskinikan pada 1984, 1989 dan 10090. Untuk pengetahuan anda, di dalam Kamus Dewan Edisi Pertama ini hanya memuatkan perkataan yang telah sedia terkumpul pada masa itu. Seterusnya Kamus Deewan Edisi Ketiga diterbitkan pada tahun 1994 telah memasukkan 50 kata sukuan daripada Sabah dan Sarawak yang terpilih sebagai kata masukan. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula memutuskan perkataan yang berkaitan dengan etnik seperti Iban, Kadazan dimasukkan sebagai entri tambahan. Selain itu, sebenarnya kata-kata sukuan juga diterbitkan dalam Buku Kata Bahasa Sukuan untuk Perbendaharaan Kata Bahasa Melayu, terbitan DBP tahun 1988. Harap maklum.Lain-lain26.09.2006
Assalamualaikum Tuan. Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang Korpus DBP. Saya ingin bertanya bilakah tahun terakhir bahan-bahan yang terkandung dalam pangkalan korpus DBP ini dikemaskini? Setakat 2021, berapakah jumlah bahan terkini dalam pangkalan korpus ini?
Tahun terakhir bahan-bahan dikemaskinikan dalam Pangkalan Data Korpus DBP adalah pada tahun 2021 dengan jumlah sebanyak 119,325 bahan yang merangkumi 124,722,606 kata. 
Lain-lain26.05.2021
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang terjemahan yang sesuai bagi "Policy Last Updated", yang mana antara berikut sesuai digunakan? 1. Kali Terakhir Dasar Dikemas Kini 2. Kali Terakhir Dikemas Kini Dasar Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih.Dicadangkan padanan bahasa Melayu ialah Tarikh Akhir Dasar Dikemaskinikan.Penyemakan dan penterjemahan29.12.2017
Saya ingin mengetahu sama ada Perisian Dewan Eja adalah hakmilik Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ini adalah kerana saya bercadang membeli perisian untuk kegunaan peribadi dan juga tugas harian saya. Saya bekerja di Unit Peperiksaan yang memerlukan istilah bahasa yang betul. Saya pernah menggunakan perisian ini di pejabat lama dan didapati perisian ini perlu diperbarui setiap tahun. Istilah di dalamnya juga lambat dikemaskinikan. Apabila saya membuat carian Google saya menjumpai banyak syarikat yang menjualnya tetapi tidak tahu mana satu yang benar dan patut saya pilih. Saya juga ingin mendapatkan khidmat nasihat bagaimana saya hendak dapatkan perisian kamus bahasa melayu betul istilah dan ejaannya. Harap dapat maklumbalas dari pihak tuan. Sekian, terima kasih.DBP ada memberi izin kepada beberapa syarikat luar untuk menerbitkan perisian kamus, termasuklah Dewan Eja. Perisian Dewan Eja ini boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP, Tingkat Bawah Menara DBP, K.L.Lain-lain06.06.2012
12

Kembali ke atas