Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikembangkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam 1 Malaysia, Yang manakah lebih sesuai atau tepat - dikembangkan atau diperkembangkan ? Ayat : Pembangunan sistem precision farming dikembangkan/diperkembangkan ke negeri Sabah dan Sarawak. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Pembangunan sistem precision farming diperkembang ke negeri Sabah dan Sarawak".Tatabahasa01.12.2010
Sudirman Aminin 5HB JULAI 2.44 PTG Bahasa Melayu Nusantara harus dibina dan dikembangkan, sehingga menjadi bahasa dunia ... aminTerima kasih atas pandangan yang tuan berikan.Lain-lain05.07.2017
Electronification Bolehkah kata pengelektronikan boleh digunakan sebagai padanan kata di atas dalam bm. Atau perlukah ia dikembangkanPerkataan "electronification" boleh dipadankan sebagai pengelektronikan dalam bahasa Melayu.Istilah29.02.2020
Nurul Hani Isu ejaan betul dan ejaan salah. Waktu sekolah dulu saya lagi pening dengan mata pelajaran Bahasa Melayu berbanding dengan Bahasa Inggeris sebab selalu ada perubahan dari segi ejaan dan tatabahasa. Saya terfikir juga mungkin sebab Bahasa Melayu masih sedang dibangunkan dan dikembangkan, tetapi sampai bila nak berubah-berubah macam tu? Anak bangsa sendiri jadi malas nak belajar Bahasa Melayu dengan mendalam, cukupla pandai menulis dan bercakap yang biasa-biasa.Semua bahasa di dunia ini mempunyai peraturan dan hukum tatabahasa yang membentuk kata dan mengawal sistem nahunya. Untuk makluman puan, selepas buku Sistem Ejaan Rumi Baru 1972 diterbitkan dan diguna pakai, tidak ada lagi perubahan besar dalam sistem bahasa kita. Apa yang lebih penting jati diri kita sebagai rakyat Malaysia, rasa cinta akan bahasa kebangsaan kita dan sekali gus berusaha untuk mempelajari dan mematuhi peraturan bahasa yang ada, khususnya dalam konteks rasmi.Lain-lain27.02.2015
mengapakah frasa dikatakan sebagai unsur yang paling asas dalam hierarki sintaksis?

Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, frasa ialah  unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Binaan Frasa boleh mengandungi hanya subjek atau hanya predikat. Contoh frasa yang mengandungi dua perkataan ialah “burung merpati” dan binaan frasa yang mengandungi satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas ialah seperti perkataan “burung” yang dapat dikembangkan menjadi dua perkataan atau lebih menjadi “seekor burung”, “burung merpati”, “seekor burung merpati” dan sebagainya. Oleh itu, frasa dikatakan unit asas kerana daripada binaan susunan frasalah yang dapat dikembangkan menjadi ayat.

Tatabahasa25.02.2018
Tuan, apakah beda maksud antara "setuju" dengan "bersetuju"? Bukankah "setuju" perbuatan tiada melampau yang sudah bermaksud sependapat dengan seseorang, jadi mengapakah diterbitkan satu perbuatan tiada melampau yang berawalan ber-, iaitu "bersetuju" lagi untuk menyatakan maksud yang sama, iaitu sependapat? Jadi, frasa yang manakah betul, "setuju akan pendapatnya" atau "bersetuju akan pendapatnya"? Saya berpendapat bahawa "setuju" sudah bermaksud searah kerana tuju = arah, di sini maksud "searah" ini dikembangkan kepada sependapat, iaitu searah pada pendapat, maka "setuju kepada pendapatnya" betullah. "Bersetuju" pada saya sedarjat dan semaksud "setuju", iaitu darjat perbuatan tiada melampau dan maksud sependapat, jadi berlebihanlah pada saya terbitan kata "bersetuju" ini. Apakah pendapat tuan? 
Menurut data kami, perkataan setuju bermaksud 1. = setujuan sama arahnya (mak­sud­nya, tujuannya, dan lain-lain): dasar perjuangan kita adalah ~; 2. = bersetuju tidak ber­tentangan (pendapat, fikiran, dan lain-lain, semua­fakat, sependapat: aku ~ dengan kata-katanya; 3. = bersetuju serasi, cocok, sesuai. Oleh itu, perkataan setuju dan bersetuju kedua-dua betul dan boleh digunakan dalam ayat.
Tatabahasa22.12.2016
apakah yang dimaksudkan bahasa melambangkan negara terbilang?

Sesebuah negara yang berdaulat pastinya mempunyai bahasa kebangsaan, yang juga menjadi bahasa rasmi negara berkenaan. Di Malaysia, bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu sebagaimana  tertera dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama  dalam sistem persekolahan di semua sekolah rendah kerajaan, menengah dan kemudian di peringkat universiti apabila ditubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia. Seterusnya penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran di pusat pengajian tinggi awam diperluaskan. Melalui sistem pendidikan ini, bahasa Melayu menjadi alat utama adalam sistem pendidikan kebangsaan. Kesan daripada pelaksanaan sistem ini, terbukti ramai graduan tempatan dilahirkan dengan cemerlang hasil daripada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Peningkatan taraf pendidikan dalam kalangan rakyat Malaysia telah menyumbang ke arah pembangunan negara dalam bidang ekonomi, pelajaran, politik, kesihatan, pertanian, perindustrian,pertahanan dan sebagainya. Oleh yang demikian, bahasa kebangsaan perlu dipertahankan, diperkasakan dan dikembangkan sesuai dengan ledakan maklumat semasa agar bahasa kebangsaan tidak statik, sebaliknya mampu dijadikan bahasa ilmu, bahasa komunikasi sosial, bahasa ekonomi, bahasa undang-undang, bahasa teknologi maklumat dan bahasa  perpaduan. Faktor-faktor inilah yang menjana ke arah menjadikan sesebuah negara itu terbilang.

Lain-lain03.03.2008
khidmat nasihat sastera kanak-kanak dan remaja : 1)peringkat umur yang sebenar buku bacaan sastera kanak-kanak dan remaja di malaysia 2) maksud plot dan sudut pandangan sastera kanak-kanak dan remajaSoalan 1: Peringkat umur sebenar buku bacaan kanak-kanak bergantung pada bentuk atau genre buku. Buku bergambar/buku konsep (0-3 tahun); buku cerita bergambar (5-9 tahun). Buku berilustrasi: novel(10-12 tahun);kumpulan cerpen (7-9;10-12 tahun);kumpulan puisi (7-9;10-12 tahun). Peringkat umur remaja awal (13-15 tahun); remaja pertengahan (16-18 tahun); remaja akhir (19-21 tahun)- untul pelbagai bentuk penerbitan buku seperti novel, puisi, cerpen dan genre lain.
Soalan 2: Plot ialah rentetan peristiwa atau jalinan cerita yang direka oleh pengarang berdasarkan sebab dan akibat sesuatu peristiwa dalam cerita itu berlaku. Peristiwa dijalin dengan melibatkan pertikaian atau konflik yang di akhir cerita menemukan peleraiannya. Plot untuk cerita kanak-kanak sesuai disusun pengarang secara kronologi;berurutan peristiwanya dari awal hingga ke akhir cerita. Pengarang tidak perlu mencampuradukkan plot dengan imbas kembali, imbas muka sehingga menyukarkan pemahaman kanak-kanak. Plot cerita kanak-kanak terbina daripada urutan peristiwa yang bermula dengan pengenalan cerita, dikembangkan dalam pertengahan cerita dan diakhiri dengan peleraian cerita.
Sudut Pandangan-pencerita sebagai sudut pandangan orang pertama ditandai dengan cerita yang menggunakan kata ganti nama pertama, watak aku atau saya, dan mungkin juga cerita menggunakan ganti nama kami. Teknik ini lebih mudah dan sesuai untuk penulis baru. Teknik ini membenarkan pengarang bertindak sebagai pencerita utama watak atau watak sampingan yang bercerita tentang watak utama. Sudut pandangan orang ketiga ditandai dengan penggunaan kata ganti nama orang ketiga, iaitu dia, atau memakai nama watak dalam cerita. Sudut pandangan orang ketiga beerti anda sebagai pengarang yang mempamerkan apa-apa yang dilihat dan dilakukan oleh watak-watak, malah berusaha menyelami setiap sudut perasaan watak. Hingga pembaca boleh mengetahui setiap yang difikirkan dan dirasakan oleh watak-watak dalam cerita.
Lain-lain02.05.2014

Kembali ke atas