terjemahan untuk "previously known as ...". adakah "dahulu dikenali sebagai ..." @ "terdahulu dikenali sebagai" @ "baru-baru ini dikenali sebagai" @ "nama lamanya ialah ...." | Padanan dalam bahasa Melayu ialah sebelum ini dikenali sebagai ataupun dahulu dikenali sebagai. | Istilah | 23.03.2010 |
Dalam Bahasa Inggeris, 'formerly known as'. Dalam Bahasa Malaysia adakah 'dahulu dikenali sebagai' atau 'dahulunya dikenali sebagai'. | Kedua-duanya boleh digunakan. | Istilah | 06.10.2017 |
Dalam sebuah buku rujukan, saya terbaca kenyataan bahawa penggunaan perkataan “dikenali” dalam ayat “Taman itu dikenali sebagai Monkey Garden” dikatakan salah. Sumber itu menyatakan, perkataan yang betul ialah “dikenal”. Tiada penjelasan lain. Jikalau pendapat itu benar, mohon nyatakan asas/sebabnya. Terima kasih. | Perkataan dikenali ialah kata kerja pasih bagi mengenali, manakala dikeal ialah kata kerja pasif bagi mengenal. Mengikut Kamus Dewan mengenali juga bermaksud mengenal. Oleh itu, kedua-dua bentuk kata kerja pasif dikenal dan dikenali adalah betul dan kata kerja dikenali lebih banyak penggunaannya dalam wacana. | Tatabahasa | 28.05.2012 |
Salam dan selamat pagi, Antara penggunaan 'dikenali sebagai' dan 'dikenal sebagai', yang manakah lebih tepat? Apakah alasannya? Terima kasih. | Perkataan dikenali ialah kata kerja pasif bagi mengenali, manakala dikenal ialah kata kerja pasif bagi mengenal. Mengikut Kamus Dewan mengenali juga bermaksud mengenal. Oleh itu, kedua-dua bentuk kata kerja pasif dikenal dan dikenali adalah betul dan kata kerja dikenali lebih banyak penggunaannya dalam wacana. | Tatabahasa | 06.05.2014 |
Boleh terangkan secara ringkas,perbezaan dan persamaan antara 'pantun', 'sajak', 'puisi', 'syair', 'gurindam' dan 'seloka'? | Secara ringkas persamaan pantun, syair, seloka dan gurindam adalah dikenali sebagai puisi Melayu tradsional atau puisi lama/klasik. Manakala sajak dikenali sebagai puisi moden. Pantun terdiri daripada empat baris serangkap. Dua baris awal dikenali sebagai pembayang atau sampiran. dua baris akhir dikenali sebagai isi atau maksud. Manakala rima ujung bagi pantung empat kerat ialah a-b-a-b. Bagi syair pula mengandungi empat baris serangkap. Keempat-empat baris ini terdiri daripada isi. Rima akhir pula a-a-a-a. Seloka juga dikenali sebagai puisi tradisional yang disusun secara berangkap. Namun setiap rangkap tidak tetap, justeru rima akhir adalah bebas. Isi seloka biasanya bersifat menyindir atau mengejek seperti Seloka Pak Kaduk. Gurindam yang juga dikenali sebagai puisi lama hanya terdiri daripada dua baris serangkap. Dalam baris pertama tersimpul fikiran yang berupa soalan. dalam baris kedua pula termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi. Contoh dalam salah satu Gurindam Dua Belas karangan Pujangga Raja Ali Haji, iaitu "Jika ada tidak dilatih/Bila besar bapanya letih"/ Rima akhir pula a-a. Sajak yang dikenali sebagai puisi moden atau baru adalah bebas daripada peraturan-peraturan penciptaan berbanding puisi Melayu tradsional yang dibincangkan tadi. Oleh itu, susun baris, rangkap, dan rima adalah berdasarkan tujuan penulis atau penyair. Sifat sajak sedemikian adalah untuk memberi kebebasan kepada penulisnya untuk menyampaikan fikiran dan perasaan dengan cara yang sesuai dengan semangat sesuatu zaman. | Lain-lain | 18.05.2010 |
Mohon bantuan adakah ayat ini betul susunannya. Orkid Onsidium popular dikenali sebagai gadis menari (dancing lady). Terima kasih. | Ayat yang gramatis menggunakan salah satu daripada perkataan popular atau dikenali, seperti Orkid Onsidium dikenali sebagai gadis tari. | Tatabahasa | 09.08.2012 |
Simbol < dan > dikenali sebagai "strict inequality" dalam Matematik. Apakah istilah yang sesuai bagi 'strict inequality' dalam bahasa Melayu? | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "strict inequality' dalam pangkalan data kami. Istilah "inequality" terdapat dalam bidang Matematik, dan padanan bahasa Melayunya ialah ketaksamaan. | Istilah | 01.07.2013 |
Siapakah yang dikenali sebagai Tuan Pengerusi Majlis dalam sesuatu majlis? Adakah pengelola atau juruacara majlis tersebut? TQ | Selamat petang saudara, Mengikut kamus Dewan, pengerusi majlis ialah ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dsb) Contoh ayat : Perdana Menteri menjadi pengerusi majlis mesyuarat Jemaah Menteri. Pengerusi majlis juga bermaksud pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertubuhan dll): Pengerusi majlis Lembaga Pengarah. Manakala pengacara majlis pula ialah, Id peguam bela 2. orang yg mengendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juruacara. | Makna | 15.10.2012 |
Yang manakah gramatis (atau kedua-dua versi boleh diterima)? “Zimbabwe dahulunya dikenali dengan yang manakah antara nama berikut?” ATAU “Zimbabwe dahulunya dikenali dengan nama yang mana antara berikut?” Terima kasih kerana membantu. | Ayat yang betul berbunyi: - Zimbabwe dahulunya dikenali sebagai .........
- Zimbabwe dahulunya dikenali dengan nama yang berikut:
i. ......... ii. ......... | Tatabahasa | 28.05.2019 |
Manakah yang tepat, dikenal sebagai atau dikenali sebagai? | Perkataan yang tepat ialah "dikenali sebagai". | Tatabahasa | 21.10.2015 |