yang dikendalikan oleh Abu atau yang dikendalikan Abu? Mohon terangkan bagaimana penggunaan 'oleh'. Kedua, boleh tolong terangkan mengenai penggunaan perkataan 'yang' di dalam mana-mana ayat? Terima kasih. | Selamat pagi; Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan ayat oleh + FN yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. i. Projek itu dikendalikan oleh Abu ii. Projek itu dikendalikan Abu Yang merupakan penanda relatif. Walau bagaimanapun, dalam bahasa Melayu perkataan yang bukan sahaja digunakan sebagai penanda relatif, tetapi digunakan juga sebagai pengganti nama yang digugurkan daripada frasa nama + yang seperti yang terdapat dalam contoh berikut: a. Warna yang biru itu warna kegemaran ibu saya. b. Yang biru itu warna kegemaran ibu saya. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 03.10.2016 |
Yang manakah betul? Rancangan yang ( dikendalikan / disiarkan ) oleh dua orang penyampai stesen radio ke udara pada setiap hari dari jam 6.00 pagi hingga jam 10.00 pagi. | Ayat yang betul ialah "Rancangan yang dikendalikan oleh dua orang penyampai stesen radio ke udara pada setiap hari dari jam 6.00 pagi hingga jam 10.00 pagi". | Tatabahasa | 04.07.2011 |
Maaf, saya ingin bertanya, temuduga jawatan di dalam dewan bahasa dan pustaka akan dikendalikan dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris? Terima Kasih. | Temu duga jawatan di DBP dilaksanakan dalam bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Sumber Manusia DBP di talian 03-21479000. | Lain-lain | 25.03.2015 |
Assalamualaikum. Tuan, agensi kami iaitu Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dipertanggungjawabkan menyediakan standard (panduan) untuk kursus pengajian yang dikendalikan di IPT. Dalam penulisan standard ini, terdapat perkataan daripada bahasa Inggeris yang biasa digunakan dalam bidang pendidikan iaitu formal, informal dan nonformal. Bagi tujuan terjemahan kepada bahasa Malaysia, adakah boleh pihak MQA menggunakan terus perkataan tersebut atau perlu juga diterjemahkan dengan sempurna kepada bahasa Malaysia? Pihak kami mohon pandangan pihak DBP dalam perkara ini. Terima kasih. | Saudara Norafizah, Untuk makluman saudara adalah lebih baik perkataan tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu memandangkan bahawa perkataan tersebut boleh diterjemahkan dan terdapat padanannya dalam bahasa Melayu, iaitu rasmi, tidak rasmi dan bukan rasmi. | Lain-lain | 11.08.2009 |
selamat petang.boleh saya tahu apakah kementerian yang bertangungjawap dalam mengendalikan piagam pelanggan ini? | Pigam Pelanggan DBP adalah tanggungjawab dan dikendalikan oleh DBP sendiri. Sebagai makluman semua kementerian mempunyai piagam pelanggan mereka yang tersediri. Tidak ada satu kementerian khas yang bertanggungjawab/ mengendalikan piagam pelanggan di setiap kementerian. Walau bagaimanpun pihak MAMPU ada mengeluarkan pekeliling berkaitan piagam pelanggan sebagai rujukan. | Lain-lain | 07.03.2008 |
Tuan, Saya ada kemusykilan. Sekolah saya ada 2 sesi. Sesi pagi merangkumi sesi perdana (Tingkatan 4 & 5) dan Tingkatan 6 atau Pra Universiti manakala sesi petang adalah kelas-kelas dari Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1, 2 & 3. Ayat-ayat di bawah ini yang mana satu betul? 1. Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dikendalikan oleh guru-guru dan pelajar perdana sesi pagi. atau Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dikendalikan oleh guru-guru dan pelajar sesi perdana pagi. 2. Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan diuruskan oleh guru-guru dan pelajar sesi perdana petang. atau Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan diuruskan oleh guru-guru dan pelajar perdana sesi petang. Bagaimana pula dengan tajuk di bawah? Yang mana satu betul? Dialog Prestasi Sesi Perdana Pagi atau Dialog Prestasi Perdana Sesi Pagi Dialog Prestasi Sesi Perdana Petang atau Dialog Prestasi Perdana Sesi Petang? Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah ayat 1. Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dikendalikan oleh guru-guru dan pelajar sesi perdana, manakala ayat 2. Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan diuruskan oleh guru-guru dan pelajar tingkatan sesi petang. | Lain-lain | 19.09.2019 |
Saya Ingin menterjemahkan laporan teknikal daripada bahasa ingeris kepada bahasa melayu , dengan siapa perlu saya rujuk | Untuk makluman tuan, kerja-kerja penterjemahan untuk dokumen dikendalikan oleh Persatuan Penterjemahan Malaysia dan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM). Tuan boleh menghubungi Puan Saaodah Abdullah di talian 012-2067076 atau (ITNM) 03-41497210. | Lain-lain | 27.04.2009 |
artikel mengenai perkembangan bahasa kanak-kanak dan masalah pendengaran terdapat dalam keluaran mana dalam majalah DBP | Saudara boleh merujuk Katalog Awam dalam Talian yang dikendalikan oleh Pusat Dokumentasi Melayu DBP yang boleh dicapai melalui laman web DBP. | Lain-lain | 08.10.2007 |
Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera. PENYEDIAAN MINIT MESYUARAT Sebelum ini saya pernah mengemukan pertanyaan mengenai minit mesyuarat yang telah dibubarkan kerana jawatankuasa tersebut ditubuhkan HANYA untuk mengendalikan satu aktiviti sahaja iaitu Qurban Perdana 2015. Dan jawatankuasa lain akan ditubuhkan pada tahun 2016 dan dikendalikan oleh jabatan lain. Soalan : Adakah dibolehkan Pengerusi menandatangai minit mesyuarat memandangkan jawatankuasa terdahulu telah dibubarkan. ATAU Pengerusi akan menandatangani minit mesyuarat untuk pengesahan apabila Jawatan kuasa baharu ditubuhkan dan dikendalikan oleh jabatan lain. Mohon pencerahan. Sekian. Terima kasih. | Merujuk amalan dalam organisasi kami, minit mesyuarat ditandatangani oleh pengerusi setelah dibincangkan dalam mesyuarat. Dalam hal ini, minit mesyuarat mengandungi kata alu-aluan, perbincangan, perkara berbangkit, pengesahan minit dan hal-hal lain. Setiap item ini akan diteliti satu demi satu dan akhirnya barlah ditandatangani oleh pengerusi. Justeru, pengerusi mesyuarat pada ketika itulah yang akan menandatangani minit tersebut, walaupun berkemungkinan pengerusi mesyuarat terakhir bukanlah pengerusi dalam mesyuarat sebelumnya. | Tatabahasa | 12.10.2015 |
Salam sejahtera, adakah kata "benang" dari segi kiasan membawa maksud tidak terputus-putus & bersambung-sambung? Sekian, terima kasih. | Benang ialah objek yang lembut dan dikendalikan dengan tenang, tekun dan sabar dek kehalusan dan kelembutan fitrahnya. Disebabkan itulah, benang terjelma dalam kiasan seperti Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain atau contoh lain Jangan menegakkan benang basah dan banyak lagi. Benang sukar diputuskan melainkan sengaja dipotong. Benang perlu dimasukkan ke lubang jarum untuk digunakan ketika menjahit. Fitrah benang yang lembut dan sukar putus itulah yang menyebabkan penggunaan dalam peribahasa mencapai maksud. | Makna | 14.05.2020 |