Salam sejahtera, apakah nama bagi frasa "Segala kesulitan amat dikesali" yang sering digunakan di notis-notis, dan apakah sejarah kemunculan frasa ini? | Soalan saudara tidak jelas. Namun, untuk makluman, ayat "segala kesulitan amat dikesali" merupakan ayat yang kerap digunakan dalam memo atau pernyataan ringkas berkaitan sesuatu perkara yang menyebabkan seseorang atau individu mengalami masalah, contohnya lewat ke sesuatu tempat, terhalang daripada melaksanakan sesuatu perbuatan dan sebagainya. Ayat yang sama dalam bahasa inggeris, iaitu "any inconvenience caused is regretted". Tidak dapat dipastikan sejarah dan asal usut penggunaan ayat ini. | Makna | 09.07.2020 |
Salam, apakah imbuhan yang sesuai untuk ayat ini? Kamu telah mengalami satu peristiwa yang sangat menyesalkan. Adakah perkataan 'menyesalkan' sesuai digunakan atau perkataan 'dikesalkan' atau 'dikesali'?Atau mungkin ada imbuhan lain yang lebih sesuai. Harap pihak PRPM dapat membantu saya. Terima kasih. | Ayat yang boleh digunakan ialah "Kamu telah mengalami satu peristiwa yang sangat dikesali." | Tatabahasa | 10.10.2013 |
Ayat : Sikap sesetengah orang Melayu yang memandang rendah terhadap keupayaan bahasa Melayu amat dikesali soalan: sesuaikah perkataan "terhadap" dalam ayat tersebut digunakan. Bukankah sepatutnya perkataan "tentang" digunakan? ini kerana perkataan "keupayaan" ialah kata abstrak/ | Kedua-dua boleh digunakan. | Tatabahasa | 20.09.2007 |
Salam, mohon bantuan terjemahan bahasa Melayu istilah 'anonymization'. Terima kasih. | Salam sejahtera, Puan, Data kami tiada padanan bahasa Melayu terhadap istilah yang dinyatakan. Pihak kami akan menghubungi puan jika sudah ada padanan dalam bahasa Melayu. Segala kesulitan amat dikesali. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.10.2019 |
Salam sejahtera, tuan. 1. Menteri Pendidikan akan merasmikan seminar peringkat kebangsaan esok. Adakah ayat ini betul? Jika tidak, pembetulan ialah apa? 2. Baik Ali mahupun Ahman amat bagus dalam mata pelajaran Sejarah. 3. Pemandangan di Tanah Tinggi Cameron pada waktu senja amat indah nian. 4. Lencongan/Gangguan di hadapan menyebabkan Ah Meng tidak dapat meneruskan perjalanannya. 5. Segala gangguan/kesulitan amat dikesali oleh Pihak Jabatan Kerja Raya. 6. Perkara itu dikhuatiri akan menimbulkan gangguan kepada orang ramai. Adakah ayat ini betul? 7. Yi He menjalin/mencampurkan kedua-dua warna tersebut sebelum melakukan kerja-kerja mengecat. 8. a) Kumpulan ekspedisi berpeluang melihat jutaan kelawar yang muncul dari Gua Rusa pada sebelah petang. b) Kumpulan ekspedisi berpeluang menyaksikan berjuta-juta kelawar yang keluar dari Gua Rusa pada sebelah petang. Ayat manakah yang betul? 9. Kucing itu sakit, maka ia dibawa ke klinik haiwan. Adakah ia betul? Kalau tidak, apakah perkataan yang sesuai? 10. Tangannya meraba-raba/merayau-rayau mencari jarum yang jatuh ke lantai. Adakah ayat ini betul? Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul dan sesuai digunakan adalah seperti yang berikut: - Menteri Pendidikan akan merasmikan seminar peringkat kebangsaan esok.
- Baik Ali, mahupun Ahman kedua-duanya amat bagus dalam mata pelajaran Sejarah. atau Ali dan Ahman amat bagus dalam mata pelajaran Sejarah.
- Permandangan di Tanah Tinggi Cameron pada waktu senja amat indah nian. (perkataan “nian” boleh diletakkan di hadapan atau di belakang kata adjektif).
- Lencongan/Gangguan di hadapan menyebabkan Ah Meng tidak dapat meneruskan perjalanannya.
- Sebarang kesulitan amat dikesali. (Jabatan Kerja Raya) Biasanya Jabatan Kerja Raya ditulis pada bahagian bawah sebelah kiri atau kanan papan tanda/teks.
- Perkara itu dikhuatiri akan menimbulkan gangguan kepada orang ramai.
- Yi He mencampurkan kedua-dua warna cat sebelum melakukan kerja mengecat.
- a) Kumpulan ekspedisi berpeluang melihat jutaan kelawar yang muncul dari Gua Rusa pada sebelah petang. b) Kumpulan ekspedisi berpeluang menyaksikan berjuta-juta kelawar yang keluar dari Gua Rusa pada sebelah petang. Kedua-dua perkataan “melihat” dan “menyaksikan” boleh digunakan dan sama maknanya.
- Kucing itu sakit, maka ia dibawa ke klinik haiwan. (“ia” boleh merujuk kepada kata ganti nama bukan manusia, selain kata ganti nama diri ketiga bagi manusia)
- Tangannya meraba-raba mencari jarum yang jatuh ke lantai.(Perkataan yang sesuai digunakan ialah “meraba-raba”, manakala perkataan “merayau-rayau” digunakan untuk menekankan “merayau”).
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021). | Tatabahasa | 15.07.2024 |
ADUAN TERHADAP PEKERJA SYARIKAT PEMBEKAL BUKU TEKS DI SEKOLAH Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan pada 20 Ogos 2025 Hari Rabu pada Jam 4:45 petang wakil syarikat (pekerja) pembekal buku telah menghantar buku di sekolah kami dan mendapati pekerja tersebut telah menunjukkan tingkah laku tingkah yang biadap pada masa tersebut. Pekerja tersebut telah meninggikan suara, mengeluarkan kata-kata kurang sopan, dan bersikap tidak profesional terhadap kakitangan pentdbiran di pejabat. 3. Sikap tersebut amat dikesali kerana menjejaskan suasana kerja serta menunjukkan imej syarikat pembekal yang dilantik oleh KPM. 4. Sehubungan itu, kami memohon pihak tuan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pekerja berkenaan serta memastikan syarikat pembekal dapat memberi perkhidmatan dengan penuh profesional. Sekian, terima kasih. | Salam tuan yang budiman, Semakan dan permohonan penjelasan daripada syarikat Badan Cemerlang Sdn. Bhd. telah dilaksanakan terhadap insiden yang berlaku di SK Putrajaya Presint 15 (1. Didapati bahawa syarikat tersebut merupakan syarikat pembekal bagi Kontrak Pembekalan BTSP BCS Pakej 8, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi buku Waspada Budaya Kita Tahun 1 (Buku Aktiviti). Kontrak ini adalah bagi buku penerbit luar antara Badan Cemerlang Sdn. Bhd. dengan KPM yang tiada kaitan dengan urusan buku BTSP BCS terbitan DBP. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 21.08.2025 |
Salam sejahtera tuan. Minta pendapat mengenai padanan istilah dalam Bahasa Melayu bagi istilah-istilah berikut dalam bidang Keselamatan Makanan: 1. Probe Calibration 2. Sous-Vide 3. Hot Holding 4. Temperature probe 5. Product recall Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Tuan, Data kami tiada padanan bahasa Melayu terhadap istilah yang dinyatakan. Pihak kami akan menghubungi tuan jika sudah ada padanan dalam bahasa Melayu. Segala kesulitan amat dikesali. Sekian, terima kasih. | Istilah | 25.09.2018 |
Selamat Sejahtara, Saya hendak memberitahu yang laman sesawang http://dbp.gov.my/ atau http://prpm.dbp.gov.my/ tidak dapat di akses. Hanya terpampar kod 404 not found, susah cuba mengunakan aplikasi layar yang lain, tetap mendapat Error kod 404 Not Found. Sekia Terima Kasih Fain Wahab | Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Kami minta maaf atas kelewatan memberi reaksi. Ketika emel tersebut dihantar server DBP menghadapi masalah. Dan selepas itu boleh diakses seperti biasa. Kesulitan amat dikesali. Terima kasih. | Lain-lain | 05.03.2014 |
ADUAN TERHADAP PEKERJA SYARIKAT PEMBEKAL BUKU TEKS DI SEKOLAH Tuan, ADUAN TERHADAP PEKERJA SYARIKAT PEMBEKAL BUKU TEKS DI SEKOLAH Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan pada 20 Ogos 2025 Hari Rabu pada Jam 4:45 petang wakil syarikat (pekerja) pembekal buku telah menghantar buku di sekolah kami dan mendapati pekerja tersebut telah menunjukkan tingkah laku tingkah yang biadap pada masa tersebut. Pekerja tersebut telah meninggikan suara, mengeluarkan kata-kata kurang sopan, dan bersikap tidak profesional terhadap kakitangan pentdbiran di pejabat. 3. Sikap tersebut amat dikesali kerana menjejaskan suasana kerja serta menunjukkan imej syarikat pembekal yang dilantik oleh KPM. 4. Sehubungan itu, kami memohon pihak tuan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pekerja berkenaan serta memastikan syarikat pembekal dapat memberi perkhidmatan dengan penuh profesional. Sekian, terima kasih. | Salam tuan yang budiman, Semakan dan permohonan penjelasan daripada syarikat Badan Cemerlang Sdn. Bhd. telah dilaksanakan terhadap insiden yang berlaku di SK Putrajaya Presint 15 (1. Didapati bahawa syarikat tersebut merupakan syarikat pembekal bagi Kontrak Pembekalan BTSP BCS Pakej 8, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi buku Waspada Budaya Kita Tahun 1 (Buku Aktiviti). Kontrak ini adalah bagi buku penerbit luar antara Badan Cemerlang Sdn. Bhd. dengan KPM yang tiada kaitan dengan urusan buku BTSP BCS terbitan DBP. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 21.08.2025 |
ADUAN TERHADAP PEKERJA SYARIKAT PEMBEKAL BUKU TEKS DI SEKOLAH Tuan, ADUAN TERHADAP PEKERJA SYARIKAT BADAN CEMERLANG SDN. BHD BUKU TEKS DI SEKOLAH Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan pada 20 Ogos 2025 Hari Rabu pada Jam 4:45 petang wakil syarikat (pekerja) pembekal buku telah menghantar buku di sekolah kami dan mendapati pekerja tersebut telah menunjukkan tingkah laku tingkah yang biadap pada masa tersebut. Pekerja tersebut telah meninggikan suara, mengeluarkan kata-kata kurang sopan, dan bersikap tidak profesional terhadap kakitangan pentdbiran di pejabat. 3. Sikap tersebut amat dikesali kerana menjejaskan suasana kerja serta menunjukkan imej syarikat pembekal yang dilantik oleh KPM. 4. Sehubungan itu, kami memohon pihak tuan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pekerja berkenaan serta memastikan syarikat pembekal dapat memberi perkhidmatan dengan penuh profesional. Sekian, terima kasih. | Salam tuan yang budiman, Semakan dan permohonan penjelasan daripada syarikat Badan Cemerlang Sdn. Bhd. telah dilaksanakan terhadap insiden yang berlaku di SK Putrajaya Presint 15 (1. Didapati bahawa syarikat tersebut merupakan syarikat pembekal bagi Kontrak Pembekalan BTSP BCS Pakej 8, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi buku Waspada Budaya Kita Tahun 1 (Buku Aktiviti). Kontrak ini adalah bagi buku penerbit luar antara Badan Cemerlang Sdn. Bhd. dengan KPM yang tiada kaitan dengan urusan buku BTSP BCS terbitan DBP. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 21.08.2025 |