Salam, tolong beri sedikit panduan tentang membina Tajuk Dokumen, dari sudut huruf besar dan huruf kecil. Juga, apakah saya harus menulis "diketahui" atau "DiKetahui" atau "diKetahui ," dalam pembinaan suatu Tajuk. Terima kasih DBP. Nota kecil: Dalam stail AP, preposisi empat atau lebih huruf (seperti "between" dan "above") hendaklah menggunakan huruf besar. Dalam stail Chicago, semua preposisi mesti ditulis dalam huruf kecil. | Pihak DBP tidak menawarkan khidmat nasihat secara khusus mengenai gaya penerbitan Associated Press atau The Chicago Manual of Style untuk maklumat lanjut mengenai kursus penerbitan tuan boleh merujuk Akademi DBP http://akademi.dbp.my/wordpress/. Berdasarkan gaya penerbitan yang digunakan di DBP untuk penulisan tajuk teks berikut akan ditulis "Diketahui" jika menggunakan huruf besar untuk huruf permulaan ayat atau “DIKETAHUI” jika menggunakan huruf besar all caps untuk keseluruhan ayat. (Gaya Dewan). | Lain-lain | 05.03.2022 |
Sememangnya diketahui, PCA adalah satu daripada teknik statistik yang telah banyak diaplikasi dalam bidang mampatan data imej. Soalan : Betulkan penggunaan "Sememangnya diketahui" dan "diaplikasi", atau apakah perkataan yang lebih sesuai atau tepat? | "Sememangnya diketahui" boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut di atas. Manakala "diaplikasi" sepatutnya "diaplikasikan" dan sesuai dalam konteks ini kerana maksudnya ialah "digunakan secara praktik atau amali". | Tatabahasa | 03.07.2007 |
Boleh Tuan bantu, ayat yang mana satu yang betul? 1) di tempat kediaman terakhir yang diketahui atau 2) di tempat kediaman diketahui terakhir. Terima kasih. | Frasa yang betul ialah ...di tempat kediaman terakhir yang diketahui... | Tatabahasa | 20.08.2013 |
Sebagaimana yang diketahui, perkataan tuan atau puan sekiranya tidak merujuk kata nama khas kepada seseorang adalah ditulis dengan huruf kecil. Sekiranya perkataan YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan berada ditengah-tengah ayat, adakah T dan P juga hendaklah huruf kecil iaitu YBhg. Dato'/Datin/tuan/puan. Contoh ayat: "Kami berharap dengan sumbangan daripada YBhg. Dato'/Datin/tuan/puan akan memudahkan urusan pengendalian program ini" atau T dan P hendaklah ditulis huruf besar juga. Sekian, terima kasih atas penjelasan tuan. | Dalam surat rasmi, di bahagian kata sapaan permulaan ayat Tuan/Puan perlu dieja dengan huruf besar. Manakala ejaan tuan/puan di tengah ayat ialah huruf kecil. | Ejaan | 05.05.2020 |
Seperti yang diketahui, karya sastera mempunyai lesen puitika yang membolehkan penulis tidak mengikut aturan tatabahasa. Persoalannya, apakah penggunaan 'ia' boleh digunakan dalam penulisan karya kreatif seperti novel? ('ia' merujuk kepada manusia). Kedua, apakah perlu digantikan dengan perkataan 'dia'?. Terima kasih. | Untuk makluman, 'Ia'merupakan kata ganti nama diri ketiga atau kependekan bagi kata 'dia' dan 'ia' boleh merujuk benda yang dibicarakan tetapi bukan binatang. Nama binatang tersebut perlu disebut contohnya; Kucing itu...Untuk lebih jelas, sila rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4. | Tatabahasa | 15.09.2018 |
Apakah kata sapaan yang betul sekiranya penerima surat rasmi diketahui seorang perempuan? | Kata sapaan yang betul sekiranya penerima surat rasmi diketahui seorang perempuan ialah “puan”. | Lain-lain | 20.11.2024 |
Apakah erti atau definisi PENGETAHUAN? | Pengetahuan membawa beberapa makna iaitu, 1. perihal mengetahui, apa-apa yg diketahui 2. perihal tahu, kepandaian 3. = ilmu ~ segala yg (akan) diketahui atau dipelajari bkn sesuatu | Makna | 11.08.2007 |
apakah maksud pengetahuan dalam erti kata ilmiah | Saudara, Maksud pengetahuan ialah 1 = ilmu ~ segala yg diketahui atau yg dipelajari ttg sesuatu ilmu: ~ sains. 2 keadaan mengetahui; apa-apa yg diketahui: Sepanjang ~ku, mereka belum pulang lagi. 3 hal mengetahui; kebijakan; kepandaian: ~nya dlm lapangan politik tanah air sungguh luas. | Makna | 04.09.2010 |
sila berikan definisi untuk: pengetahuan pengalaman kemahiran | Menurut Kamuas Dewan Edisi Keempat, maksud perkataan berikut ialah: 1. Pengetahuan -1. perihal mengetahui, apa-apa yang diketahui,2. perihal tahu, kepandaian, kebijakan, 3. (ilmu) segala yang akan diketahui atau dipelajari bkn sesuatu 2. Pengalaman - apa yang dialami(dirasai, ditempuh, dll.) 3. Kemahiran - kecekapan, kepandaian, | Istilah | 23.09.2014 |
Untuk penulisan surat rasmi, adakah kata panggilan "tuan" boleh digunakan untuk merujuk kepada semua penerima surat, sama ada lelaki atau perempuan? | Jika tidak diketahui penerima surat itu sama ada lelaki atau perempuan, maka hendaklah ditulis dengan tuan, tetapi jika penerima surat itu diketahui seorang perempuan, maka hendaklah ditulis dengan puan. | Tatabahasa | 18.07.2011 |