Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diketepikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana tentukan penggunaan perkataan “ketepikan” dan “diketepikan”?Contoh dalam resipi: Gorengkan kentang sehingga warna keemasan. Angkat dan ketepikan/diketepikan.
Perkataan yang betul ialah "ketepikan"
Tatabahasa09.09.2015
Azahari Abdullah Nov 10th, 9:30pm Terima kasih kerana memaklumkan kpd saya e-mel KP DBP. Info begitulah yg saya harapkan dan akan dimanfaatkan. Selain KP tentu ada pegawai2 lain seperti Ketua Jabatan atau seumpamanya yg boleh saya buat kawan utk menyampaikan hasrat saya ini. Ahli-ahli bahasa ni jangan cepat mengalah.. Saya tidak langsung nenyebut agar ilmuan dan agamawan diketepikan. Pakar-pakar agama dan Bahasa Arab memang diperlukan dalam komiti. Apa yg saya inginkan ialah DBP menerbitkan versi terjemahannya. DBP yg membentuk Jawatankuasa, DBP yg mempengerusikan jawatankuasa, tetapi mengundang mereka itu sebagai panel. Biar nisbah mereka lebih ramai pun tak mengapa.. Setahu saya hanya Terjemahan versi Yayasan Restu sahaja yg pernah melibatkan pegawai DBP dalam komitinya. Malangnya hanya seorang.. (Ustaz Wan Abdul Hamid Wan Teh). Kenapa hanya seorang? Kenapa tak 3 orang, atau 5 orang? Namun, dengan seorang itulah saya dapat merasai kelainan dalam terjemahan versi Yayasan Restu kerana nampak lebih menghormati Bahasa Melayu.. Bolehkah tuan beri sedikit info tentang Ustaz Wan Abdul Hamid? Saya ingin menghubunginya.. Terima kasih.Terima kasih atas makluman dan cadangan tuan. Maklumat tentang Ustaz Wan Abdul Hamid Wan Teh juga tidak ada dalam pangkalan data kami, kami difahamkan selepas bersara daripada DBP, Ustaz pernah berkhidmat di beberapa buah pertubuhan dan agensi, dan yang terakhir di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).Lain-lain10.11.2014
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mohon pencerahan yang mana satukah ayat yang betul? (a) "Berapakah jumlah aset yang anda merancang untuk ketepikan untuk tujuan pelaburan?"; atau (b) "Berapakah jumlah aset yang anda rancang untuk ketepikan untuk tujuan pelaburan?" Terima kasih.

Ayat yang betul ialah Berapakah jumlah aset yang anda rancang untuk diketepikan bagi tujuan pelaburan?

Tatabahasa03.10.2021
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah penyerapan bahasa asing seperti Matematik, Geografi, Psikologi dan sebagainya. Jika kita lihat pengunaan istilah ini sangat meluas dalam bidang pendidikan,sedangkan istilah-istilah seperti yang dinyatakan mempunyai makna yang tersendiri dalam bahasa Melayu seperti Matematik sebagai ilmu hisab, Geografi sebagai ilmu alam dan Psikologi sebagai ilmu jiwa. Persoalannya mengapakah istilah-istilah seperti ilmu hisab ini tidak digunakan dan diketepikan, sebalikknya kita menggunakan istilah serapan bahasa asing seperti matematik sebagai satu perkataan yang digunakan pakai secara meluas? Diharap pihak tuan dapat memberikan sedikit ulasan berkaitan perkara di atas.Sekitan terima kasih

         Semua bangsa pasti berinteraksi dengan bangsa-bangsa yang lain dalam dunia sejagat. Proses ini menggunakan bahasa sebagai alat dan wahana penyampaian fikiran dan hasrat. Dalam proses komunikasi ini, pelbagai konsep ilmu akan dipindahkan menerusi peminjaman kata dan istilah antara satu bahasa ke satu bahasa yang lain sesuai dengan ungkapan istilah jambatan ilmu.

 

Dalam interaksi bangsa Inggeris dengan bangsa Arab, terutama dalam bidang sains, banyaklah ilmu yang ditimba mereka, dan banyaklah konsep yang dipinjam melalui istilah seperti ‘alchemy’, ‘alcohol’, dan ‘algorithm’. Semakin kuat pengaruh ilmu yang dimiliki oleh sesuatu bahasa, semakin banyaklah kosa katanya dipinjam oleh bahasa yang lain. Kerana itulah istilah perubatan Inggeris sebahagian besarnya dipinjam daripada kata Yunani dan Latin. Tiada sesiapa pun pernah mempersoalkan istilah bahasa Inggeris yang bersifat kelatinan. Tiada seorang pun sekarang yang mempertikaikan kemampuan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu.

 

Sejarah telah merakamkan bahawa bahasa Melayu sudah pun berperanan sebagai bahasa perdagangan. Semenjak zaman kesultanan Melaka lagi, bahasa Melayu digunakan untuk urusan perniagaan dan perdagangan di pelabuhan di seluruh kepulauan Melayu, dari Sumatera ke Papua, di seluruh pelosok Nusantara ini. Pada masa sekarang pun bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perdagangan oleh institusi kewangan, sektor insurans dan sektor peniagaan lain. Proses peminjaman kata dan istilah juga terus-menerus berlaku baik daripada bahasa Inggeris mahupun bahasa-bahasa lain. Apabila perbankan Islam semakin banyak dilaksanakan maka banyaklah pula istilah Arab yang kita pinjam lalu timbullah nanti tanggapan bahawa  istilah Melayu sudah kearaban.

 

 

Dalam persaingan dan percampuran bahasa yang semula jadi sifatnya, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka adalah untuk memastikan proses peminjaman ini berlaku mengikut peraturan dan petua bahasa Melayu agar istilah yang dipinjam itu dapat dieja, disebut dan digunakan mengikut kelaziman berbahasa Melayu yang baik, santun dan indah. Peranan ilmuwan Melayu juga harus lebih rancak menghasilkan tulisan ilmiah dalam pelbagai bidang dan genre agar bahasa Melayu juga menjadi bahasa ilmu yang mempunyai pengaruh dan dipinjam pula oleh bangsa lain sehingga suatu hari nanti bahasa Inggeris juga bersifat kemelayuan.

Lain-lain12.03.2013
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang istilah "dikesampingkan". Adakah wujud istilah ini? Hal ini demikian kerana, saya tidak menjumpainya dalam website PRPM. Sekiranya wujud, apakah maksud untuk istilah ini? Segala perhatian diucapkan terima kasih. Sekian.

Perkataan “dikesampingkan” ada dalam PRPM melalui Kamus Dewan Edisi Keempat yang ditakrifkan sebagai “diketepikan” atau “dikesisikan”.

Ejaan15.08.2024

Kembali ke atas