adakah nilai murni baik hati hanya dikhususkan menolong orang lain sahaja? bolehkah ia digunakan untuk menolong ibu bapa. | Nilai murni baik hati boleh dilihat dalam hubungan sesiapa sahaja termasuklah hubungan antara kita dengan kedua-dua ibu bapa. | Lain-lain | 19.10.2012 |
Saya ingin tahu adakah pantun yang dikhususkan untuk pengacara majlis..contohnya sebagai permulaan bicara dalam suatu acara... | Sila rujuk buku bertajuk Sekalung Budi Seuntai Bahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini mengandungi pantun-pantun untuk majlis rasmi, menyanjung kemuliaan budi, menghargai jasa, adat istiadat, memberi nasihat dan melahirkan maksud atau tujuan. | Lain-lain | 07.10.2008 |
Perkataan "lacur" dalam tafsiran/terjemahan DBP banyak dikhususkan kepada perbuatan kurang bermoral iaitu menjual maruah bagi seorang perempuan. Bolehkah perkataan "lacur" itu digunakan kepada penjualanbarang2 lain selain maruah, seperti saya katakan, "seorang penjual bunga telah melacurkan bunganya di tepi jalan"? | Mengikut Kamus DEwan Edisi Keempat, halaman 864, perkataan lacur bermaksud 1. tidak jadi, gagal, malang,sial.2. buruk laku, sundal. Oleh yang demikian perkataan ini tidak sesuai digunakan dalam konteks melacurkan bunga. | Makna | 02.05.2008 |
1.Bolehkah menggunakan kata serapan seperti, edutainment, infotainment. 2.Jika tidak, bolehkah dikhususkan makna sebenar dalam bahasa melayu? 3. Adakah DBP KL mempunyai sebarang koleksi perkataan yang terbaharu seperti di atas. terima kasih | Padanan bahasa Melayu untuk istilah edutainment ialah didik hibur dan padanan untuk infotainment ialah maklumat hibur. Kedua-dua istilah ini terdapat dalam bidang Teknologi Maklumat. Untuk makluman DBP telah menerbitkan pelbagai kamus istilah, glosari istilah dan daftar istilah dalam pelbagai bidang ilmu seperti Teknologi Maklumat, Teknologi Angkasa dan sebagainya. Buku ini boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP atau wakil penjual buku DBP yang lain. | Istilah | 13.01.2011 |
Adakah sebarang pertandingan, kursus, sesi dialog,latihan dan seumpanya diadakan pada masa ini? | Kursus dan latihan dalam jabatan dikhususkan untuk staf DBP manakala pertandingan yang melibatkan penulisan bahasa dan sastera biasa nya disiarkan dalam akhbar tempatan.Sesi dialog tidak diadakan pada masa ini.Terima kasih. | Lain-lain | 09.01.2008 |
Apa bezanya "menjarah" dengan "merampas'? Adakah "menjarah" khususnya merujuk kepada merampas harta orang dalam peperangan? | Menjarah sama maksudnya dengan merampas dan tidak dikhususkan kepada rampasan perang, melainkan sebagai contoh perbuatan merampas tersebut. | Makna | 28.10.2011 |
salam, saya ingin minta penjelasan tentang nama jawatan residen, residen jeneral, residen british, dan penolong residen, adakah perlu ditulis dengan huruf besar dalam penulisan? terima kasih. | Nama-nama jawatan yang dikhususkan seperti Residen, Residen Jeneral dan Residen British ialah kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar. | Ejaan | 09.05.2017 |
Nurhisyam Rashid Oct 22nd, 3:32am Asalamualaikum...saya ada 1kemuskilan tentang perkataan mencemar duli. Selain raja, sultan, permahsuri & tengku mahkota/raja muda,siapakah lg yang layak mengunakan atau digunakan dalam sesuatu ayat? | Menurut Kamus Dewan, penggunaan kata mencemar duli dikhususkan kepada raja atau sultan. Untuk maklumat lanjut, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=mencemar+. | Makna | 22.10.2015 |
Saya ingin meminta pandangan mengenai kaedah penulisan nama tempat yang bukan dinamakan dalam Bahasa Melayu, dan tidak menggunakan tulisan rumi, misalnya nama-nama tempat di negara Arab. Adakah terdapat panduan dan kaedah penulisan yang khusus? Adakah terdapat pangkalan data yang boleh dirujuk untuk senarai nama-nama tempat yang telah dikhususkan ejaannya dalam Bahasa Melayu? | Tiada panduan khusus pengejaan nama tempat asing. Sekiranya melibatkan proses transliterasi, pengejaan nama tempat asing boleh menggunakan panduan yang berkenaan, seperti nama tempat di negara Arab boleh disesuaikan ejaannya dalam bahasa Melayu berdasarkan Pedoman Transliterasi Perkataan Arab ke Ejaan Rumi. | Ejaan | 12.08.2020 |
berikan contoh ayat dan makna bagi perkataan tersebut:- 1. dwibudaya 2. pratonton 3. prakata 4. tatanegara | 1. Dwibudaya bermaksud mempunyai (mengamalkan) dua kebudayaan yang utama (seperti kebudayaan Inggeris dan kebudayaan Perancis yang diamalkan di Kanada). 2. Pratonyon bermaksud tayangan filem, persembahan teater dan sebagainya yang dikhususkan untuk wartawan, pengkritik dan sebagainya sebelum filem, teater dan sebagainya itu dipertontonkan secara rasmi kepada orang ramai. 3 Prakata bermaksud kata alu-aluan oleh tokoh tertentu untuk sesebuah buku dan lain-lain, atau mukadimah. 4. Tatanegara bermaksud susunan dan bentuk pemerintahan negara. Kata/istilah ini banyak digunakan dalam penulisan buku, berita atau rencana. Sila rujuk artikel yang berkaitan untuk melihat contoh penggunaan perkataan tersebut di dalam ayat. | Makna | 17.03.2010 |